Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, 13 December 2012

the hobbit

TGV @ One Utama
12.12.12
Thanks Sinar.fm 



kalau korang minat LOTR trilogy, then movie ni mesti ada dalam "must-watch" list korang. so lucky, sebab dapat tiket pre-screening. tambahan pulak malam tadi adalah pembukaan TGV One Utama. semua hall memang tayang movie ni jer. dan saya sangat suka IMAX TGV ni. memang super clear. ni movie 3D ke 3 yang saya tonton. dan cinematic experience kat TGV ni memang THE BEST!!! Compared dgn GSC, saya rasa teknologi kat TGV lagi better. saya tak tahu sangat pasal teknikal ni, tapi you guys should try TGV latest tehcnology. memang worth it.

berbalik pada movie ni, jam pertama memang agak bosan. kisah penceritaan awal pengembaraan. bile start adegan lawan-lawan orcs , memang dah teruja. tak boleh nak cerita banyak sangat, nanti spoilt pulak. the hobbit open tonite. so, cepat terjah cinema. dan my suggestion, go to TGV One Utama. 


Wednesday, 28 November 2012

Life of Pi

Life of Pi (3D)
GSC Tropicana City Mall @ 27th Nov 2012
Thanks Red.fm

Movie ni adalah yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ni. actually dapat invitation untuk pre-screening kat 2 tempat berbeza. 1 kat TGV Setiawalk Puchong dan 1 lagi kat GSC Tropicana City Mall. Kami pilih kat Tropicana sebab kat Puchong tu screening start awal sangat. Lagipun kat Tropicana ni in 3D. Lagi syok.

Sangat puas hati. Cuma kondisi seat agak tak selesa. Entah kenapa rasa masa nak menggelongsor ke depan jer. Both seat macam tu. 



Movie ni sangat memberi inspirasi.  permulaan movie ni agak slow. dari segi audio dan visual memang tak boleh dipertikaikan. cinematograpi yang cantik dan memukau. Kebanyakkan masa movie ni berlatarbelakang laut, so kami pun rasa macam nak mabuk laut sama. 

bagi saya, ada part yang agak sensitif. bila Pi tercari-cari kepercayaan dan maksud tuhan. mencuba setiap agama. dari hindu, ke kristian malah islam juga. you guys kena tengok movie ni dulu, then baru boleh faham apa yang saya cuba sampaikan. 

jangan lupa ye tengok movie ni. you'll be amazed dengan kesungguhan Pi untuk survive. permainan emosi yang mungkin boleh membuatkan ada orang yang menangis. tapi kenapa richard parker pergi begitu sahaja??? kecewa tau....

Thursday, 8 November 2012

all about music | pink & pitchperfect



last two week dah pergi pick up Pink's The truth of Love CD kat Yes Booth, Lot 10. Nasib baik weekend boleh redeem hadiah. Dah dengar CD tu. Not bad la. Lagipun me suka jugak music Pink ni. Tak adelah jiwang sangat. just nice.



Pitch Perfect Pre-screening @ GSC, Midvalley. Thanks to Hype.com

Movie yang menghiburkan. Musical. Jalan cerita yang ringan jer. tapi tak sesuai untuk yang nak bawa anak-anak menonton la. Movie ni pasal pertandingan nyanyian acapella kat universiti. konsep macam GLEE. lucu especially fat amy yang spontan sangat. tarian tak over-the-top macam Step-Up tapi still menghiburkan.
Pitch Perfect akan hit cinema on 15th Nov. Kalau nak tengok movie yang relax, bolehlah pilih Pitch Perfect ni. me bagi 3.5 bintang!

Thursday, 1 November 2012

#skyfall

Skyfall Premier Screening | TGV, Sunway Pyramid
30 Oktober 2012


peminat bond 007 mesti tertunggu-tunggu movie ni. me dapat free premier screening ticket kat @msnbuzz. Puas hati dengan movie ni. yelah, 007 kan. tapi yang paling teruja bila dengar adele nyanyi lagu skyfall tu. meremang bulu roma. best!

skyfall start tayang kat cinema hari ni. me bagi 4.5 bintang. walaupun duration movie ni lebih kurang 2 jam setengah, tapi rasa macam sekejap je. rasa tak puas tengok pun ada. biasanya me tak minat sangat dengan filem bond ni. especially bila pierce brosnan jadi bond. tak tahu kenapa me tak minat dia.

persembahan daniel craig dalam movie ni best. biasa cerita bond mesti ada gadget canggih, tapi kali ni tak ada pun. Bond's Girl mestilah ada tapi tak seseksi wanita-wanita sebelum ni. Adegan sensasi pun ditapis. tak adalah censored sangat tapi still movie ni rated 13PL. cerita ni lebih banyak terarah pada M (Judi Dench). lagipun ni filem terakhir M dalam bond installment ni. nak tau lebih lagi, kenalah tonton movie ni. movie ni tak boleh lawan Dark Knight Rises. for me, takhta Best Movie of  The Year masih milik Batman lagi.



balik dari cinema, him mengadu lapar. malas nak berhenti singgah makan sebab dah pukul 12 tengah malam pun. so, balik rumah, me masak maggi goreng simple jer. cukup untuk alas perut. tak elok pulak tidur dalam keadaan lapar.









Tuesday, 25 September 2012

the possession :: movie date with...

the possession
tgv, bukit raja | 22.09.2012
thanks tupai.my & gempakstarz




movie date with... of course him and special guest; my sis in law. kali pertama keluar tengok wayang bersama with her. alang-alang ada extra ticket, ajaklah my sis in law. jarang ada peluang nak keluar sama-sama. it was good. dinner kat fudkot  dulu sebab movie start pukul 8.45pm. ramai jugak kat dalam hall. yang spoil sikit, ada yang bawak anak kecil, then buat bising pulak. asyik bercakap, menjerit, dan menangis jer. ada yang dok shhh-shhh tapi tak diendahkan oleh parent dia pun. hati kering betul.

actually movie ni dah nak habis waktu tayangan kat cinema. sebab dalam t&c ticket tu, nak kena tunggu movie ni jadi * (free list movie) dulu. then baru boleh tengok. tak pelah. asalkan ticket free kan.

movie ni pasal emily yang beli kotak antik masa yard sale. kotak tu mengandungi roh jahat (dibbuk). bila emily buka jer, dia dirasuk. dan seterusnya parents dia cuba untuk keluarkan roh jahat tu. cerita ni berkisar tentang roh jahat bagi kepercayaan jew. sesiapa jer yang nak musnahkan kotak tu, akan mati dalam keadaan yang mengerikan.

cuma yang pelik, kenapa lah kalau cerita pasal rasuk ni, nama watak tu mesti emily. dulu cerita exorcisme pun, watak perempuan yang kena rasuk tu pun emily. takkan kebetulan?? movie ni boleh tahan lah. cuma slow sangat pada awalnya. tak adalah suspense sangat. saya bagi rating 2.5/5 cukuplah.

eh. sekarang ni astro bagi tengok channel yang kita tak subscibe ye?? tak sure pulak sampai bile promotion ni. bolehlah layan movie channel :)


Friday, 21 September 2012

judge.jury.executioner

DREDD 3D
GSC Midvalley, 19.09.2012
thanks wuuhuuonline




berkisar tentang Mega One City yang dijaga oleh Judge. Dredd (hero filem ni) adalah seorang judge yang kebetulan hari tu pergi menyiasat kejadian bunuh kat Peach Trees bersama judge yang baru "graduated", Anderson yang memiliki kuasa psikik sebab dia ni mutan. Peach Trees dikuasai Ma-Ma, ketua gangster yang juga pembuat & pengedar dadah Slow-Mo. Dredd & Anderson terkurung kat Peach Trees dan Ma-Ma memburu untuk bunuh mereka. 

movie ni dalam kategori yang best jugaklah. cuma banyak sangat tembak-menembak, darah, mayat... 
sesuai sangat for those yang suka action movie. saya suka sangat sound effect file ni. awesome.

tapi costume Dredd ni tak cantik sangat la. macam outdated.



 sebelum menonton, isi perut dulu. laksa kat jusco sedap sangat. dari jauh dah dapat bau kuah laksa yang best...


 first time watching 3D *excited*. kalau nak bayar sendiri, fikir banyak kali dulu kot. mahal la tiket 3D ni.


midnight snack. balik, singgah beli burger. agak lapar sebab dinner makan laksa jer kan. 



Tuesday, 18 September 2012

project alice

Resident Evil Retribution Pre-Screening
e@curve, 12th september 2012
thanks campus plus magazine


siapa yang mengikuti sequal resident evil ni pasti tertunggu-tunggu movie ni. visual yang sangat cantik walaupun kami tak tengok 3D. puas hati cuma malam tu hall sangatlah crowded sampaikan air-cond pun tak rasa sejuk. 


keseluruhan movie ni worth your money. dari segi visual, sound dan action memang best. go and watch okay :-)


Wednesday, 29 August 2012

the watch

typical ben stiller's comedy :: too much four-letter words, too much dirty scene.
but if you're a fan of ben stiller's comedy, don't forget to catch "the watch"
some people will enjoyed it but some might not. 
there were hilarious parts that makes you laughing out loud, but there also parts that makes you think how sick they are because producing this kind of movie.


this movie rated 18pl. duration around 110 minutes.
thanks to 8tv nitelive & nuffnang for the free passes :)



to kill the aliens: by shooting their "private part" because it is where their brain located. 
and all the aliens are male.

interested?? this movie open in cinema 30th August 2012

***

good initiative by 1utama to promote less use of bottled water that can polluted the environmental. bring your own environmental-friendly bottle and refill at their water refill stations store-wide. awesome!!







Friday, 17 August 2012

the expendables 2


rasanya duration movie ni pendek sikit. rasa sekejap jer kat dalam hall tu. Secara keseluruhannya, movie ni dalam kategori "must watch" la. ramai star dalam movie ni tapi semuanya dah veteranlah.

mestilah nak update twitter (poyo jer). 

aksi ganas tak adelah melampau sangat cuma gerun tengok tembakan, pisau kat dalam movie ni. kalau yang suka action movie tu memang sure enjoy la. tapi saya kurang minat sikitlah. Masa nak masuk hall tu chaos sangat. ramai orang sangat berebut macam apa jer. mungkin diorang nak berebut seat kot sebab ade sesetengah hall tu buat free seating. so nak kena cepatlah. kalau lambat jenuh mendongak kat depan. nasib baik hall yang we masuk tu seated tapi we dapat 3 dari depan. sebabnya redeem ticket dah lambat.

jangan lupa ke cinema. 

and thanks to myimart for the FREE passes. yang satu pair lagi saya passed kat my colleague.

bintang dari yang bukan pakar: 3.5/5

peringatan untuk diri sendiri: lain kali jangan lupa memorize / catat / snap pic kat mana parked kereta. confident sangat sebab rasa parking lot kat e@curve tu kecik jer. last-last jenuh mencari. adalah dalam 15 minit dan kena bebel. padan muka!! 




Monday, 13 August 2012

the Expendables 2 :: e@curve @ tropicana city Mall

the expendables 2


e@curve @ tropicana city???

kebetulan pulak dapat both invitation. masih berkira-kira nak pergi yang mana satu. dia memang nak pergi yang kat e@curve tu. macam lah kita tak tahu dia nak beli cap g-lock tu...


from fb myimart :: cineleisure e@curve
baru last week pergi. seat tak comfortable sangat, sound effect pun tak boleh lawan GSC. Commercial before screening amatlah membosankan. hmmm


twitter @wanistamy :: GSC Tropicana City Mall
Rasanya baru sekali pergi tropikan city mall ni. tak ingat pulak screening movie apa. hari tu tak sempat nak jalan-jalan. 


siapa yang minat tengok movie, joinlah contest either kat fb or website. jimat duit beli tiket kalau menang. biasanya contest ni kena jawab soalan dan buat slogan. Kadang-kadang lucky draw je. tengok nasiblah. kalau memang suka watch movie dan free, joinlah ye...

Wednesday, 8 August 2012

moe + curly + larry = 3 stooges



seriously a very hilarious movie. kadangkala rasa tahap "bangang" diorang ni menyakitkan hati jer. 

movie ni rated P13. duration dalam sejam setengah tapi sepanjang masa tu memang dok gelak tak ingat dunia la. movie ni tak sesuai sangat kalau budak kecik tengok. takut terikut dengan aksi-aksi "ganas". kan tak pasal-pasal ada yang ketuk kepala dengan tukul besi, cucuk mata dan macam-macam lagi la.

bagi saya part paling kelakar adalah masa kat hospital. kesian plaster man tu jadi benda untuk tahan pintu.

nak tahu lebih lagi, terjah la cinema. movie ni start 9 august. rugi kalau tak tengok.

thanks cinemaonline.




Thursday, 2 August 2012

Step Up Revolution

movie poster


winner announcement @ lipstic.com


actually movie ni akan release 2 august which is today tapi we berpeluang menonton step up revolution premiere screening kat GSC, 1 utama semalam. thanks lipstiq.com for the free passes.

movie ni rated 13PL. ada tarian yang agak keterlaluan. dan movie ni set up kat miami, so you'll be seeing too much bikinis.

but the dance moves were jaw-dropping superb. if you love music and dances, you should watch this movie. dari segi jalan cerita, tak ade yang istimewa sangat. plot biasa sahaja. cuma aksi-aksi tarian dan koreografi yang mantap membuatkan kita seronok menonton. tahap kagum pun adalah.

don't forget to watch Step Up Revolution. You'll be enjoying this movie.

star: 3.5/5






Wednesday, 18 July 2012

The Dark Knight Rises :: BEST movie of the year!!!

i was lucky to be chosen as one of the winner by P1 to join the premier screening of The Dark Knight Rises. It was an amazing experiences to watch the best movie of 2012. perfects movie i should say. i never being a fan of batman franchise before but this movie totally change my perspectives. unluckily this is the last batman movie directed by christoper nolan. 



and goodie bag full of awesome stuff. 



a mug, mini speaker, foldable travel bag, computer kit (mouse, etc) cap, t-shirt, and non-woven bag.



overall, this movie is worth your every cents. go watch and experience the superb action. and this guy makes me nervous. i just don't know why...

credit to google.

bare in mind, when you watch this movie, expect the unexpected!


Tuesday, 17 July 2012

the amazing spiderman

free movie tix and x-large tshirt from ecentral.

can't wait to watch since i've read good review about this movie. wait for my review.

plus, i just don't like tobey maguire as spiderman. perhaps andrew garfield did it much better.




Thursday, 12 July 2012

filem :: aku, kau & dia

akhirnya dapat jugak menonton filem ni. memang last minit betul. hari ni hari terakhir filem ni kat cinema. next week dah masuk astro first lah kot.




memandangkan kat dalam hall tu cuma ada 11 orang penonton saja, so curi-curi ambil gambar. macam poyo la pulak. semua benda nak ambik gambar. tapi ok lah. at least i enjoyed it.


ok tak filem ni??? pada pendapat saya filem ni acceptable la. jalan cerita yang agak ringkas. jumlah pelakon yang agak limited sebab low budget filem ni. Pelakon berbakat. sekurang-kurangnya heroin tak adalah kaku sangat dan menjiwai watak sedih dengan baik. yelah, orang kematian tunang tersayang. lakonan Remy ok. ada part yang dia buat muka bodoh. boleh la buat orang gelak jugak. yang lain cuma ada pekin, nash, harum salim bachik, adik mia, si tolol-yang-buat-orang-gelak farid dan mak jah orang gaji. tapi saya suka marisa yasmin. dia sesuai sangat bawa watak isteri orang kaya dan sangat cantik orangnya. 

pengarahan piere andre yang agak baik. tapi banyak scene yang dipotong dan sambungan yang kurang lancar menampakkan kelemahan filem ni.


keseluruhan filem ni dalam kategori OK. tak adalah bosan sampai tertidur macam filem berani punya budak. dan penonton ada pilihan sikit daripada asyik menonton filem MIG saja.

bintang??? 3.5/5

Monday, 2 July 2012

mael lambong????

tiket free GSCdari Cadbury dah selamat digunakan di saat-saat terakhir. tiket ni valid sampai 1 Julai 2012 sahaja.

kenapa mael lambong???
pastinya bukan sebab dia tak makan rasuah..

sumber: google image
puas dok fikir nak tengok movie ape. brave? he's just not into animation. abe lincoln?? disapproved by him. madagascar 3, snow white & huntsman?? dah tengok pre-screening dulu. aku, kau & dia?? dah ada tiket free (ntah bile lah berpeluang nak tengok). last-last pilihlah mael lambong.


mesti semua dah tahu sinopsis mael lambong ni, kutipan pon dah juta-juta. tapi sejujurnya, merapu jer filem ni. maaf cakap, tapi banyak unsur tiru-meniru. paling ketara, macam mana si mael lambong ni dapat parut ni. ada unsur hantu kak limah balik rumah kat situ. 


dan kalau tak ada lawak lucah, mesti tak sahkan. walaupun kelucahan tu tak delah melampau, tapi masih lagi tak sesuai. mesti ramai kanak-kanak nak tengok filem ni.


apa pun, kalau nak tengok, silalah ke pawagam. tak pun tunggu astro first je.


bintang??? 2/5

Saturday, 18 February 2012

this means war


100% recommended. good movies and you won't realized how fast 90 minutes flies. a perfect combination of action, comedy and romance. i'm sure you will definitely love the movie.

 
and Chris Pine (FDR) is so charm!