Showing posts with label movie 2013. Show all posts
Showing posts with label movie 2013. Show all posts

Thursday, 27 June 2013

The Heat & White House Down

The Heat pre-screening @ GSC, Paradigm
Thanks to Tupai/Cinema Online


The Heat mengisahkan agen FBI, Ashburn (Sandra Bullock) yang bersungguh untuk menyelesaikan kes dadah telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan Agen Mullins (McCarthy). Pelbagai insiden suspens dan lucu berlaku sepanjang tempoh mereka berdua bertugas bersama. Kedua-dua ego, nak tunjuk siapa lagi bagus. Dan agen Mullins sangatlah sempoi dan perangai mengalahkan lelaki. semua rakan sekerja even bos dia takut kat perempuan ni. Ganas semacam jer dan setiap patah perkataan yang keluar kat mulut dia ni memang tak sah kalau tak mencarut. 

Movie ni rated 18PL. Bukan sebab ada adegan seksi ke apa. cuma perkataan lucah melampau sangat. setiap ayat yang keluar dari mulut mesti ada mencarut. pening dengar. filem ni memang seronok dan enjoyable. cuma part mencarut yang spoil sikit. Tapi orang dewasa dah boleh menilai lah kan. Cuma jangan bawak budak2 sudah.


White House Down pre-screening @ TGV, 1Utama
Thanks to expatriate Lifestyle Magazine


Siapa minat Channing Tatum angkat tangan. Mesti ramai kan. sebenarnya saya tak berapa tahu sangat pasal channing ni. tapi ramai yang dok cakap he's so charming. Memang handsomelah kan.

Cerita ni berkisarkan John Cale (Channing) yang pergi interview untuk jadi Secret Service Agent pada Presiden Sawyer (Jamie Foxx). Masa interview dengan Finnerty, John gagal sebab dia banyak bad history dan achievement dia tak bagus. Kebetulan lepas interview tu, dia dan anak perempuan dia, Emily join tour dekat White House tu. hari tu jugaklah berlaku rampasan kuasa yang diketuai oleh Martin yang juga merupakan orang kanan Presiden. Dia nak balas dendam atas kematian anak lelakinya yang dihantar pergi berperang oleh Presiden Sawyer. Awal movie ni agak bosan tapi towards the ends memang mendebarkan. Adegan tembak, bom dan macam-macam lagi. Best jugaklah bagi saya yang tak berapa minat sangat movie genre ganas ni.

jangan lupa tonton kedua-dua movie ni ye.


Friday, 7 June 2013

#afterearth

afterearth pre-screening
TGV, 1 Utama @ 5 jun 2013


gabungan will smith & jaden smith. dah besar budak jaden ni. first movie dia dgn bapak dia sangatlah lah best, persuit of happiness. kali ni average jer. mungkin sebab genre yang berlainan. 

berkisar tentang cypher & kitai yang berada di bumi selepas kapal mereka terhempas. Dalam cerita ni bumi dah jadi tempat yang bahaya untuk manusia. makhluk (ursa) lain dibumi dah di train untuk hapuskan manusia. Ursa ni buta tapi dapat bunuh manusia bila dia dapat hidu hormon feromone yang dirembeskan manusia apabila berada dalam ketakutan. Cypher ni dah boleh atasi ketakutan tu. sebab tu dia dah "invisible" pada ursa ni. . filem ni diarahkan oleh M Night Shyamalan yang terkenal dengan genre mistik. adalah adegan-adegan terkejut yang boleh gugurkan jantung tu. banyak lagi scene menarik dalam movie ni. so, jangan lupa ke cinema ye.

danger is real. fear is a choice!!

Wednesday, 22 May 2013

epic 2013

epic @GSC, Paradigm Mall.
thank EH!

great movie. satu family boleh enjoy. cerita ni sarat dengan mesej yang baik. ditambah dengan cinematography yang cantik. semalam kami tengok 2D jer. kalau nak lagi best, tengok 3D. confirm terpegun.

cerita ni mengisahkan Mary Katherine (MK) yang pulang berjumpa ayahnya. Parent MK divorce sebab ayah MK ni obses nak cari makhluk kerdil. semua orang tak percaya kat dia even MK sendiri. dan bila MK sendiri jadi makhluk kerdil baru dia tahu yang ayahnya betul. dan bermulalah pengembaraan MK bersama Leafman untuk menyelamatkan hutan daripada Boggans yang jahat. tambah pulak ade Mub and Grub. ada adegan lucu, suspens dan macam-macam lagilah. you & your kids will love it. ngam-ngam pulak tayangan start masa nak cuti sekolah. Paernts yang belum decide nak buat aktiviti apa-apa dengan anak, bolehlah bawa anak-anak tengok movie ni kan :)


 semalam pulak kat Paradigm Mall ade event untuk launching drama Korea baru. saya tak ambil tahu pun sebab tak minat sangat dengan drama korea ni. tapi mak aih ramai sungguh sampai rasa bergegar mall ni bila diorang menjerit. fanatik betul tak kira melayu atau cina. mungkin best kot drama ni tu yang semua orang teruja.



sebelum pegi mall semalam singgah kat mamak. kebetulan ada bai jual roti kat tepi mamak tu. terus ashraf beli keropok durian ni. nostalgia sungguh. rasa macam dah lama tak makan keropok ni. kalau masa kecik-kecik dulu memang favourite lah ni. terus rasa rindu zaman kanak-kanak. rasa keropok ni masih lagi sama cuma saiz macam dah kecik sikit. tapi yang penting, memang sedap.



Friday, 17 May 2013

#thegreatgatsby 2013

the great GATSBY, 15th May 2013, GSC, MV


semalam berpeluang menonton pre-screening the great GATSBY. ada leonardo diCaprio dan tobey mcguire sebagai teraju utama. the rest, saya tak familiar sangat. cerita berlatarbelakangkan tahun 1922. movie ni adaptasi novel by F. Scott Fitzgerald.

duration movie ni dalam 2 jam 15 minit. dan diklasifikasikan 18PL. interesting movie especially those who loved to watch movie by Baz Luhrmann (Moulin Rouge, Romeo & Juliet, etc...). movie ni berkisarkan pengalaman Nick Carraway (tobey) bersama Jay Gatsby (Leo). Gatsby adalah seorang yang kaya raya tapi misteri. Kesetiaan & cinta terhadap Daisy yang akhirnya memakan diri. bagaimana dia terlalu obses dengan daisy dan sanggup buat apa shaja untuk dia.

nak tahu lebih lagi? bolehlah watch movie ni. recommended by me :)



Friday, 8 March 2013

agak lama.

assalamualaikum. apa khabar semua. cewahh.. macam ramai jer yang baca blog ni. dah agak lama blog ni terbiar. naik bersawang. tak banyak yang nak dikongsi. hidup macam biasa. ada turun naiknya. adatlah kan. tapi yang penting, kena positif dan maju kehadapan!!



 dah ambik jawatan baru, kenalah attend training. A good course tapi masa singkat sangat. tapi puas hati lah sebab at least dapat basic guideline tentang QMR ni.


tengok movie free. husin, mo & jin pakai toncit. makaih, jin nya semacam jer. macam hantu citer omputih jer. movie ni dapat sambutan yang hangat. dalam kategori best jugaklah. lagi lawak kalau nak compare dengan "celop-celop" tu. ramai kat dalam hall tu bantai gelak.



ni movie bayar sendiri. maklumlah ade orang nak layan memori rock kapak. best. tapi tak puas. keluar hall rasa "eh, kenapa macam tergantung jer citer ni". kalau boleh nak lagi... tapi kena tunggu mamat khalid dapat idea dulu la. lawak dia memang berbeza. dan sesungguhnya que sangat "cantik" dengan rambut panjang mengurai... kalau nak tahu best ke tak, serbu pawagam yer. masih sempat lagi ni.



movie free paling latest. Pre-screening 5 mac hari tu. Movie ni Ok2 jer tapi visual cantik. Kami dapat tengok yang biasa jer. kalau nak lagi best tengok 3D, lagi real. Pada pendapat sayalah, agak bosan sikit movie ni. En.Husband sampai tertidur. Kalau nak bawak anak-anak, sesuai jugak movie ni. tak ada aksi ganas & romance berlebihan. kids will enjoy lah. saya suka sangat mila kunis, comel. watak-watak yang menarik macam budak porcelain yang cute gile dan finnley yang memang tak boleh blah. jangan lupa ye ke pawagam.

movie ni terbitan disney. dan kalau screening untuk movie disney, peraturan ketat sangat. leceh nak kena simpan hphone, camera sebelum masuk hall. dah lah ramai nak kena beratur. tapi turutkan ajalah. dah orang bagi tengok free kan.


itu jer. yang lain kite sambung next time ye





Thursday, 31 January 2013

bullet to the head

bullet to the head @ GSC, Midvalley
30.01.13
Thanks tupai.com.my



well, tengok tajuk pun dah tahu kan movie ni genre apa. keseluruhan, movie ni memang ganas. aksi tembak-menembak, darah terpancut tu memang banyak. dan mencarut sepanjang masa. Stallone nampak too old. walaupun body still tough berketul-ketul tapi nampak macam tak fit. jalan pun terhuyung-hayang. mungkin kesan too much steroid kot. for those yang memang enjoy action movie, bolehlah watch this movie. duration movie ni dalam 100 minit jer. tak lama sangat. dan keegan so bad-ass!

jangan lupa ke cinema ye. Bullet to the head opens today (31.01.13)
.

kalau pergi Mid Valley, tak sah kalau tak pekena ikan pari bakar portugese grill (Foodcourt). Sedap.


Tuesday, 29 January 2013

the impossible

The Impossible @ TGV, Bukit Tinggi
27th January 2013
Thanks Mr. Husband :)


 fuh, rasanya dah lama tak tengok movie berbayar ni. dah mahal harga tiket skrg ni ye. RM14. Bile tanya kat adik kaunter tu harga tiket 3D, RM21 katanyer... mak aih. mesti menggigil tangan nak bayar tuh. nasib baiklah selalu dapat tiket free. jimat belanja :)

movie ni memang ashraf nak tengok sangat2. biasalah, dia memang suka tengok cerita "based on true story ni". lagi pulak kalau pasal tsunami ni. sebelum tengok, saya ada baca review. mostly orang cakap cerita ni memang menyayat hati. dan bila dah tengok, memang betul lah. main emosi jugaklah especially masa kat hospital bila diorang re-unite tu. efek memang real. tapi kalau dibuat dalam 3D, memang lagi best la.


rasanya movie ni dah lama kat cinema. tapi masih ade masa lagi kot kalau nak tengok. saya recommend korang tengok movie ni. at least dapat merasai betapa cemasnya situasi tu. tak dapat dibayangkan kalau kita berada dalam situasi macam tu. minta dijauhkanlah bencana alam ni, tapi semuanya ketentuan Allah SWT kan.

Friday, 25 January 2013

Hansel & Gretel 2013

Hansel & Gretel pre-screening
22 jan 2013 @ GSC, 1Utama
Thanks sinar.fm


Hansel & Gretel, semua mesti tahu cerita ni kan. pasal budak-budak yang sesat kat hutan, then jumpa candy house yang dimiliki ahli sihir yang makan budak. well, basically plot cerita masih sama cuma diolah dengan cara yang lebih thrill. macam dah tak sesuai untuk budak-budak sangat sebab agak ganas. 

Kisah Hansel & Gretel yang ditinggalkan kat dalam hutan. Why?? sebab mak mereka ni ahli sihir baik dan telah difitnah. kerana takut hansel & Gretel ni turut dibunuh, parents diorang tinggalkan mereka kat dalam hutan. mak & ayah diorang ni dibakar dan dibunuh oleh orang kat bandar tu sebab masa tu mereka memang akan bunuh sesiapa sahaja yang mengamalkan ilmu sihir.

then kat hutan tu, mereka jumpa candy house. mereka masuk dan ditangkap oleh ahli sihir yang jahat. Hansel dikurung dan diberi makan sebab nanti ahli sihir tu nak makan Hansel. Gretel pulak dipaksa buat kerja. Akhirnya mereka berjaya bunuh ahli sihir tu. Ahli sihir tu kena bakar. dan dari situlah bermulanya adventure mereka sebagai witch hunters.

...

nak tahu cerita selanjutnya?? kenalah tengok sendiri. gerenti tak rugi. nak lagi best, tengoklah 3D. lagi real. jangan lupa tau. Hansel & Gretel open in cinema nationwide on 24th January 2013.



Monday, 7 January 2013

#parentalguidance

parental guidance @ 02.01.2013
thanks to cinemaonline



wah. lamanya ambik masa nak tulis entry pasal movie ni. basically ni first pre-screening yang kami attend this year. sangat fun and entertaining. even ashraf pun asyik gelak jer. untuk parents, ni movie yang bagus untuk bawa anak-anak menonton. sure, you and your kids will love it.

full review klik sini ye. banyak pengajaran daripada movie ni. mungkin cara kita mendidik anak-anak berbeza dari cara mak ayah kita. yelah. kita mestilah nak yang terbaik kan. bukan maksudnya cara parents kita tak bagus, cuma perlu disesuaikan dengan peredaran masa. kami belum ada rezeki untuk ada anak lagi tapi kami yakin rezeki itu ada. mugkin belum masanya kerana perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. eh, ni dah cerita lain ni...

for me, cerita ni sangat menghiburkan. lakonan yang mantap. betapa diane berusaha supaya diorang tak jadi "the other" grandparents. yelah, sampai jer kat rumah anak, semua photo frame gambar anak dan cucu dengan atuk nenek sebelah lagi. lagipun diorang ni last resort jer. diajak jaga grandkids pun sebab terpaksa dan tak ada orang lain lagi. mestilah terasa. cuma "fartie" yang cool dan tak kisah sangat. semua peristiwa lucu ni boleh buat korang gelak tau. dan barker cute sangat!! so, jangan lupa ke cinema ok.

3.5 star