Sunday 3 August 2014

raya tahun 2014 ni

salam aidilfitri untuk semua...

raya tahun ni saya gambarkan sedikit hambar. atas alasan apa pun saya tak begitu pasti.

raya pertama.
selepas solat sunat aidilfitri, terus ke rumah mak. sessi bermaafan dan makan-makan. hanya kami 4 beranak jer. ya dan keluarga beraya kat rumah PIL. after zohor, balik ke rumah. rutin tahunan semuanya batal. tak de majlis raya kat istana kayangan, rumah PM dan lain-lain..

raya kedua.
bertapa kat rumah jer. kawan2 semua dah balik kg. nak beraya rumah siapa lagi??? malamnya bertolak balik ke kelantan. excited nak jumpa family :)

raya ketiga.
sampai kat kampung halaman. how i missed bau pagi kat kampung. nyaman. pekena pulak nasi berlauk daging bakar. nikmat. tengahari menziarah wo. alhamdulillah she's good. masih bertenaga, gembira bersembang dengan cucu-cucu. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan wo. petangnya pergi beli tiket bas. malamnya plan nak pergi shopping kat wakaf che yeh. tapi kereta pulak buat hal. time ni lah nak rosak. sabar jer lah

raya keempat.
bangun pagi, masak rendang. kebetulan ma buat pulut kuning untuk majlis pertunangan adik mok uda. dahlah ashraf dah lama teringin pulut kuning. cukup sekadar mengubat rasa teringin. tak boleh makan banyak sangat. petang, ke majlis kenduri kesyukuran rumah mok cik. terasa sebak bila berpelukan dengan santi. menggamit memori masa kecik. betapa cepat masa berlalu, masing-masing dah ada kehidupan sendiri. tapi kenangan indah & nakal masa kecil, tetap tersemat di sudut hati..

malamnya, seperti biasa kalau musim perayaan tak sah kalau tak chaos masa naik bus. beli tiket bas shamisha ekspress tapi bila sampai kat bus stand, boleh pulak cakap bus rosak. kena tukar naik bus tambahan. hangin betul la. dah la lewat, nak kena tukar2 bus pulak. hmmm, pasrah je lah. akhirnya pukul 8.30am sampai kat shah alam.

raya kelima & seterusnya...
rutin harian macam biasa.


one and only photo hari raya :)