Friday 20 September 2013

struggle


for a past few days, i was struggling with an audit. the outcomes?? was too bad and i hold 70% of the responsibilities.

sad. angry.

but still i have to face the truth and move on.

hopefully that was the last time.

hopefully




Monday 2 September 2013

Agent E

setelah sekian lama menceburi offline kontest, akhirnya mendapat hasil yang cukup-cukup membanggakan!. kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan lain, mereka jauh lagi ke depan. dah berpuluh langkah ditinggalkan. tapi sebagai seorang yang baru berjinak dalam dunia offline kontest, saya rasa happy sangat dengan kemenangan ni.
 
Kontest Energizer Agent E, cuma perlu hantar bateri pack beserta borang permohonan yang boleh didownload di laman facebook energizer. setiap minggu, 10 pemenang bertuah akan mendapat RM1000 setiap seorang. kontest ni memang bergantung kepada rezeki sebab based on lucky draw.
 
dan untuk minggu kelima, nama husband naik. Ya Allah, rasa syukur bila nampak nama husband. saya cuma hantar 2 penyertaan sebab hari tu beli battery untuk remote tv. dengan kemenangan ni rasa lagi bersemangat nak menyertai offline kontest ni. tapi nak kena suit dengan budget la.
 
kontest Energizer ni berlangsung sehingga 20 september 2013. Kalau ada sesiapa yang beli battery energizer, bolehlah cuba nasib ye.
 
 
 
satu lagi kontest yang tengah hot ni adalah kontest Bonanza Hari Keluarga Malaysia Nestle. Hadiah bernilai RM2.6 juta disediakan. Rasanya kontest ni ada iklan kat TV. Cuma perlu beli barangan Nestle (yang umumnya memang digunakan oleh setiap keluarga di Malaysia ni kan) dan hantar berserta borang penyertaan. Jawab 2 soalan mudah sahaja.
 
Tapi rasanya kontest ni agak sengit. tempoh kontest ni dari 1 -30 september. Nak tahu lebih lanjut, lawati www.nestle.com.my/family
 
 

Pawn Star Asia Tour 2013

pada siapa yang melanggan package learning astro, mesti kenal family pawn star ni kan. husband memang peminat setia rancagan kat saluran 555 ni. dari Pawn Star, American Pickers, Kings of Restorations dan macam-macam lagilah..
 
Well last week, astro ada buat twitter contest. cuma perlu RT dengan hastag #PSILoveYou. Yang bertuah dapat attend event dan bergambar dengan Rick & Corey. dan nasib kami baik, maka dapatlah bergambar dengan dua orang mamat ni. tengok husband senyum panjang jer. selain dapat ambil gambar, dapat juga goodie bag. ada cap & t-shirt. 
 
 
saya nampak gemuk sangat dalam gambar ni. stress betul. terserlah double chin :)
 
another good event yang kami attend. bila lagi nak dapat peluang macam ni kan.