Monday 2 September 2013

Agent E

setelah sekian lama menceburi offline kontest, akhirnya mendapat hasil yang cukup-cukup membanggakan!. kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan lain, mereka jauh lagi ke depan. dah berpuluh langkah ditinggalkan. tapi sebagai seorang yang baru berjinak dalam dunia offline kontest, saya rasa happy sangat dengan kemenangan ni.
 
Kontest Energizer Agent E, cuma perlu hantar bateri pack beserta borang permohonan yang boleh didownload di laman facebook energizer. setiap minggu, 10 pemenang bertuah akan mendapat RM1000 setiap seorang. kontest ni memang bergantung kepada rezeki sebab based on lucky draw.
 
dan untuk minggu kelima, nama husband naik. Ya Allah, rasa syukur bila nampak nama husband. saya cuma hantar 2 penyertaan sebab hari tu beli battery untuk remote tv. dengan kemenangan ni rasa lagi bersemangat nak menyertai offline kontest ni. tapi nak kena suit dengan budget la.
 
kontest Energizer ni berlangsung sehingga 20 september 2013. Kalau ada sesiapa yang beli battery energizer, bolehlah cuba nasib ye.
 
 
 
satu lagi kontest yang tengah hot ni adalah kontest Bonanza Hari Keluarga Malaysia Nestle. Hadiah bernilai RM2.6 juta disediakan. Rasanya kontest ni ada iklan kat TV. Cuma perlu beli barangan Nestle (yang umumnya memang digunakan oleh setiap keluarga di Malaysia ni kan) dan hantar berserta borang penyertaan. Jawab 2 soalan mudah sahaja.
 
Tapi rasanya kontest ni agak sengit. tempoh kontest ni dari 1 -30 september. Nak tahu lebih lanjut, lawati www.nestle.com.my/family
 
 

2 comments:

Lina said...

Wah, tahniah... kemenangan memang menjadi pemangkin untuk kite lebih berusaha. Dalam banyak2 offline contest yg Ina join, baru menang sekali je rasanye.
Apapun tahniah sekali lagi.

Nisa Greennnpanda said...

off9 contest sy pnah mnang 2-3 kli je..huhu~...

tag azlini...
http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2013/09/mini-giveaway-by-sfaezah.html