Wednesday 29 August 2012

satu hari di hari raya :: lokasi 2


pandangan dari jauh. istana negara jalan duta
tahun ni tiada istana terbuka. mungkin kesihatan tuanku tidak mengizinkan.
tak apalah. ada rezeki, insyaAllah bertemu lagi.




the watch

typical ben stiller's comedy :: too much four-letter words, too much dirty scene.
but if you're a fan of ben stiller's comedy, don't forget to catch "the watch"
some people will enjoyed it but some might not. 
there were hilarious parts that makes you laughing out loud, but there also parts that makes you think how sick they are because producing this kind of movie.


this movie rated 18pl. duration around 110 minutes.
thanks to 8tv nitelive & nuffnang for the free passes :)



to kill the aliens: by shooting their "private part" because it is where their brain located. 
and all the aliens are male.

interested?? this movie open in cinema 30th August 2012

***

good initiative by 1utama to promote less use of bottled water that can polluted the environmental. bring your own environmental-friendly bottle and refill at their water refill stations store-wide. awesome!!







Monday 27 August 2012

satu hari di hari raya :: lokasi 1

jalan-jalan beraya kami. selepas selesai solat sunat aidilfitri dan beraya dengan mak & abah, kami terus ke istana kayangan, shah alam. kalau turn beraya kat sini, acara melawat istana ni tak pernah missed la. food sedap, tak crowded sangat compared to other official open house. 


tempat duduk VIP vs tempat duduk kami

setiap tahun tak pernah berubah. kami terpaksa makan kat bawah terik matahari. apa salahnya pengurusan istana sediakan khemah. bukanlah demand untuk khemah yang cantik-cantik, at least bagilah keselesaan sikit untuk kami. tak adelah makan tengah-tengah panas. tujuan kami datang untuk meraikan hari yang mulia bersama tuanku. 


makanan.

makanan sedap maklumlah chef concorde yang masak. tahun ni berbeza sikit. ade western food. pagi raya makan spageti, vege lasagna.. overall kenyanglah. dapat tengok tuanku pun dari jauh jer. nak salam, ramai jugak yang beratur. next yearlah kalau ade rezeki lagi :)


malam raya :: impiana KLCC + jalan TAR

baru berkesempatan nak buat entry. tapi "better late than never" kan. malam raya, berbuka puasa secara exclusive di impiana KLCC (Voucher dari lipstiq.com). food??? heavenly. tak ramai sebab hari tu memang dah last day untuk ramadan buffet kat impiana KLCC (tonka bean cafe). next year kalau berkesempatan, you guys should try their ramadan buffet ok. seriously berbaloi-baloi.

me + him @tonka bean cafe

surrounding & foods 

selections of Baskin Robbins ice cream .yummy

tak sempat nak snap picture banyak-banyak. nanti apa pulak orang cakap. lebih fokus pada makan. pilihan makanan memang terlalu banyak. tapi manalah mampu nak makan banyak sangat. ambil sikit-sikit, yang penting dapat rasa makanan yang variety. kat sana surau pun selesa. lepas solat boleh continue makan. buffet hari tu sampai pukul 10+ tapi kami stay sampai pukul 9 jer. dah penuh sangat. alhamdulillah, merasa jugak berbuka puasa kat hotel ramadan tahun ni. lagipun free voucher kan. rezeki jangan ditolak.

lepas makan seperti biasa, menujulah kami ke tempat paling famous kat KL kalau bulan ramadan dan syawal. tak lain tak bukan, JALAN TAR. meriah sungguh. kami sampai awal lagi, so kami lepak dulu kat dalam kereta. perut pun agak sendat lagi. nak jalan-jalan tak selesa sangat.

Dalam pukul 11+ (kami tertidur dalam kereta, hihi) bermulalah pengembaraan kami merentasi lautan manusia kat jalan TAR ni. manalah datang ramai-ramai ni. ada pulak yang angkut baby kecik malam-malam ni. kesian baby tu. patut time tu dah lena tidur kat rumah..

macam-macam barang ada. semua dah dilelong. baju kurung dah 3 pasang RM100. kami jalan-jalan jer. tak beli barang sangat. cuma him beli kain pelikat color hitam tanpa corak. dan me beli beg murah jer. nak beli baja raya, taklah. sebab sepanjang hidup, me cuma pakai baju kurung yang dijahit oleh ma jer. cuma baju tunang, nikah dulu jer tempah sebab ma cuma jahit baju kurung. baju fesyen2 sikit ma tak expert sangat. 

yang paling ketara yang me observed kat jalan TAR malam tu adalah tempat buat inai. rasa-rasanya adelah dala 20 meja kot. dan dapat sambutan pulak tu. ade jer yang dok menahan tangan kat setiap meja tu. tak surelah berapa RM charge untuk lukis inai tu. pelik betul lah. ada pulak yang minat nak menconteng tangan. macam nak kahwin jer. tak tahulah citarasa manusia sekarang ni.


jalan TAR @midnight

dan yang paling tak best...

lepas jalan, jalan, sampai kat kereta jer... ada surat cinta menanti dicermin kereta. DBKL pun agak-agaklah. tahun-tahun sebelum ni kami parked kat situ jugak (memang line kuninglah), tapi tak ada pun nak saman-saman ni. huh.. melayang RM...


Friday 24 August 2012

raya @kg :: drama

too much drama, he can't handle.

Friday 17 August 2012

the expendables 2


rasanya duration movie ni pendek sikit. rasa sekejap jer kat dalam hall tu. Secara keseluruhannya, movie ni dalam kategori "must watch" la. ramai star dalam movie ni tapi semuanya dah veteranlah.

mestilah nak update twitter (poyo jer). 

aksi ganas tak adelah melampau sangat cuma gerun tengok tembakan, pisau kat dalam movie ni. kalau yang suka action movie tu memang sure enjoy la. tapi saya kurang minat sikitlah. Masa nak masuk hall tu chaos sangat. ramai orang sangat berebut macam apa jer. mungkin diorang nak berebut seat kot sebab ade sesetengah hall tu buat free seating. so nak kena cepatlah. kalau lambat jenuh mendongak kat depan. nasib baik hall yang we masuk tu seated tapi we dapat 3 dari depan. sebabnya redeem ticket dah lambat.

jangan lupa ke cinema. 

and thanks to myimart for the FREE passes. yang satu pair lagi saya passed kat my colleague.

bintang dari yang bukan pakar: 3.5/5

peringatan untuk diri sendiri: lain kali jangan lupa memorize / catat / snap pic kat mana parked kereta. confident sangat sebab rasa parking lot kat e@curve tu kecik jer. last-last jenuh mencari. adalah dalam 15 minit dan kena bebel. padan muka!! 




malam-malam @bandar klang

belon. anak-anak kecil kalau tak pegang satu tak sah. ade upin-ipin, ade spiderman, burung helang dan macam-macam lagilah. tak tahulah berapa harga belon ni. RM5??


si pelelong bunga. riuh rendah suara setiap tahun. tarikan orang ke kedai bunga ni. ntah berapalah gaji mamat ni jadi tukang lelong bunga dalam bualn puasa ni. ops.. rotan jangan dilupa.


malam tadi plan asal nak ambil baju him kat tailor tapi dah tutup la pulak. yelah mencari parking pun dah almost half an hour. sesak, padat betul la bandar klang kalu menjelang raya ni. macam-macam ade.. me grab tudung je. baju raya tak beli lagi. recycle last year punya je kot. 

dan hari ni kat ofis, mak aih lesu betul. ramai dah cuti. yang tinggal ni, masing-masing dok melayan perasaan. termasuklah me. hmmm...


tudung RM5 saya






Wednesday 15 August 2012

misi selasa 13/8

bersesak menuju kuala lumpur..
minggu ni kesesakn amatlah luar biasa. yelah, semua orang dah bergaji. mesti nak shopping raya.



7.45 tiba kat lowyat. buka puasa makan McD dalam kereta kat basement low yat. Habis makan, solat maghrib dulu.


surau kat B2 ni dah upgrade la. ada carpet tapi biasalah telekung tu tak tersusun sangat. tapi comfortable jugak sebab berair-cond dan ruang yang luas. dalam surau tak adalah bau masam sebab tempat ambil wudhuk kat luar.

semalam betulkan PC, install antivirus. tu pun pukul 10 baru siap semua. kedai pon banyak dah tutup. tak sempat nak ronda-ronda. 



Tuesday 14 August 2012

beauty & fashion


i can blog about almost everything (even no one read about it) but not beauty & fashion. 
my sense in fashion is totally out.

baru-baru ni beli tudung color merah to match my t-shirt. orang-orang kat kilang pun tegurlah sebab diorang biasa nampak saya pakai tudung yang color gelap. dan sekarang dah rasa malu. alamat tudung tu duk diam dalam almari jer lah.

perempuan manalah yang tak suka barang-barang yang cantik. tapi kadang-kadang pilihan tu macam tak kena je. memang cantik dimata kita tapi bila orang lain tengok rasa semacam jer.hmm entahlah...


Monday 13 August 2012

55 tahun merdeka :: kibarkan jalur gemilang anda


baru jer pasang jalur gemilang kat balkoni rumah. jalur gemilang mesti ada sebagai tanda semangat! beli jalur gemilang ni kat mydin. tapi sedikit ralat, ada 1 jalur gemilang tu senget benget. dah tak cantik. maklumlah semuanya mass production from china. tak ada quality langsung. tahulah murah tapi ini lambang negara, mana boleh main cincai jer. hmm.. patut complaint kat mydin ke tak??? bukan pasal harga tapi ini pasal maruah negara.

the Expendables 2 :: e@curve @ tropicana city Mall

the expendables 2


e@curve @ tropicana city???

kebetulan pulak dapat both invitation. masih berkira-kira nak pergi yang mana satu. dia memang nak pergi yang kat e@curve tu. macam lah kita tak tahu dia nak beli cap g-lock tu...


from fb myimart :: cineleisure e@curve
baru last week pergi. seat tak comfortable sangat, sound effect pun tak boleh lawan GSC. Commercial before screening amatlah membosankan. hmmm


twitter @wanistamy :: GSC Tropicana City Mall
Rasanya baru sekali pergi tropikan city mall ni. tak ingat pulak screening movie apa. hari tu tak sempat nak jalan-jalan. 


siapa yang minat tengok movie, joinlah contest either kat fb or website. jimat duit beli tiket kalau menang. biasanya contest ni kena jawab soalan dan buat slogan. Kadang-kadang lucky draw je. tengok nasiblah. kalau memang suka watch movie dan free, joinlah ye...

Friday 10 August 2012

masak-masak :: epok-epok

tak tahulah dari mana datangnya nama epok-epok ni. basically epok-epok ni macam karipap cuma intinya adalah sayur-sayuran (tauge, carrot, etc). 


inti:
tumis bawang merah + bawang putih + black pepper + udang kering yang ditumbuk
masukkan daging cincang
akhir sekali masukkan sayur-sayuran 

doh:
uli tepung + mentega yang dicairkan + air


dan hasilnya....

makan dengan sos cili lagi sedap

saya tak pandai sangat nak "mengelim" epok-epok ni. rupa tak menarik sangat tapi rasa boleh tahanlah (ayat angkat bakul). saya jealous tengok karipap my sis in law sangat cantik. dan my husband panggil epok-epok ni epok-epok badak sumbu sebab saiznya yang besar. makan 1 pun dah kenyang.

Wednesday 8 August 2012

nuffnang bertukar wajah??


new and improved look of nuffnang.
simple yet stylish.

** just ignore my RM0.50 earning :)

moe + curly + larry = 3 stooges



seriously a very hilarious movie. kadangkala rasa tahap "bangang" diorang ni menyakitkan hati jer. 

movie ni rated P13. duration dalam sejam setengah tapi sepanjang masa tu memang dok gelak tak ingat dunia la. movie ni tak sesuai sangat kalau budak kecik tengok. takut terikut dengan aksi-aksi "ganas". kan tak pasal-pasal ada yang ketuk kepala dengan tukul besi, cucuk mata dan macam-macam lagi la.

bagi saya part paling kelakar adalah masa kat hospital. kesian plaster man tu jadi benda untuk tahan pintu.

nak tahu lebih lagi, terjah la cinema. movie ni start 9 august. rugi kalau tak tengok.

thanks cinemaonline.




Tuesday 7 August 2012

anything coke

hobi terbaru :: kumpul barang barang coke


Coke dari GB, Korea & Thailand. Kitorang tak minum Coke ni tapi sebagai pengumpul, mestilah ada Coke dari luar negara, padahal semua ni beli kat malaysia jer. Harga agak mahal sikit especially yang GB tu. Around RM5 per can. Satu dah meletup. Kebarangkalian untuk meletup memang tinggi. Sebab tu ramai collector yang akan keluarkan air daripada can dengan menebuk lubang kecil kat bottom. tak payah buka penutup sentap tu sebab nanti dah tak cantik bila ternganga. 



Semua dah tahukan, kalau ada event besar McD akan came out dengan promotion contour glass. Sekarang ni tengah mengumpul. Tiap minggu menghadap fastfood semata-mata nak glass McD tu. Kitorang pernah beli Glass McD yang Olimpik Beijing 2008, Harga RM10 per glass. Dalam masa 4 tahun jer, glass tu dah ada harga. Masa 2008 tu belum minat Coke lagi sebab tu tak ambil tahu sangat. Mug spiderman tu dari GSC sempena dengan the amazing spiderman. Kena beli kombo popcorn baru dapat beli mug tu dengan harga RM1. 


Merchandise lain. Ada pinggan, jam, water bottle, tissue holder, cap, cooling bag. macam-macam ada...


Coke ni banyak sangat promosinya. Kebanyakannya kena beli Coke dulu baru dapat merchandise. Itu masalah sikit. Tahulah Coke ni boleh mendatangkan penyakit. langsung tak menyihatkan. tapi nak buat macam mana. Kalau boleh beli jer barang-barang tu tak apalah jugak. Stok Coke kat rumah dah banyak. Asyik minum kan tak pasal-pasal kena diabetes. hmmmm...









masak-masak :: kuah kacang

 kacang yang disangai (eh ye ke ejaan macam ni)
bawang, halia, serai, udang kering @ belacan (kisar)
cili kering (kisar)
air asam jawa
gula 


tumis semua bahan kisar
+ air asam jawa
+ kacang yang ditumbuk / kisar
masak dengan api kecil hingga pecah minyak


dan ini hasilnya.

ops, terlebih pedas + masam sikit. 
bulan puasa tak boleh nak rasa.


selamat mencuba. 
untuk resepi kuah kacang yang lebih sedap, google je.





Friday 3 August 2012

August 2012 Blog Giveaway

click on banner to join
GA end 31st Aug 2012

oh raya :: tiket balik kampung

tiket balik kampung raya ni dah selamat dibeli (orang lain sebelum puasa pun dah beli tiket rasanya). Ni kali pertama balik kelate naik train. teruja sangat!!! tapi tiket balik s.alam belum beli lagi. parah jugak. tanye pekerja KTM tadi, return tiket yang ada cuma pada 29/8 onwards. terus melopong. tak pelah. nanti minta ma belikan tiket bas je. minta-minta ada lah lagi. 

balik kelate raya ke-4.  balik semula ke s.alam, akan ditentukan kemudian :)



harga tiket RM42 untuk Superior Seat. tak tahulah macam mana rupa superior seat ni. kira oklah daripada duk bersesak kat jalanraya tu.

kalau balik kampung, kami akan memilih untuk naik kenderaan awam. tak larat nak drive sebab cuma ashraf yang boleh drive. lagipun kami berdua je. fyi, saya tak ade lesen memandu dan tak tahu pun drive kereta. tak tahulah kenapa tapi saya tak confident langsung nak drive. puas dah dipujuk, tapi tak makan saman punya. nasiblah ashraf dah ikat kontrak seumur hidup jadi tukang bawak saya kemana-mana nak pergi. 

 tak sabar nak balik kampung 



ganjaran istimewa :: impiana KLCC

sangat teruja dengan kemenangan kali ini. to be honest, i didn't expect to be chosen as a winner at all. memandangkan semua entry lain memang best. apalah sangat dengan entry saya yang simple. tapi ini lahir dari hati. kemenangan sebagai ganjaran untuk kami berdua. last few days masa abah warded, buka puasa kami agak tak keruan. berbuka dalam kereta tak kira tempat. kat bawah pokok, kat tepi jalan dan kat parking lot hospital. kami tak kisah sangat sebab viva tu dah macam rumah. tempat makan dan kadang-kadang jadi tempat tidur jugak. dan voucher ramadan buffet ni bolehlah kami guna untuk buka puasa ala fine dining sikit.


simple entry and winner notification

bukan nak meninggi diri, tapi saya yakin ini berkat kami berbakti pada ma, mak & abah. walau dalam keadaan penat sekalipun, ashraf tetap sabar. mungkin ada ketika, dia lost his temper, tapi dalam keadaan agak genting macam ni, it might happen to anyone. he's a good son and  i'm proud of you dear. 

voucher
tak decide lagi bila nak pergi. kena plan masa dan buat reservation dulu. moga-moga tak ada halanganlah. 


Thursday 2 August 2012

Step Up Revolution

movie poster


winner announcement @ lipstic.com


actually movie ni akan release 2 august which is today tapi we berpeluang menonton step up revolution premiere screening kat GSC, 1 utama semalam. thanks lipstiq.com for the free passes.

movie ni rated 13PL. ada tarian yang agak keterlaluan. dan movie ni set up kat miami, so you'll be seeing too much bikinis.

but the dance moves were jaw-dropping superb. if you love music and dances, you should watch this movie. dari segi jalan cerita, tak ade yang istimewa sangat. plot biasa sahaja. cuma aksi-aksi tarian dan koreografi yang mantap membuatkan kita seronok menonton. tahap kagum pun adalah.

don't forget to watch Step Up Revolution. You'll be enjoying this movie.

star: 3.5/5