Thursday 29 November 2012

Kongsi kasih sayang bersama Kleenex dengan Sumijelly.com

jom join Contest Kongsi kasih sayang bersama Kleenex dengan Sumijelly.com. Klik SINI untuk informasi contest. 


gambar ni di ambil last year. dalam perjalanan pulang dari Konvo UTM. kami jarang dapat bergambar berdua sebab malas nak mengusung tripod. saat yang istimewa bersama yang tersayang. melepaskan segala tekanan selepas penat bekerja. saat terindah dikongsi bersama. gambar ini mengingatkan tentang pengorbanan dan keikhlasan dalam menghadapi suka duka 2 tahun menjadi pelajar. terima kasih untuk cinta hati saya yang sentiasa menyokong dan memberi semangat yang tak pernah putus-putus. teman hidup saya sampai ke syurga.

jom join contest sumijelly.com ni. masih belum terlewat sebab tarikh tamat contest ni 30 Nov 2012.


Giveaway | Bersama Kleenex, Ini Ceritaku :)




jom join GA best ni. Ada 3 cara mudah nak sertai GA ni. Untuk details boleh lawati blog Madam Ayu ni dengan hanya klik pada banner kat atas. hadiah??? Mestilah ada tisu kleenex yang terbukti sangat lembut. terbaik!!!

saya guna cara kedua. buat "caption" gambar amani yang cute ni. dan hasilnya....




tarikh akhir GA ni hari ni (29 Nov 2012). so, cepat-cepat!!! masih ada masa ni..




Wednesday 28 November 2012

Life of Pi

Life of Pi (3D)
GSC Tropicana City Mall @ 27th Nov 2012
Thanks Red.fm

Movie ni adalah yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ni. actually dapat invitation untuk pre-screening kat 2 tempat berbeza. 1 kat TGV Setiawalk Puchong dan 1 lagi kat GSC Tropicana City Mall. Kami pilih kat Tropicana sebab kat Puchong tu screening start awal sangat. Lagipun kat Tropicana ni in 3D. Lagi syok.

Sangat puas hati. Cuma kondisi seat agak tak selesa. Entah kenapa rasa masa nak menggelongsor ke depan jer. Both seat macam tu. 



Movie ni sangat memberi inspirasi.  permulaan movie ni agak slow. dari segi audio dan visual memang tak boleh dipertikaikan. cinematograpi yang cantik dan memukau. Kebanyakkan masa movie ni berlatarbelakang laut, so kami pun rasa macam nak mabuk laut sama. 

bagi saya, ada part yang agak sensitif. bila Pi tercari-cari kepercayaan dan maksud tuhan. mencuba setiap agama. dari hindu, ke kristian malah islam juga. you guys kena tengok movie ni dulu, then baru boleh faham apa yang saya cuba sampaikan. 

jangan lupa ye tengok movie ni. you'll be amazed dengan kesungguhan Pi untuk survive. permainan emosi yang mungkin boleh membuatkan ada orang yang menangis. tapi kenapa richard parker pergi begitu sahaja??? kecewa tau....

cerita minggu lepas | shoutawards

shoutawards 
sunway lagoon, 23 nov 2012

entah apa yang membuatkan saya nak pergi sangat shoutawards ni. dapat 4 passes dari Yes 4G.  sesungguhnya amat menyesali pergi shoutawards ni. menyesal sangat. kenapa??? tak ada apa yang menarik selain tengok manusia menjerit melalak, artis yang pakaiannya macam tak cukup kain. aksi teenage yang "urban"lah sangat...

passes


 entrance. punyalah beratur panjang nak masuk.


 doorgift. kipas + poncho



insiden yang menambahkan tension adalah terpaksa memanjat tangga dari bawah untuk ke parking sunway pyramid. ada problem dengan power supply tapi organizer macam buat tak tahu jer. apa punya organizerlah. menyusahkan orang. dah termengah-mengah semua terpaksa panjat beratus anak tangga. agak gelap pulak tu. next time, no more. better pergi konsert berbayar. at least puas hati walaupun kena keluarkan duit. 




Tuesday 27 November 2012

Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com

nak menang hadiah-hadiah BEST??? jom join MEGA GIVEAWAY YANAYASSIN.
klik banner di bawah untuk join!!



GA yang simple. cuma perlu buat entry (beserta banner) dan kongsikan pengalaman manis/masam dalam berblogging


blog ni masih baru lagi. kalau nak dibandingkan dengan otai-otai, memang beza macam langit dan bumi. entry pun tak consistent. bergantung pada masa terluang sahaja. but i love blogging and blogwalking. dari situ boleh tambah ilmu, baca kisah hidup orang lain. yang baik, jadikan teladan dan sebaliknya.

boleh dikatakan perjalan blog ini masih jauh dan harapnya tuan punya bolg ni akan tetap bersemangat untuk menulis. tak kiralah ada yang sudi melawat blog ni atau tidak. yang penting ada kepuasan di situ. all the best to me :)

saya nak tag 3 rakan untuk join GA ni:
nisa greenpanda
cik rose cute
kak atie

Thursday 22 November 2012

converse


used to be my favourite shoe. tapi bila dah meningkat umur, macam dah tak sesuai nak pakai converse ni lagi. one and only converse yang saya ada. beli converse ini dalam 8 tahun lepas kat midvalley. my BFF ada satu. dia pun masih ada converse ni cuma dah rosak sikit.

sejujurnya, saya rindukan my best friend. tapi keadaan dah tak sama macam dulu. masing-masing dah ada komitmen. tapi ingatan tetap terpahat di hati. i'm glad to be one of your friend. love you, asma'.


twilight saga :: breaking dawn part 2

The Twilight Saga :: Breaking Dawn Part 2 Premier Screening
e@curve 21.11.12
thanks tupai



peminat twilight mesti tertunggu-tunggu part 2 ni. after setahun, movie ni akan start ditayangkan pada hari ini. bertuah saya dapat tiket free untuk pre-screening. ramai sungguh kat e@curve malam tadi. tapi ade kejadian tak best pulak. saya tertinggal purse kat ofis. nak redeem tiket kena tunjuk IC. basib baik ada kad nikah dalam wallet ashraf. boleh la diterima. dah kena bebel sebab cuai. tapi kena tahan telinga lah sebab my bad jugak. 

overall, memang best. menepati jangkaan. puas hatilah menunggu lama. tapi tak naklah bagitau jalan cerita. tak aci lah pulak. nanti kalau dah tau, spoil mood jer. dah tak suspen korang nak tengok. korang kena tengok sendiri tau. must watch tau!! semalam beli combo deal popcorn kat e@curve. dapatlah cawan plastik kat atas ni. size kecik sikit compare dengan last year (lupa pulak nak snap gambar). 


p/s: tak sabar nak tunggu minggu depan. ada movie best nak keluar. Life of Pi. tapi sebelum tu nak cari novel tu dulu la. 

Tuesday 20 November 2012

coke collectors fair @publika

"dia" kan crazy about coke collectibles. so, event ni mestilah diterjah. actually ni 2nd event yang kami attend. last year pegi jugak tapi mase tu dah lewat sangat. sampai jer semua dah bungkus barang. so, kali ni awal-awal dah plan. dah google cari lokasi publika. first time jejak kaki ke sini. impressive. maklumlah shopping complex orang kaya.. 




can dari serata dunia. kami tak beli banyak sangat can ni. cuma yang special occasion jer. quite cheap. rm5 per can. macam-macam saiz, corak ada. menarik. pengumpul coke ni macam-macam. ada yang kumpul can sahaja. ada yang kumpul glass bottle sahaja. ada yang cuma kumpul collectibles sahaja. dia dalam kategori kumpul caca-marba. semua sapu asalkan menarik. coke gambar mawi & zahid mase tengah glamer pun ade. 



some items yang dipamerkan. memang menarik sangat event ni. next year mesti terjah lagi. hopefully buat kat sini jugak lah. tempat yang selesa sangat. parking pun murah. 




balik rumah, malas pulak nak snap photo items yang kami sambar kat event ni. melayang jugaklah RM300. tapi tak apalah, minat kan. kami beli collection can dari korea dan thailand. Coin bank coke. dan macam-macam lagilah. ada masa nanti saya update (tu pun kalau ingatlah).

apa yang "unhealthy" pada hari itu adalah kami berdua minum 3 cans of coke sorang. bayangkanlah berapa jumlah gula yang kami consume. hari tu coke ade buka booth distribute cold can coke. sambil jalan, minum... sedar-sedar dah 3 cans dah kami minum. cepat-cepat sedar diri. bahaya sungguh.

Friday 9 November 2012

Giveaway blog aslamber.com'

nak join GA best???

klik banner kat bawah ni.



apa yang perlu anda buat:

Mempunyai blog dan like Fanpage blog aslamber.com.


Menulis entry bertajuk 'Giveaway blog aslamber.com' dan backlink kan entry ini sekali.


Tulis pendapat peribadi mengenai blog aslamber.com kat blog korang.
 Kutuk/puji dan idea penambahbaikan.


blog aslamber.com ni padat dengan informasi berkaiatan denagan pelaburan wang. sangat sesuai untuk mereka yang mencari maklumat berkaitan. selain itu, entry-entry lain jugak menarik dan asli. bukan jenis yang copy-paste daripada internet.

dari segi design blog, pemilihan warna yang bersesuaian dengan konsep blog. tapi boleh ditaabah dengan elemen-elemen yang menceriakan blog sikit. bagus untuk "up"kan mood pembaca.


itu saja. a good & informative blog anyway.



tentang blog saya & apa kata pakar


kebanyakkan blogger mesti pernah singgah kat blog famous ni kan? nak dijadikan cerita, malam tadi login fb dan nampak blogger famous, Mr Eyriqazz buat satu kontest. 5 blogger pertama yang klik G+ dalam entry tertentu akan dapat review blog percuma dari beliau. sepantas kilat me visit his blog dan klik G+. dan hadiahnya, Mr eyriqazz berkongsi pendapat beliau tentang 3 perkara yang pada fikirannya "tak best" pasal blog me. dan inilah komen beliau...




perkara pertama yang mendorong saya mula menulis blog pada Oktober 2011 adalah kerana saya nak join kontest/GA melalui blog. 

http://24-7nay.blogspot.com
fun side of me

ye, nama blog ni langsung tak catchy. actually NAY tu singkatan bagi nama saya. penambahan 24-7 tu kiranya apa yang berlaku dalam hidup saya, 24 jam, 7 hari seminggu. dan "fun side of me" adalah apa yang nak saya gambarkan dalam blog ni pada mulanya. tapi sekarang ni dah campur aduk semuanya. ada gembira, ada sedih dan macam-macam serba mak nenek ada. rasanya saya tak akan tukar URL blog ni. nama blog akan stay selagi mana saya mampu untuk berblog.

komen kedua mengenai gambar kat blog ni kecik. hihihi.. kebanyakkan gambar kat dalam blog ni saya capture menggunakan kamera phone yang bercap ayam sahaja. saya tak memiliki samsung galaxy S3 mahupun iPhone. Tapi selepas ini saya akan cuba untuk gunakan gambar yang lebih besar. pilih jer kan sama ada nak small, large, X-Large atau original size. see, dalam post ni saya pilih size gambar yang besar sikit. ok tak??

yang ketiga, banyak ruang kosong di kiri dan kanan. saya cuba untuk mengekalkan konsep minimalis dalam blog ni. lagipun saya tak pandai nak design blog cantik-cantik. sedihnya. dulu saya pernah buat GA untuk mencari so-called "designer" untuk hias blog tapi tak ada sambutan. memang niat saya untuk make-over blog ni tapi masih tak bertemu dengan designer yang sudi (saya nak upah tau, bukan suruh buat free). kalau ade kawan-kawan yang pandai, inform me ok. dan saya paling berkenan design blog bro eqbalzack. sedap mata memandang :)


hopefully akan tercapai perancangan ni. nak kena buat research jugak. kalau ada yang nak berkongsi info boleh jugak. saya amat alu-alukan.



Thursday 8 November 2012

all about music | pink & pitchperfect



last two week dah pergi pick up Pink's The truth of Love CD kat Yes Booth, Lot 10. Nasib baik weekend boleh redeem hadiah. Dah dengar CD tu. Not bad la. Lagipun me suka jugak music Pink ni. Tak adelah jiwang sangat. just nice.



Pitch Perfect Pre-screening @ GSC, Midvalley. Thanks to Hype.com

Movie yang menghiburkan. Musical. Jalan cerita yang ringan jer. tapi tak sesuai untuk yang nak bawa anak-anak menonton la. Movie ni pasal pertandingan nyanyian acapella kat universiti. konsep macam GLEE. lucu especially fat amy yang spontan sangat. tarian tak over-the-top macam Step-Up tapi still menghiburkan.
Pitch Perfect akan hit cinema on 15th Nov. Kalau nak tengok movie yang relax, bolehlah pilih Pitch Perfect ni. me bagi 3.5 bintang!

Wednesday 7 November 2012

pesta cahaya

pesta cahaya. sinonim dengan Deepavali kan. tapi entry ni tak delah berkaitan dengan Deepavali tapi pasal keadaan traffic kat s.alam ni. sekarang cuaca tak menentu, tapi tak apa hujan rahmat kan. 

yang paling tak tahan, waktu balik kerja jalan mesti jammed teruk. terpaksalah menghadapinya jugak. kadang-kadang tension jugak. kita nak berkejar balik rumah, tapi tersangkut pula dalam kesesakan. pandang kiri, pandang kanan, semuanya muka ketat jer. ada pulak rude drivers, lagilah hangin satu badan. ada yang sampai hilang pertimbangan. 

rasanya tak ada penyelesaian untuk masalah jammed ni. kenderaan semakin bertambah tapi tak ada jalan alternatif pulak. kawasan s.alam ni dah padat sangat. nilah nasib duduk kat bandaraya kan



Monday 5 November 2012

blog giveaway | tinggal kenangan kah??

dah lama rasanya tak join giveaway (GA) kat blog. bukan tak berminat, cuma dah tak cukup masa rasanya. lebih tertumpu join contest kat fb / web / twitter jer. ramai kawan-kawan yang dulu memang hard core join GA kat blog pun rasanya dah makin slow down. yelah, dalam hidup kita ni ada fasa-fasa tertentukan. macam me, start dengan join GA kat blog, then beralih join kat FB. sekarang pula dah try join offline contest sikit-sikit. tengok geng COMPER menang hadiah yang super BEST, teringin lah jugak. sekadar mencuba. ada rezeki, alhamdulillah. tak ada pun, redha jer.

last week, me join GA kat blog gieyana ni. hadiah utama oil perfumed bodyshop. tapi rezeki me menang FM. syukur alhamdulillah. ramai peserta yang join. terima kasih tuan blog sudi anjurkan GA.





cerita tentang GA ni tiba-tiba me teringat. Ya Allah, me masih berhutang hadiah untuk 2 orang pemenang FM bandung dalam contest yang me anjurkan. rasa bersalah dan me minta maaf sangat-sangat. me akan cuba hantar FM tu dalam minggu ni jugak. 

rasanya salah satu faktor ramai yang slow down dalam join GA ni sebab ada yang tak terima hadiah. sepanjang me join GA, rasanya ada 3 hadiah yang me tak terima. me tak nak lah tergolong dalam jenis orang yang tak menepati janji tapi me betul-betul terlupa. hadiah cash/top up me dah langsaikan cuma yang FM ni me betul-betul terlupa. MAAF ye pada 2 pemenang tu. MAAF sangat :(



Friday 2 November 2012

Chicago Live in Malaysia 2012

Chicago Live in Malaysia 2012 | Plenary Hall, KL Convention Centre
31st October 2012

thanks @Bellantv7 sebab pilih me as one of the lucky winner. actually me tak minat sangat. since him beria sangat nak pergi, me carilah contest yang bagi tiket free. Kalau bayar sendiri mesti nak fikir banyak kali. yelah. tiket paling murah pun RM180 dan yang paling mahal RM880. Almaklumlah, artis antarabangsa. Kami dapat tiket yang bernilai RM380. Tu pun yang masih kat row yang agak belakang.

konsert hari rabu dan me working on that day. gerak dari shah alam pun dah pukul 7 lebih. hujan lebat sangat. risau jugak tak sempat sampai ontime. nasib baik sempat.

ni kat dalam terowong smart. setiap kali masuk terowong smart ni, me mesti teruja. jakun sungguh.


walaupun tiket mahal, tapi penuh hall tu. yang datang pun terdiri daripda orang-orang yang "banyak duit". semua nampak macam Manager, Dato'. Kami dapat tiket free ni rasa kerdil jer. tak apalah. tujuan datang nak enjoy music kan. Malam tu nampak Ezham Media Prima tu. dia pun duduk kat row dekat dengan kami je.



Hall tak adalah besar sangat. Tapi sound macam kureng sikit compared dengan Istana Budaya. kalau buat kat Istana Budaya lagi best rasanya. ni kali kedua kami datang sini sebab hari tu konsert jamal pun kat sini. 




dah habis konsert, ambik gambar kat stage. gambar muka me kat dalam kamera pulak.

p/s actually me tertidur masa concert sebab tak tahu most of their song :)


Thursday 1 November 2012

#skyfall

Skyfall Premier Screening | TGV, Sunway Pyramid
30 Oktober 2012


peminat bond 007 mesti tertunggu-tunggu movie ni. me dapat free premier screening ticket kat @msnbuzz. Puas hati dengan movie ni. yelah, 007 kan. tapi yang paling teruja bila dengar adele nyanyi lagu skyfall tu. meremang bulu roma. best!

skyfall start tayang kat cinema hari ni. me bagi 4.5 bintang. walaupun duration movie ni lebih kurang 2 jam setengah, tapi rasa macam sekejap je. rasa tak puas tengok pun ada. biasanya me tak minat sangat dengan filem bond ni. especially bila pierce brosnan jadi bond. tak tahu kenapa me tak minat dia.

persembahan daniel craig dalam movie ni best. biasa cerita bond mesti ada gadget canggih, tapi kali ni tak ada pun. Bond's Girl mestilah ada tapi tak seseksi wanita-wanita sebelum ni. Adegan sensasi pun ditapis. tak adalah censored sangat tapi still movie ni rated 13PL. cerita ni lebih banyak terarah pada M (Judi Dench). lagipun ni filem terakhir M dalam bond installment ni. nak tau lebih lagi, kenalah tonton movie ni. movie ni tak boleh lawan Dark Knight Rises. for me, takhta Best Movie of  The Year masih milik Batman lagi.



balik dari cinema, him mengadu lapar. malas nak berhenti singgah makan sebab dah pukul 12 tengah malam pun. so, balik rumah, me masak maggi goreng simple jer. cukup untuk alas perut. tak elok pulak tidur dalam keadaan lapar.