Friday 9 November 2012

tentang blog saya & apa kata pakar


kebanyakkan blogger mesti pernah singgah kat blog famous ni kan? nak dijadikan cerita, malam tadi login fb dan nampak blogger famous, Mr Eyriqazz buat satu kontest. 5 blogger pertama yang klik G+ dalam entry tertentu akan dapat review blog percuma dari beliau. sepantas kilat me visit his blog dan klik G+. dan hadiahnya, Mr eyriqazz berkongsi pendapat beliau tentang 3 perkara yang pada fikirannya "tak best" pasal blog me. dan inilah komen beliau...




perkara pertama yang mendorong saya mula menulis blog pada Oktober 2011 adalah kerana saya nak join kontest/GA melalui blog. 

http://24-7nay.blogspot.com
fun side of me

ye, nama blog ni langsung tak catchy. actually NAY tu singkatan bagi nama saya. penambahan 24-7 tu kiranya apa yang berlaku dalam hidup saya, 24 jam, 7 hari seminggu. dan "fun side of me" adalah apa yang nak saya gambarkan dalam blog ni pada mulanya. tapi sekarang ni dah campur aduk semuanya. ada gembira, ada sedih dan macam-macam serba mak nenek ada. rasanya saya tak akan tukar URL blog ni. nama blog akan stay selagi mana saya mampu untuk berblog.

komen kedua mengenai gambar kat blog ni kecik. hihihi.. kebanyakkan gambar kat dalam blog ni saya capture menggunakan kamera phone yang bercap ayam sahaja. saya tak memiliki samsung galaxy S3 mahupun iPhone. Tapi selepas ini saya akan cuba untuk gunakan gambar yang lebih besar. pilih jer kan sama ada nak small, large, X-Large atau original size. see, dalam post ni saya pilih size gambar yang besar sikit. ok tak??

yang ketiga, banyak ruang kosong di kiri dan kanan. saya cuba untuk mengekalkan konsep minimalis dalam blog ni. lagipun saya tak pandai nak design blog cantik-cantik. sedihnya. dulu saya pernah buat GA untuk mencari so-called "designer" untuk hias blog tapi tak ada sambutan. memang niat saya untuk make-over blog ni tapi masih tak bertemu dengan designer yang sudi (saya nak upah tau, bukan suruh buat free). kalau ade kawan-kawan yang pandai, inform me ok. dan saya paling berkenan design blog bro eqbalzack. sedap mata memandang :)


hopefully akan tercapai perancangan ni. nak kena buat research jugak. kalau ada yang nak berkongsi info boleh jugak. saya amat alu-alukan.



1 comment:

ecadwinkyasha said...

sbnrnya sis.....ruangan tu nmpk byk kosong jika tgk di pc besar...tu yg nmpk byk kosong~

so,xnk kosong,just tmbh width dkt template designer,,,hikhikhik..

eh,xthu pun ada GA tu,klu xleh join...eca amik tmphn,tpi lmbt skit siapnya