Showing posts with label top chef at home. Show all posts
Showing posts with label top chef at home. Show all posts

Monday, 29 October 2012

percikan minyak panas.


alkisah. nak goreng ayam jer. masukkan ayam kat dalam kuali tiba-tiba terpercik minyak panas. apa lagi, spontan terus ke pili air. terus lupa semua petua-petua mak nenek. tak sempat nak cari ubat gigi ke, tepung ke... tahu-tahu dah buka pili air dan biar air mengalir kat tangan.

malam tadi okay lagi tapi pagi ni dah start ada gelembung air. terpaksa menahan diri dari pecahkan gelembung air tu. pedih oo kalau pecah.  lain kali kena hati-hati. tak pasal-pasal ada parut kat tangan ni. tapi orang perempuan ni tak sah kot kalau tak ada parut kesan daripada aktiviti kat dapur.



nak tahu petua-petua lain yang boleh di"apply" apabila terkena minyak panas? bolehlah jenguk sini



Friday, 10 August 2012

masak-masak :: epok-epok

tak tahulah dari mana datangnya nama epok-epok ni. basically epok-epok ni macam karipap cuma intinya adalah sayur-sayuran (tauge, carrot, etc). 


inti:
tumis bawang merah + bawang putih + black pepper + udang kering yang ditumbuk
masukkan daging cincang
akhir sekali masukkan sayur-sayuran 

doh:
uli tepung + mentega yang dicairkan + air


dan hasilnya....

makan dengan sos cili lagi sedap

saya tak pandai sangat nak "mengelim" epok-epok ni. rupa tak menarik sangat tapi rasa boleh tahanlah (ayat angkat bakul). saya jealous tengok karipap my sis in law sangat cantik. dan my husband panggil epok-epok ni epok-epok badak sumbu sebab saiznya yang besar. makan 1 pun dah kenyang.

Tuesday, 7 August 2012

masak-masak :: kuah kacang

 kacang yang disangai (eh ye ke ejaan macam ni)
bawang, halia, serai, udang kering @ belacan (kisar)
cili kering (kisar)
air asam jawa
gula 


tumis semua bahan kisar
+ air asam jawa
+ kacang yang ditumbuk / kisar
masak dengan api kecil hingga pecah minyak


dan ini hasilnya.

ops, terlebih pedas + masam sikit. 
bulan puasa tak boleh nak rasa.


selamat mencuba. 
untuk resepi kuah kacang yang lebih sedap, google je.





Monday, 16 July 2012

masak-masak @622 ::ikan bakar portugese style


mencuba resepi baru. biasa makan kat kedai tapi sabtu lepas bersemangat nak try masak ikan bakar portugese style (bakar dalam aluminium foil + daun pisang).

proses men"google" resepi bermula. nampak macam simple saja. alamak, dalam resepi nak kena guna buah keras. memandangkan buah keras ni antara bahan yang tak pernah langsung digunakan, so tak adalah kat rumah ni. setelah berdiskus dengan top chef, dia cakap tak ade pun tak apa. biasanya buah keras ni untuk memekatkan kuah sahaja. wah, pakar sungguh top chef saya ni :)

proses masak agak lama jugak. nak kena buat sambal dulu. kemudian baru boleh letak dekat ikan/seafood lain dan bakar.


inilah hasilnya....



close up sikit...


ada ikan pari, sotong dan udang. sayur pulak ada bendi dan kacang panjang. 

percubaan pertama agak berjaya tapi masih tak boleh capture rasa yang macam kat kedai. ada part yang boleh diperbaiki. sambal agak pekat sangat dan sayur terlalu layu. mungkin bakar lama sangat tu. dan mungkin kena beli buah keras kot. mana tau rasa akan jadi lebih sedap.

buah keras :: ikhsan dari google

keseluruhan, top chef berpuas hati. next time boleh  cuba lagi...

two thumbs up!!!!