Monday, 16 July 2012

masak-masak @622 ::ikan bakar portugese style


mencuba resepi baru. biasa makan kat kedai tapi sabtu lepas bersemangat nak try masak ikan bakar portugese style (bakar dalam aluminium foil + daun pisang).

proses men"google" resepi bermula. nampak macam simple saja. alamak, dalam resepi nak kena guna buah keras. memandangkan buah keras ni antara bahan yang tak pernah langsung digunakan, so tak adalah kat rumah ni. setelah berdiskus dengan top chef, dia cakap tak ade pun tak apa. biasanya buah keras ni untuk memekatkan kuah sahaja. wah, pakar sungguh top chef saya ni :)

proses masak agak lama jugak. nak kena buat sambal dulu. kemudian baru boleh letak dekat ikan/seafood lain dan bakar.


inilah hasilnya....



close up sikit...


ada ikan pari, sotong dan udang. sayur pulak ada bendi dan kacang panjang. 

percubaan pertama agak berjaya tapi masih tak boleh capture rasa yang macam kat kedai. ada part yang boleh diperbaiki. sambal agak pekat sangat dan sayur terlalu layu. mungkin bakar lama sangat tu. dan mungkin kena beli buah keras kot. mana tau rasa akan jadi lebih sedap.

buah keras :: ikhsan dari google

keseluruhan, top chef berpuas hati. next time boleh  cuba lagi...

two thumbs up!!!!

1 comment: