Thursday, 5 July 2012

HTAR oh HTAR...

Sepanjang tempoh ulang-alik hospital menjaga abah, banyak ragam manusia yang dapat aku perhatikan. tipulah jika hati ni tak terusik melihat nasib sesetengah orang. yang beruntung, adalah yang menemani. tak kurang juga yang terpaksa berseorangan mengharungi hari-hari yang menyakitkan.

Sejujurnya, perkhidmatan dan kemudahan di hospital kerajaan terutamanya HTAR ini masih lagi ditahap yang tidak memuaskan. adakah peruntukan kerajaan tidak mencukupi? atau peruntukan ini digunakan secara tidak berhemah?? sukar untuk menjawab persoalan sebegini. walaupun sekarang kita dengar kerajaan banyak membelanjakan duit untuk rakyat, tetapi adakah tindakan itu tepat dan kena pada sasaran sepatutnya??? sebut saja BR1M, TR1MA dan macam-macam 1M lagi. Bukan mempertikaikan tindakan kerajaan tetapi jika memandang kondisi HTAR sekarang, kementerian kesihatan wajar diberikan peruntukan yang lebih besar.

Sebut saja masalah semua ada kat HTAR ni. katil yang tak cukup. layanan nurse yang agak kasar mungkin kerana bebanan tugas yang tinggi akibat kekurangan kakitangan. kipas pun tak mampu dibetulkan. dah lah sakit, tambah pulak keadaan yang begitu sesak. Itu belum sentuh aspek kebersihan. tandas yang tak terjaga dan tidak sesuai untuk pesakit.

Bukan meminta sesuatu yang lebih tapi cukuplah untuk rasa selesa dan mengurangkan beban kesakitan. Mungkin ada yang akan kata; nak selesa pergilah private hospital.. Bagi yang mampu, tak ada masalah lah kan. tapi untuk yang miskin bandar ni mana nak cari duit ribu-ribu untuk biaya hospital???

Peringatan untuk diri sendiri. persediaan kewangan amat penting disamping menjaga kesihatan. selagi terdaya, menyimpanlah walaupun sedikit kerana kelak, tak tahu apa untung nasib...

huhhhh...

No comments: