Monday, 30 July 2012

sihat itu mahal harganya

bulan puasa tahun ni sama mencabar macam tahun lepas. dah 3 hari abah warded sebab high fever. Dan sepanjang 3 hari tu lah kami berulang-alik ke hospital. berbuka pun ala kadar kat dalam kereta. 

kami masih tertanya-tanya apa punca high fever abah tu? apa yang pasti, baru-baru ni abah ade consume madu lebah  & supplemen yang dibeli dari so-called bekas pelajar tahfiz yang berkunjung ke rumah-rumah. mereka ada buat perkhidmatan bekam dan menjual ubat- ubat keluaran SM Amin (yang ade bangunan besar kat S.Alam tu). Sejujurnya kami masih ragu-ragu dengan ubat-ubatan yang dijual. memandangkan masa tu cuma mak & abah yang berada di rumah, senanglah mereka promote barang-barang. orang tua manalah banyak soal. kalau kita yang muda ni mestilah selidik dulu. kos bekam dan ubatan tu RM750. mahal yang amat.

dan yang paling merisaukan, abah ada sakit kencing manis. minum pulak madu. ye, memang madu banyak khasiatnya tapi tak semua sesuai dengan pesakit diabetes ni. ralat sungguh, bila sesorang yang tak bertauliah tentang perubatan, promote ubat-ubatan kepada orang-orang tua ni. nak jual produk patut-patutlah sikit. jangan sampai memudaratkan orang tua. kalau orang muda, tubuh dan antibodi masih kuat. tak jadi masalah. yang teruknya rang tua, kalau ubat tak sesuai, lain pulak jadinya. 

lain kali kena berhati-hati sangat. supplemen memang penting tapi bagi orang-orang tua yang dah kena makan pelbagai jenis ubat dari hospital, amat bahaya. tu pun kami tak berani nak beritahu doktor pasal abah minum madu tu. kesian tengok abah. ada sampai satu tahap, menggigil dia. tahap gula dalam darah cecah 22 unit. bayangkanlah. orang normal, tahap gula dala lingkungan 8 unit sahaja. kita tak sampai hati nak tengok orang tua bila mereka sakit. kalau boleh, transferlah sakit tu kat kita. harapnya lepas ni tak adalah berlaku hal macam ni. sihat tu mahal harganya. sama jugak macam sakit.

saya bukan agen insurans/takaful. tapi sebagai pesanan, jangan sayang duit nak dapatkan perlindungan.ambil plan perlindungan yang murah pun jadilah. asalkan kita dilindungi.sakit nanti, ada duit yang boleh digunakan. 


rehat kejap kat surau lepas solat asar.

No comments: