Tuesday, 7 August 2012

anything coke

hobi terbaru :: kumpul barang barang coke


Coke dari GB, Korea & Thailand. Kitorang tak minum Coke ni tapi sebagai pengumpul, mestilah ada Coke dari luar negara, padahal semua ni beli kat malaysia jer. Harga agak mahal sikit especially yang GB tu. Around RM5 per can. Satu dah meletup. Kebarangkalian untuk meletup memang tinggi. Sebab tu ramai collector yang akan keluarkan air daripada can dengan menebuk lubang kecil kat bottom. tak payah buka penutup sentap tu sebab nanti dah tak cantik bila ternganga. 



Semua dah tahukan, kalau ada event besar McD akan came out dengan promotion contour glass. Sekarang ni tengah mengumpul. Tiap minggu menghadap fastfood semata-mata nak glass McD tu. Kitorang pernah beli Glass McD yang Olimpik Beijing 2008, Harga RM10 per glass. Dalam masa 4 tahun jer, glass tu dah ada harga. Masa 2008 tu belum minat Coke lagi sebab tu tak ambil tahu sangat. Mug spiderman tu dari GSC sempena dengan the amazing spiderman. Kena beli kombo popcorn baru dapat beli mug tu dengan harga RM1. 


Merchandise lain. Ada pinggan, jam, water bottle, tissue holder, cap, cooling bag. macam-macam ada...


Coke ni banyak sangat promosinya. Kebanyakannya kena beli Coke dulu baru dapat merchandise. Itu masalah sikit. Tahulah Coke ni boleh mendatangkan penyakit. langsung tak menyihatkan. tapi nak buat macam mana. Kalau boleh beli jer barang-barang tu tak apalah jugak. Stok Coke kat rumah dah banyak. Asyik minum kan tak pasal-pasal kena diabetes. hmmmm...









3 comments:

Onitsuka_hana said...

kreatif

Mira Adzlia said...

fanatik coke rupenye..hehe :)

Falsya said...

dulu suke minum coke..skng nie dh kurang dh..hehe.