Thursday, 27 June 2013

The Heat & White House Down

The Heat pre-screening @ GSC, Paradigm
Thanks to Tupai/Cinema Online


The Heat mengisahkan agen FBI, Ashburn (Sandra Bullock) yang bersungguh untuk menyelesaikan kes dadah telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan Agen Mullins (McCarthy). Pelbagai insiden suspens dan lucu berlaku sepanjang tempoh mereka berdua bertugas bersama. Kedua-dua ego, nak tunjuk siapa lagi bagus. Dan agen Mullins sangatlah sempoi dan perangai mengalahkan lelaki. semua rakan sekerja even bos dia takut kat perempuan ni. Ganas semacam jer dan setiap patah perkataan yang keluar kat mulut dia ni memang tak sah kalau tak mencarut. 

Movie ni rated 18PL. Bukan sebab ada adegan seksi ke apa. cuma perkataan lucah melampau sangat. setiap ayat yang keluar dari mulut mesti ada mencarut. pening dengar. filem ni memang seronok dan enjoyable. cuma part mencarut yang spoil sikit. Tapi orang dewasa dah boleh menilai lah kan. Cuma jangan bawak budak2 sudah.


White House Down pre-screening @ TGV, 1Utama
Thanks to expatriate Lifestyle Magazine


Siapa minat Channing Tatum angkat tangan. Mesti ramai kan. sebenarnya saya tak berapa tahu sangat pasal channing ni. tapi ramai yang dok cakap he's so charming. Memang handsomelah kan.

Cerita ni berkisarkan John Cale (Channing) yang pergi interview untuk jadi Secret Service Agent pada Presiden Sawyer (Jamie Foxx). Masa interview dengan Finnerty, John gagal sebab dia banyak bad history dan achievement dia tak bagus. Kebetulan lepas interview tu, dia dan anak perempuan dia, Emily join tour dekat White House tu. hari tu jugaklah berlaku rampasan kuasa yang diketuai oleh Martin yang juga merupakan orang kanan Presiden. Dia nak balas dendam atas kematian anak lelakinya yang dihantar pergi berperang oleh Presiden Sawyer. Awal movie ni agak bosan tapi towards the ends memang mendebarkan. Adegan tembak, bom dan macam-macam lagi. Best jugaklah bagi saya yang tak berapa minat sangat movie genre ganas ni.

jangan lupa tonton kedua-dua movie ni ye.


No comments: