Thursday, 20 June 2013

SK II Workshop.


15 Jun 2013 @ Marini's on 57, KLCC


First time join workshop kecantikan ni. organised by Her World. Event ni best sangat tapi rasa macam masa singkat je. Bila berpeluang join event ni, rasa excited sangat. bukan apa, goodies bag yang dijanjikan pon agak berpatutan dengan fee RM30 yang kena invest. Actually, invitation ni through email. sesiapa yang subscribe her world mailing akan dapat. cuma event ni selected for 30 participants jer. siapa yang agak bertuah, berpeluang lah mencuba produk SK II yang mahal tu.

Sebelum event ni start, emcee ada tanya berapa ramai yang join workshop ni memang pengguna SK II. Yang jawab yer cuma 2 @ 3 orang saja. yang lain memang tak guna pun. biasalah, ramai yang akan fikir panjang untuk beli produk yang mahal. lainlah kalau dia memang kaya kan :)

so jom kita layan gambar-gambar hari event tu :)

 lokasi event hari tu. actually marini's on 57 ni bar. Located kat KLCC tower 3. Tak sempat pon nak ambil gambar KLCC tower hari tu. lagipon cuaca agak jerebu.


 Antara produck yang dicuba pada hari tu. actually tak de rasa perubahan sangat. yelah setakar cuba sekali jer, manalah nak nampakkan kesannya kan. tapi bila pakai certain produk, kulit saya jadi pedih2 sikit. tak tahulah kenapa. mungkin tak sesuai kot. Lagipun untuk saya pakai produk SK II ni agak mustahil kot. tak mampulah nak pakai produk2 mahal. cukup setakat bodyshop je lah :) 


 SK II ada sediakan skin analysis pada hari tu. ye, i'm 30 tapi my skin age adelah 37. Nampak sangat kulit dah tua. masalah utama kulit saya ni adalah liang roma yang besar. Kulit jenis oily ni memang agak sukar nak jaga sikit. kena lebih teliti. walaupun remeh, tapi kalau nak nampak cantik kenalah lebih berusaha kan.



 Light refreshment after the workshop. sandwiches yang sedap.



dan inilah hadiah dalam goodie bag tu. Facial Treatment Oil ni digunakan sebelum kita cuci muka dengan cleanser. Berfungsi untuk membuang kotoran. Price yang saya check kat web adelah dalam RM190 kot. berbaloi lah kan. Selain dapat ilmu tentang menjaga kecantikkan, at least dapat bawa balik produk sampingan. Saya belum sempat lagi cuba produk ni kat rumah. Fikir2 balik macam nak jual jer. sebab skin care bodyshop tu pon banyak lagi. Sesiapa yang berminat bolehlah email saya.


Saya memang looking forward untuk attend event macam ni lagi. Hari tu pun sempata sembang2 dengan participants lain. Mostly memang diorang dah selalu attend event macam ni. Hopefully next time adelah rezeki saya ye :)


No comments: