Wednesday, 22 May 2013

epic 2013

epic @GSC, Paradigm Mall.
thank EH!

great movie. satu family boleh enjoy. cerita ni sarat dengan mesej yang baik. ditambah dengan cinematography yang cantik. semalam kami tengok 2D jer. kalau nak lagi best, tengok 3D. confirm terpegun.

cerita ni mengisahkan Mary Katherine (MK) yang pulang berjumpa ayahnya. Parent MK divorce sebab ayah MK ni obses nak cari makhluk kerdil. semua orang tak percaya kat dia even MK sendiri. dan bila MK sendiri jadi makhluk kerdil baru dia tahu yang ayahnya betul. dan bermulalah pengembaraan MK bersama Leafman untuk menyelamatkan hutan daripada Boggans yang jahat. tambah pulak ade Mub and Grub. ada adegan lucu, suspens dan macam-macam lagilah. you & your kids will love it. ngam-ngam pulak tayangan start masa nak cuti sekolah. Paernts yang belum decide nak buat aktiviti apa-apa dengan anak, bolehlah bawa anak-anak tengok movie ni kan :)


 semalam pulak kat Paradigm Mall ade event untuk launching drama Korea baru. saya tak ambil tahu pun sebab tak minat sangat dengan drama korea ni. tapi mak aih ramai sungguh sampai rasa bergegar mall ni bila diorang menjerit. fanatik betul tak kira melayu atau cina. mungkin best kot drama ni tu yang semua orang teruja.



sebelum pegi mall semalam singgah kat mamak. kebetulan ada bai jual roti kat tepi mamak tu. terus ashraf beli keropok durian ni. nostalgia sungguh. rasa macam dah lama tak makan keropok ni. kalau masa kecik-kecik dulu memang favourite lah ni. terus rasa rindu zaman kanak-kanak. rasa keropok ni masih lagi sama cuma saiz macam dah kecik sikit. tapi yang penting, memang sedap.



No comments: