Wednesday 29 May 2013

wajib tonton | bikerskental

bikerskental @ GSC, Pavillion

filem yang bagus kalau nak dibandingkan dengan filem-filem MIG melayu lain. boleh layanlah. kalau anda suka genre komedi memang kena tengok filem ni.

mengisahkan bidin al-zaifa yang sangat obses dengan motor berkuasa tinggi tapi tak mampu nak beli. tiap-tiap bulan simpan duit gaji untuk beli aksesori bikers jer. selepas insiden dia terjumpa duit dan beli motor, bermulalah pengembaraan ke krabi yang mendebarkan (cewah). apa yang best pasal filem ni ialah kita berpeluang tengok keadaan kat thailand. banyak tempat yang cantik. rasa teringin pulak nak bercuti kat thailand ni. mesti seronok kan :)

tapi satu jer yang saya tak berkenan sangat dengan zizan ni, dia suka sangat buat muka macam orang ghairah dan menari ala-ala lucah. dah macam trade mark dia pulak aksi-aksi macam tu. tapi mungkin orang lain tak kisah pun.

filem ni banyak jugak lah mainkan perasaan kita. ada part sedih, geram dan macam-macam lagilah. tak menghampakan langsung tengok filem ni. so, korang mesti tengok tau samaada kat cinema atau tunggu kat astro first nanti. nak download pun terpulanglah :)





No comments: