Friday 25 January 2013

Hansel & Gretel 2013

Hansel & Gretel pre-screening
22 jan 2013 @ GSC, 1Utama
Thanks sinar.fm


Hansel & Gretel, semua mesti tahu cerita ni kan. pasal budak-budak yang sesat kat hutan, then jumpa candy house yang dimiliki ahli sihir yang makan budak. well, basically plot cerita masih sama cuma diolah dengan cara yang lebih thrill. macam dah tak sesuai untuk budak-budak sangat sebab agak ganas. 

Kisah Hansel & Gretel yang ditinggalkan kat dalam hutan. Why?? sebab mak mereka ni ahli sihir baik dan telah difitnah. kerana takut hansel & Gretel ni turut dibunuh, parents diorang tinggalkan mereka kat dalam hutan. mak & ayah diorang ni dibakar dan dibunuh oleh orang kat bandar tu sebab masa tu mereka memang akan bunuh sesiapa sahaja yang mengamalkan ilmu sihir.

then kat hutan tu, mereka jumpa candy house. mereka masuk dan ditangkap oleh ahli sihir yang jahat. Hansel dikurung dan diberi makan sebab nanti ahli sihir tu nak makan Hansel. Gretel pulak dipaksa buat kerja. Akhirnya mereka berjaya bunuh ahli sihir tu. Ahli sihir tu kena bakar. dan dari situlah bermulanya adventure mereka sebagai witch hunters.

...

nak tahu cerita selanjutnya?? kenalah tengok sendiri. gerenti tak rugi. nak lagi best, tengoklah 3D. lagi real. jangan lupa tau. Hansel & Gretel open in cinema nationwide on 24th January 2013.



No comments: