Monday, 31 December 2012

sweet surprise...



thanks dear.
* abaikan jariku yang gebu itu



hobi baru lagi!!

hobi baru encik Ashraf lah. Hobi saya join kontest jer. Hari tu kawan dia pergi Legoland, so dia kirimlah fridge magnet Legoland. Dia memang minat kumpul FM kan. So, kawan dia beli lah 1 FM cinonet dari Legoland ni.


harga FM tu RM24.95. Antara FM termahal dalam koleksi dia. tapi memang dia dah survey harga FM Legoland tu. as per expected la.


dan kesinambungan dari FM Legoland tu, Encik Ashraf mula membeli Lego kat shell. kan Shell ada promo Lego ni. kena isi minyak Shell RM 40 dan dapat beli model Lego edisi terhad dengan harga RM12.90. setakat ni dah complete koleksi. cuma nak kena beli figure Lego tu je. haishh... macam-macam lah Hobi encik Ashraf ni. Lepas satu, satu.. tapi ikutkan jer lah. asalkan dia gembira...

gigih memasang komponen - komponen kecik ni. kalau saya, hmm bertahan 2 minit jer lah. tak larat nak menghadap benda-benda kecik ni...


Wednesday, 26 December 2012

Power Bank untuk dimenangi @normj1001.blogspot.com

satu lagi kontest yang dianjurkan oleh peserta gadget impian denaihati. wow.. semuanya bersungguh-sungguh nak dapatkan gadget impian mereka. well, bagi saya. apa salah tolong vote kan. kalau bernasib baik, dapatlah hadiah free :)

kontest ni anjuran http://normj1001.blogspot.com. jangan lupa klik banner kat bawah untuk maklumat kontest. kontest ni tamat 31.12.12. jom join



***



saya dah pun G+ (lucky 110) dan like fanpage MJ

basically saya dah sertai 3 kontest, so ketiga-tiga vote saya dah muktamadlah dan saya akan cuba untuk vote setiap hari. Hopefully ketiga-tiga calon ni bertuah untuk dapatkan Gadget impian mereka.


Monday, 24 December 2012

bila bosan melanda

hari isnin di mana kebanyakkan warga ofis ni ambil cuti. esok cuti krismas. bagi saya yang semestinya terlebih rajin ni (ye ke?) datanglah berkerja dengan mood yang bercampur aduk. bangun tidur pagi tadi dalam hati terdetik, baik cuti jer. tapi otak ligat berfikir, banyak lagi yang perlu diselesaikan kat ofis. jadi.. hadirlah saya ke ofis walau hakikatnya punch card merah bile dah tiba kat ofis jam 9.27am. Dah jadi macam ofis sendiri pulak datang sesuka hati. almaklumlah semua bos cuti, apa lagi... tapi dah datang lewat, mestilah kena balik lewat. cukupkan waktu kerja yang penting.

awal pagi, masih semangat. tapi bila dah ke petang ni, mulalah tak senang duduk. kerja dah hampir siap. jadi belek-belek lah blog ni. hmmm... tukarlah apa yang patut. walaupun sebenarnya tak akan jadi cantik pun. yelah, bukannya ada skil design. guna je basic template. dah hasilnya, warna plain purple background tukar jadi gambar rak buku pulak. tak pasti akan kekal untuk tempoh berapa lama pulak.

tapi kamu semua janganlah rasa jemu pulak ye. singgahlah sekali-sekala. kalau rajin say lah "Hi"..

#bigbadwolf 2012



siapa yang pergi ke biggest book sale #bigbadwolf kat mines hari tu angkat tangan...
best kan. banyak sangat pilihan buku-buku dan harganya amatlah murah.

saya berkesempatan pergi ke sana hari sabtu. orang amatlah ramai. dan seperti biasa traffic control kat Mines tu amatlah mengecewakan. nak keluar dari parking yang jaraknya tak sampai 500 meter terpaksa mengambil masa 45 minit. gile lama dok menunggu.




saya hanya pilih 1 buku jer. yang lainnya ashraf punya. kalau boleh semua dia nak borong. yelah harga murah sangat. tak akan dapat kat mana-mana. tapi dia beli mostly buku design la. sangat-sangat berbaloi. tak sure pulak bile akan ade lagi #bigbadwolf ni. yang pastinya, next time akan bring extra $$$ dan grab lebih banyak buku.



Wednesday, 19 December 2012

Cabutan Bertuah Menggapai Gadget Impian by Cikgu Naman

sekarang ni para blogger hebat sedang berentap di Denaihati untuk memenangi gadget impian mereka iaitu iPhone5. macam-macam usaha yang mereka buat untuk mendapatkan undian. dan kali ni saya join Lucky Draw dari cikgu naman. Hopefully ada rezeki cikgu Naman untuk menang Iphone 5 dan ada rezeki saya untuk dapat hadiah daripada cabutan bertuah ni.



klik banner untuk join. hadiah sangatlah best!!
tarik tutup: 24 dec 2012 (11.59pm)


untuk join, kena completekan 3 tugasan (maklumat lengkap boleh diperolehi diblog cikgu naman. cuma klik banner diatas)

Tugasan 1 :: Klik G+ entry




Tugasan 2 :: Vote Cikgu Naman

Boleh undi 3 blogger. so, terpulanglah nak pilih siapa.




Tugasan 3 :: Tulis Entry

Done.




Cabutan bertuah ini dianjurkan cikgunaman.com sempena contest iPhone 5 Gadget Impian ditaja oleh mrsfiza.com, jurugambar perkahwinan, Photoshoot Murah dan Kedai Online Mrs Tuah'


Thursday, 13 December 2012

the hobbit

TGV @ One Utama
12.12.12
Thanks Sinar.fm 



kalau korang minat LOTR trilogy, then movie ni mesti ada dalam "must-watch" list korang. so lucky, sebab dapat tiket pre-screening. tambahan pulak malam tadi adalah pembukaan TGV One Utama. semua hall memang tayang movie ni jer. dan saya sangat suka IMAX TGV ni. memang super clear. ni movie 3D ke 3 yang saya tonton. dan cinematic experience kat TGV ni memang THE BEST!!! Compared dgn GSC, saya rasa teknologi kat TGV lagi better. saya tak tahu sangat pasal teknikal ni, tapi you guys should try TGV latest tehcnology. memang worth it.

berbalik pada movie ni, jam pertama memang agak bosan. kisah penceritaan awal pengembaraan. bile start adegan lawan-lawan orcs , memang dah teruja. tak boleh nak cerita banyak sangat, nanti spoilt pulak. the hobbit open tonite. so, cepat terjah cinema. dan my suggestion, go to TGV One Utama. 


Wednesday, 12 December 2012

wordless wednesday 12.12.12 | finally




love

Monday, 10 December 2012

monday


another day, another week.

pagi-pagi sampai ofis, kena buat audiometric test. annual requirement kat kilang ni. al-maklumlah terdedah kepada bunyi bising mesin-mesin yang dah di kira uzur. Nasib baik jugak ada test ni. at least kalau ade masalah pendengaran, boleh detect dari awal. so far, saya tak ade masalah pendengaran pun.


pukul 10.30, sales person ajak pergi visit customer. nun di Rawang. mulanya malas jugak nak ikut memandangkan kerja yang agak bertimbun. tapi pergilah. part of my job kan. sampai sana, PIC yang kami nak jumpa terpaksa handle urgent meeting lain. huh.. buat penat jer datang. tapi nak buat macam mana, customer... nak kena jaga hati sikit. nanti bila diorang dah stop buying product from us, kami jugak yang melepas kan.

then, rutin kerja kembali kepada asal sementara nak menunggu nak balik pukul 5.30 ni.

Friday, 7 December 2012

RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com

Klik banner untuk join.
Mr Eyriqazz mencari 5 orang pemenang bertuah untuk memenangi cash RM20!!! 
cepat-cepat kerana GA tamat pada 24 December 2012




Apa yang perlu anda lakukan:
  1. Buat satu entri bertajuk “RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com” dan linkkan ke entri ini
  2. Klik G+ di entri ini –> http://goo.gl/K4M0u
  3. Pergi ke link ini –> http://goo.gl/GFi9z
  4. Klik register, dan registerkan details anda
  5. Kembali ke link –> http://goo.gl/GFi9z  dan Log in
  6. Vote Eyriqazz.com dan 2 blog lain terpulang kepada anda.
  7. DI akhir entri anda, copy dan masukkan ayat ini “Hadiah Pemenang akan digandakan 2 kali ganda sekiranya Eyriqazz memenangi  iPhone 5 Gadget Impian



jom, join ramai-ramai.

“Hadiah Pemenang akan digandakan 2 kali ganda sekiranya Eyriqazz memenangi  iPhone 5 Gadget Impian



Tuesday, 4 December 2012

kehidupan


hidup ni tak sah kalau tak ada cabaran dan dugaan. bergantung pada diri kita macam mana nak tangani situasi tertentu. semalam kami melawat uncle ashraf yang baru sahaja menjalani pembedahan. kaki kanan terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman yang berpunca dari diabetes. terlantar di ICU. menanggung pelbagai jenis penyakit. masa kami melawat semalam, dia tengah cuci darah. ye, kidney failure. ditambah dengan sakit jantung. Sangat besar dugaan Allah berikan untuk uncle sekeluarga. ketabahan aunty mah yang menjaga sepanjang tempoh 3 minggu uncle dihospital. kekuatan isteri menjaga suami. bersama menyelusuri pahit manis kehidupan. Apa yang kami mampu lakukan, mendoakan kesejahteraan uncle dan aunty. Moga Allah berikan kekuatan dan menyembuhkan uncle seperti sediakala. 

semua pengalaman ini kami kutip dan jadikan peringatan. sesungguhnya semua orang terdedah dengan segala macam jenis penyakit. langkah berjaga itu penting sebelum semuanya terlambat. 

Ya Allah, jauhkan kami dari segala musibah. lindungi kami, peliharalah kami. Semoga kami menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Kau kurniakan.




Thursday, 29 November 2012

Kongsi kasih sayang bersama Kleenex dengan Sumijelly.com

jom join Contest Kongsi kasih sayang bersama Kleenex dengan Sumijelly.com. Klik SINI untuk informasi contest. 


gambar ni di ambil last year. dalam perjalanan pulang dari Konvo UTM. kami jarang dapat bergambar berdua sebab malas nak mengusung tripod. saat yang istimewa bersama yang tersayang. melepaskan segala tekanan selepas penat bekerja. saat terindah dikongsi bersama. gambar ini mengingatkan tentang pengorbanan dan keikhlasan dalam menghadapi suka duka 2 tahun menjadi pelajar. terima kasih untuk cinta hati saya yang sentiasa menyokong dan memberi semangat yang tak pernah putus-putus. teman hidup saya sampai ke syurga.

jom join contest sumijelly.com ni. masih belum terlewat sebab tarikh tamat contest ni 30 Nov 2012.


Giveaway | Bersama Kleenex, Ini Ceritaku :)




jom join GA best ni. Ada 3 cara mudah nak sertai GA ni. Untuk details boleh lawati blog Madam Ayu ni dengan hanya klik pada banner kat atas. hadiah??? Mestilah ada tisu kleenex yang terbukti sangat lembut. terbaik!!!

saya guna cara kedua. buat "caption" gambar amani yang cute ni. dan hasilnya....




tarikh akhir GA ni hari ni (29 Nov 2012). so, cepat-cepat!!! masih ada masa ni..




Wednesday, 28 November 2012

Life of Pi

Life of Pi (3D)
GSC Tropicana City Mall @ 27th Nov 2012
Thanks Red.fm

Movie ni adalah yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ni. actually dapat invitation untuk pre-screening kat 2 tempat berbeza. 1 kat TGV Setiawalk Puchong dan 1 lagi kat GSC Tropicana City Mall. Kami pilih kat Tropicana sebab kat Puchong tu screening start awal sangat. Lagipun kat Tropicana ni in 3D. Lagi syok.

Sangat puas hati. Cuma kondisi seat agak tak selesa. Entah kenapa rasa masa nak menggelongsor ke depan jer. Both seat macam tu. 



Movie ni sangat memberi inspirasi.  permulaan movie ni agak slow. dari segi audio dan visual memang tak boleh dipertikaikan. cinematograpi yang cantik dan memukau. Kebanyakkan masa movie ni berlatarbelakang laut, so kami pun rasa macam nak mabuk laut sama. 

bagi saya, ada part yang agak sensitif. bila Pi tercari-cari kepercayaan dan maksud tuhan. mencuba setiap agama. dari hindu, ke kristian malah islam juga. you guys kena tengok movie ni dulu, then baru boleh faham apa yang saya cuba sampaikan. 

jangan lupa ye tengok movie ni. you'll be amazed dengan kesungguhan Pi untuk survive. permainan emosi yang mungkin boleh membuatkan ada orang yang menangis. tapi kenapa richard parker pergi begitu sahaja??? kecewa tau....

cerita minggu lepas | shoutawards

shoutawards 
sunway lagoon, 23 nov 2012

entah apa yang membuatkan saya nak pergi sangat shoutawards ni. dapat 4 passes dari Yes 4G.  sesungguhnya amat menyesali pergi shoutawards ni. menyesal sangat. kenapa??? tak ada apa yang menarik selain tengok manusia menjerit melalak, artis yang pakaiannya macam tak cukup kain. aksi teenage yang "urban"lah sangat...

passes


 entrance. punyalah beratur panjang nak masuk.


 doorgift. kipas + poncho



insiden yang menambahkan tension adalah terpaksa memanjat tangga dari bawah untuk ke parking sunway pyramid. ada problem dengan power supply tapi organizer macam buat tak tahu jer. apa punya organizerlah. menyusahkan orang. dah termengah-mengah semua terpaksa panjat beratus anak tangga. agak gelap pulak tu. next time, no more. better pergi konsert berbayar. at least puas hati walaupun kena keluarkan duit. 




Tuesday, 27 November 2012

Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com

nak menang hadiah-hadiah BEST??? jom join MEGA GIVEAWAY YANAYASSIN.
klik banner di bawah untuk join!!



GA yang simple. cuma perlu buat entry (beserta banner) dan kongsikan pengalaman manis/masam dalam berblogging


blog ni masih baru lagi. kalau nak dibandingkan dengan otai-otai, memang beza macam langit dan bumi. entry pun tak consistent. bergantung pada masa terluang sahaja. but i love blogging and blogwalking. dari situ boleh tambah ilmu, baca kisah hidup orang lain. yang baik, jadikan teladan dan sebaliknya.

boleh dikatakan perjalan blog ini masih jauh dan harapnya tuan punya bolg ni akan tetap bersemangat untuk menulis. tak kiralah ada yang sudi melawat blog ni atau tidak. yang penting ada kepuasan di situ. all the best to me :)

saya nak tag 3 rakan untuk join GA ni:
nisa greenpanda
cik rose cute
kak atie

Thursday, 22 November 2012

converse


used to be my favourite shoe. tapi bila dah meningkat umur, macam dah tak sesuai nak pakai converse ni lagi. one and only converse yang saya ada. beli converse ini dalam 8 tahun lepas kat midvalley. my BFF ada satu. dia pun masih ada converse ni cuma dah rosak sikit.

sejujurnya, saya rindukan my best friend. tapi keadaan dah tak sama macam dulu. masing-masing dah ada komitmen. tapi ingatan tetap terpahat di hati. i'm glad to be one of your friend. love you, asma'.


twilight saga :: breaking dawn part 2

The Twilight Saga :: Breaking Dawn Part 2 Premier Screening
e@curve 21.11.12
thanks tupai



peminat twilight mesti tertunggu-tunggu part 2 ni. after setahun, movie ni akan start ditayangkan pada hari ini. bertuah saya dapat tiket free untuk pre-screening. ramai sungguh kat e@curve malam tadi. tapi ade kejadian tak best pulak. saya tertinggal purse kat ofis. nak redeem tiket kena tunjuk IC. basib baik ada kad nikah dalam wallet ashraf. boleh la diterima. dah kena bebel sebab cuai. tapi kena tahan telinga lah sebab my bad jugak. 

overall, memang best. menepati jangkaan. puas hatilah menunggu lama. tapi tak naklah bagitau jalan cerita. tak aci lah pulak. nanti kalau dah tau, spoil mood jer. dah tak suspen korang nak tengok. korang kena tengok sendiri tau. must watch tau!! semalam beli combo deal popcorn kat e@curve. dapatlah cawan plastik kat atas ni. size kecik sikit compare dengan last year (lupa pulak nak snap gambar). 


p/s: tak sabar nak tunggu minggu depan. ada movie best nak keluar. Life of Pi. tapi sebelum tu nak cari novel tu dulu la.