Tuesday, 4 December 2012

kehidupan


hidup ni tak sah kalau tak ada cabaran dan dugaan. bergantung pada diri kita macam mana nak tangani situasi tertentu. semalam kami melawat uncle ashraf yang baru sahaja menjalani pembedahan. kaki kanan terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman yang berpunca dari diabetes. terlantar di ICU. menanggung pelbagai jenis penyakit. masa kami melawat semalam, dia tengah cuci darah. ye, kidney failure. ditambah dengan sakit jantung. Sangat besar dugaan Allah berikan untuk uncle sekeluarga. ketabahan aunty mah yang menjaga sepanjang tempoh 3 minggu uncle dihospital. kekuatan isteri menjaga suami. bersama menyelusuri pahit manis kehidupan. Apa yang kami mampu lakukan, mendoakan kesejahteraan uncle dan aunty. Moga Allah berikan kekuatan dan menyembuhkan uncle seperti sediakala. 

semua pengalaman ini kami kutip dan jadikan peringatan. sesungguhnya semua orang terdedah dengan segala macam jenis penyakit. langkah berjaga itu penting sebelum semuanya terlambat. 

Ya Allah, jauhkan kami dari segala musibah. lindungi kami, peliharalah kami. Semoga kami menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Kau kurniakan.




No comments: