Monday 24 December 2012

bila bosan melanda

hari isnin di mana kebanyakkan warga ofis ni ambil cuti. esok cuti krismas. bagi saya yang semestinya terlebih rajin ni (ye ke?) datanglah berkerja dengan mood yang bercampur aduk. bangun tidur pagi tadi dalam hati terdetik, baik cuti jer. tapi otak ligat berfikir, banyak lagi yang perlu diselesaikan kat ofis. jadi.. hadirlah saya ke ofis walau hakikatnya punch card merah bile dah tiba kat ofis jam 9.27am. Dah jadi macam ofis sendiri pulak datang sesuka hati. almaklumlah semua bos cuti, apa lagi... tapi dah datang lewat, mestilah kena balik lewat. cukupkan waktu kerja yang penting.

awal pagi, masih semangat. tapi bila dah ke petang ni, mulalah tak senang duduk. kerja dah hampir siap. jadi belek-belek lah blog ni. hmmm... tukarlah apa yang patut. walaupun sebenarnya tak akan jadi cantik pun. yelah, bukannya ada skil design. guna je basic template. dah hasilnya, warna plain purple background tukar jadi gambar rak buku pulak. tak pasti akan kekal untuk tempoh berapa lama pulak.

tapi kamu semua janganlah rasa jemu pulak ye. singgahlah sekali-sekala. kalau rajin say lah "Hi"..

2 comments:

AJ said...

bosan2 jemput join P.s : Jemput join RM500+ Give Away

Myra Jay said...

Ari Isnin lepas MJ suka mai keje, opis lengang je.. :)