Thursday, 25 October 2012

salam aidiladha

saya selalu ditanyakan soalan "raya haji kat kelantan mesti meriah kan?" tak tau pula apa definisi meriah pada yang bertanya soalan tu. rasanya sambutan raya haji kat selangor sama jer macam raya haji kat kelantan. cuma ada satu perbezaan sahaja. di kelantan, ibadah korban dilakukan dirumah. jadi ramailah sanak saudara yang turut serta bergotong royong menyempurnakan ibadah tu. meriah tu terasa bila satu keluarga sama-sama menyediakan masakan dan makan beramai-ramai. dan daging korban tu diagihkan kepada orang kampung. kita akan menziarah rumah sedara sambil bawa daging korban tu.  di negeri lain, ibadah korban dilakukan di masjid atau surau. jadi perasaan tu lain sikit sebab mungkin ramai yang kita tak kenal berada bersama kita.

raya kat mana-mana pun sama. yang penting, ingatan dan silaturrahim jangan dilupakan.

salam aidiladha semua. ada salah dan silap, harap dimaafkan



No comments: