saat yang tak akan boleh dilupakan. perginya arwah abah. tapi kami redha dengan pemergiannya. setelah segala kesakitan yang terpaksa ditanggung, kini arwah abah dalam perjalanan menemui Penciptanya.
detik bermula pada pukul 7.45pm, 12 Oktober 2012 bila kami menerima panggilan telefon dari adik. kami masih dalam perjalanan balik ke rumah. bergegas kembali ke rumah mak. Kami lihat abah berada dalam keadaan yang membimbangkan. selepas solat maghrib, kami bergegas ke IJN. Malang sungguh keadaan traffic yang menggila. di Shah Alam, bergelut dengan penyokong setia kelantan dan selangor yang berpusu ke stadium. dan sepanjang perjalanan keadaan traffic sungguh mengecewakan. abah semakin tak selesa. sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. sekejap duduk, sekejap baring. Hanya Allah yang tahu bagaiman rasa abah di saat itu. Kami keresahan, dah bagi hazard lamp, keluarkan tangan, namun semua tak diendahkan. nak gunakan emergency lane pun tak boleh sebab semua ambil kesempatan. ingat kami bagi hazard lamp saja-saja ke. sungguh mengecewakan.
sampai di IJN, terus ke emergency. Doctor check, arwah abah kena buat Angiogram. selepas selesai procedure, abah ditempatkan di CCU IJN.
Keadann abah tak stabil, sekejap ok, sekejap tidak. Dan pada 16 Oktober 2012, tepat 12.39am abah meninggalkan kami. Pengalaman ini akan kami kenang selamanya. Bagaimana menghadapi saat-saat kehilangan orang tersayang. menyaksikan dengan mata kepala sendiri nafas terakhir insan yang tercinta.
tenanglah arwah abah di sana. Doa kami akan sentiasa mengiringinya.
Kerana bekalan kita ke sana hanya 3 perkara: doa anak soleh/solehah, ilmu yang diamalkan serta sedekah dan jariah.
al-fatihah
2 comments:
takziah.. alfatiha. moga sentiasa tabah. doa anak soleh bekal kepada arwah ^^
takziah..
Post a Comment