Monday, 29 October 2012

percikan minyak panas.


alkisah. nak goreng ayam jer. masukkan ayam kat dalam kuali tiba-tiba terpercik minyak panas. apa lagi, spontan terus ke pili air. terus lupa semua petua-petua mak nenek. tak sempat nak cari ubat gigi ke, tepung ke... tahu-tahu dah buka pili air dan biar air mengalir kat tangan.

malam tadi okay lagi tapi pagi ni dah start ada gelembung air. terpaksa menahan diri dari pecahkan gelembung air tu. pedih oo kalau pecah.  lain kali kena hati-hati. tak pasal-pasal ada parut kat tangan ni. tapi orang perempuan ni tak sah kot kalau tak ada parut kesan daripada aktiviti kat dapur.



nak tahu petua-petua lain yang boleh di"apply" apabila terkena minyak panas? bolehlah jenguk sini



di pagi aidiladha

orang lain, pagi-pagi makan rendang, ketupat, lemang.. kami lepas solat raya, pekena teh tarik dan roti canai.  memang tak masak pun sebab nanti makan kat rumah mak. baik betul menantu ni kan. memang mak tak bagi masak pun sebab dia dah masak banyak.

yang peliknya, kat mamak tu kemain penuh lagi. kalau budak2 bujang tu logikla sebab diorang memang tak masak pun. ni yang berangkut anak bini memenuhkan kedai mamak tu. haishh, sama macam situasi kami kot. apa pun tahun ni raya macam tak meriah sangat. tak rasa macam raya pun sebenarnya. tak tahulah kenapa. pagi ni ramai yang dok cerita pasal terperangkap dalam kesesakan lalulintas. dah adat, semua balik kampung. penuhlah jalan tu kan. yang penting dapat luangkan masa dengan family tersayang. jemmed pun jammed lah. it's worth it.






Thursday, 25 October 2012

konsert gemilang | rockaway 2012

Konsert Gemilang | KL Convention Centre
Dato' Ahmad Nawab, Dato' Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah


he's a big fan of Jamal Abdillah. me ikut jer. konsert malam tu best. even Tun M pun ada. tapi to be honest, me tertidur jugak masa Dato' Ahmad Nawab perform. sorry tapi nak buat macam mana, mengantuk sangat. tambah pulak kami duduk row paling belakang. 

Persembahan Dato' Khatijah Ibrahim memang superb. i fall in love with her husky voice. sangat sedap. Jamal, as usual la. pemalu sangat. tambah bila Dato' KT usik. Konsert ni tribute to Dato' Ahmad Nawab. semua lagu yang Dato' KT & Jamal nyanyi adalah ciptaan beliau. Overall, a good concert i should say.  





Rockaway Fest 2012 | Sepang F1 circuit

Sebenarnya tak adelah minat sangat rockaway ni. dah dapat tiket free, pergilah. Ramai band yang me tak kenal pun. Soulfly tu pun kenal nama je. dulu masa kat muar, ada classmate me yang sebut2 tapi me tak ambil tahu pun. 


thanks TM bagi tiket free.




konsert ni memang tak suit dengan me lah. agak terkejut dengan keadaan di sana sebab tak expect keadaan sampai macam tu sekali. tapi dah konsert rock kan. tambahan pulak artis luar negara. can't say much



salam aidiladha

saya selalu ditanyakan soalan "raya haji kat kelantan mesti meriah kan?" tak tau pula apa definisi meriah pada yang bertanya soalan tu. rasanya sambutan raya haji kat selangor sama jer macam raya haji kat kelantan. cuma ada satu perbezaan sahaja. di kelantan, ibadah korban dilakukan dirumah. jadi ramailah sanak saudara yang turut serta bergotong royong menyempurnakan ibadah tu. meriah tu terasa bila satu keluarga sama-sama menyediakan masakan dan makan beramai-ramai. dan daging korban tu diagihkan kepada orang kampung. kita akan menziarah rumah sedara sambil bawa daging korban tu.  di negeri lain, ibadah korban dilakukan di masjid atau surau. jadi perasaan tu lain sikit sebab mungkin ramai yang kita tak kenal berada bersama kita.

raya kat mana-mana pun sama. yang penting, ingatan dan silaturrahim jangan dilupakan.

salam aidiladha semua. ada salah dan silap, harap dimaafkan



bila bos bagi petua.

actually bukan petua pasal kerja pun. petua macam mana nak hilangkan kesan terbakar pada seterika/iron. setiap orang mesti pernah mengalami insiden baju rosak sebab iron panas sangat. it happened to me terutamanya bila iron tudung sebab biasanya kain tudung ni jenis yang agak nipis dan lembut, dan yang paling tension bila tudung tu yang paling kita sayang. huh...

nilah rupa iron lepas me iron seluar kerja last week. nasib baik seluar tu tebal so tak delah berlubang. tapi adalah kesan sikit kat seluar tu.



dan bos me cakap guna lilin untuk tanggalkan kesan kat iron tu. panaskan iron tu then gosok lilin kat surface. lilin akan cair dan sekaligus menghilangkan kesan tu. prosesnya tak adalah susah sangat dan tak ambil masa yang lama pun.



dan hasilnya... boleh lah. abaikan iron me yang memang dah agak uzur. sebelum gunakan petua ni, me just kikis kesan terbakar tu guna pisau. sebab tulah ada kesan calar kat iron ni. lagipun iron ni dah berusia 12 tahun tau. me beli masa kat matrikulasi pulau pinang. ingat lagi time tu beli kat pekan kecik kepala batas. brand "national", harga RM49.90. masih berkhidmat dengan baik.

 

mesti ramai yang dah tahu petua ni kan. me just sharing. kalau belum cuba lagi, cubalah...


Monday, 22 October 2012

centre action


thanks gua.com.my. tak sangka slogan simple tu boleh menang. kadang kala bila kita try to hard, tak dapat. tapi bila kita just doing it casually, mengena pulak. itu lah namanya dah rezeki. tapi untuk berjaya, mesti buat yang terbaik.


inilah kandungan paper bag avon tu. new perfume from avon called "centre action". safee sali adalah modelnya. wangian yang agak tajam. happy him dapat perfume ni. walaupun tak adalah perfume mahal ratus2 tapi wangiannya suit for him. dapat sun-glasses free lagi dan dah dirasmikan pun. 

again, thanks gua.com.my (syazwani) & avon.


Friday, 19 October 2012

redha...

saat yang tak akan boleh dilupakan. perginya arwah abah. tapi kami redha dengan pemergiannya. setelah segala kesakitan yang terpaksa ditanggung, kini arwah abah dalam perjalanan menemui Penciptanya. 

detik bermula pada pukul 7.45pm, 12 Oktober 2012 bila kami menerima panggilan telefon dari adik. kami masih dalam perjalanan balik ke rumah. bergegas kembali ke rumah mak. Kami lihat abah berada dalam keadaan yang membimbangkan. selepas solat maghrib, kami bergegas ke IJN. Malang sungguh keadaan traffic yang menggila. di Shah Alam, bergelut dengan penyokong setia kelantan dan selangor yang berpusu ke stadium. dan sepanjang perjalanan keadaan traffic sungguh mengecewakan. abah semakin tak selesa. sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. sekejap duduk, sekejap baring. Hanya Allah yang tahu bagaiman rasa abah di saat itu. Kami keresahan, dah bagi hazard lamp, keluarkan tangan, namun semua tak diendahkan. nak gunakan emergency lane pun tak boleh sebab semua ambil kesempatan. ingat kami bagi hazard lamp saja-saja ke. sungguh mengecewakan.

sampai di IJN, terus ke emergency. Doctor check, arwah abah kena buat Angiogram. selepas selesai procedure, abah ditempatkan di CCU IJN.


 Keadann abah tak stabil, sekejap ok, sekejap tidak. Dan pada 16 Oktober 2012, tepat 12.39am abah meninggalkan kami. Pengalaman ini akan kami kenang selamanya. Bagaimana menghadapi saat-saat kehilangan orang tersayang. menyaksikan dengan mata kepala sendiri nafas terakhir insan yang tercinta. 






tenanglah arwah abah di sana. Doa kami akan sentiasa mengiringinya. 
Kerana bekalan kita ke sana hanya 3 perkara: doa anak soleh/solehah, ilmu yang diamalkan serta sedekah dan jariah.

al-fatihah





Friday, 12 October 2012

Gieyana Giveaway ~ Saya Mahu!

klik banner dibawah untuk join. 
GA tamat 19 Oktober 2012



saya mahu MENANG dalam giveaway ini kerana...


saya nak FREE bodyshop oil perfumed.



saya menilai tinggi bodyshop, sebab tu saya masih simpan paper bag bodyshop. Paper bag ni saya dapat masa beli perfume as a reward for myself. white musk. i love the scent. so do my sweetheart.  


my cute-red bear pun suka duduk dalam paper bag ni. <Please ignore his arrogant face>


my cute-red bear think i should join this giveaway. even he volunteered to be the model. he loves to be featured in my blog (attention seeker).



and he plead you, gieyana... Don't you see his sad face :(
Please don't let him down. Choose me as a winner okay.





yes!





first time winning @yesworld after so many attempts. Loves pink's music!!!

Thursday, 11 October 2012

minggu kedua oktober | cerita hadiah kecilan


coke plates dari MSN website. sebelum ambil teruja sebab ingatkan ada "heart-shape design" yang dah merata-rata kami cari. malangnya tak ada juga. memang coke tak buat design tu la. tapi dalam iklan beria letak. apalah. kan dah tak complete collection kami. so far, rasanya dah ada 3 set dah pinggan coke ni. cukup dah la tu.



t-shirt & OST 29 februari dari ENF. actually ni 2nd OST 29 Februari yang saya dapat. orang dah nak bagi, kite terima je lah ye. 



Bait t-shirt dari fb Zone4 Malaysia. like & share jer. bertuah, dapatlah t-shirt ni. tapi t-shirt ni best sikit compare dengan t-shirt 29 februari sebab kainnya lebih tebal. bolehlah buat pakai kat rumah sebab semuanya short sleeve.


Thursday, 4 October 2012

senyum


senyum dan ikhlas

button badge istimewa. sekadar peringatan untuk kita semua. dalam tak sedar kita ada juga "termengumpat" orang. memang dah tak boleh nak elakkan. kalau bukan kita yang mulakan, kita jadi pendengar. cubalah yang terbaik agar tak terjebak. bukan sahaja berdosa malah akan jadi penyebab untuk banyak permasalahan. kita tak suka orang bercakap pasal kita, jadi kita tak boleh la sesuka hati nak bercakap pasal orang lain. ada apa yang terbuku dihati, cari jalan terbaik untuk menyelesaikannya. ya, memang susah sebab kita tak sempurna dalam segala hal. tapi berusahalah untuk jadi yang terbaik. kita dah ada contoh yang terbaik. kita dah ada "guidance" yang terbaik. pilih landasan yang betul. InsyaAllah hidup diberkati.


assalamualaikum. 

have a nice day :)


Wednesday, 3 October 2012

october

 cepatnya masa berlalu. pejam celik dah bulan oktober. dan oktober bulan yang istimewa. meraikan birthday boy pada 011012. he turned 37. happy birthday dear. semoga kasih dan sayang kekal hingga ke syurga.

 dan mestilah dia pilih untuk makan di muara ikan bakar, tanjung harapan. setiap kali teringin makan seafood, mestilah muara ikan bakar tempat yang kami tuju. dan setiap kali datang (2 atau 3 bulan sekali) harga mesti makin naik. tapi boleh dipertimbangkan lagi sebab makanan pun sedap. lagipun sekali sekala untuk special occasion kan.



owh harga gula dah naik kan?? sehari selepas budget 2013. efisyen betul kalau bab naikkan harga. picture ni last diambil last saturday kat tesco. dan hari ni officially air manis kat kedai makan dah naikkan RM0.10 untuk harga minuman. terbaiklah!!! Lepas ni setiap kali makan kat kedai, orderlah air kosong yang tak dapat dipastikan air tu dimasak atau tak.