Monday, 30 July 2012

sihat itu mahal harganya

bulan puasa tahun ni sama mencabar macam tahun lepas. dah 3 hari abah warded sebab high fever. Dan sepanjang 3 hari tu lah kami berulang-alik ke hospital. berbuka pun ala kadar kat dalam kereta. 

kami masih tertanya-tanya apa punca high fever abah tu? apa yang pasti, baru-baru ni abah ade consume madu lebah  & supplemen yang dibeli dari so-called bekas pelajar tahfiz yang berkunjung ke rumah-rumah. mereka ada buat perkhidmatan bekam dan menjual ubat- ubat keluaran SM Amin (yang ade bangunan besar kat S.Alam tu). Sejujurnya kami masih ragu-ragu dengan ubat-ubatan yang dijual. memandangkan masa tu cuma mak & abah yang berada di rumah, senanglah mereka promote barang-barang. orang tua manalah banyak soal. kalau kita yang muda ni mestilah selidik dulu. kos bekam dan ubatan tu RM750. mahal yang amat.

dan yang paling merisaukan, abah ada sakit kencing manis. minum pulak madu. ye, memang madu banyak khasiatnya tapi tak semua sesuai dengan pesakit diabetes ni. ralat sungguh, bila sesorang yang tak bertauliah tentang perubatan, promote ubat-ubatan kepada orang-orang tua ni. nak jual produk patut-patutlah sikit. jangan sampai memudaratkan orang tua. kalau orang muda, tubuh dan antibodi masih kuat. tak jadi masalah. yang teruknya rang tua, kalau ubat tak sesuai, lain pulak jadinya. 

lain kali kena berhati-hati sangat. supplemen memang penting tapi bagi orang-orang tua yang dah kena makan pelbagai jenis ubat dari hospital, amat bahaya. tu pun kami tak berani nak beritahu doktor pasal abah minum madu tu. kesian tengok abah. ada sampai satu tahap, menggigil dia. tahap gula dalam darah cecah 22 unit. bayangkanlah. orang normal, tahap gula dala lingkungan 8 unit sahaja. kita tak sampai hati nak tengok orang tua bila mereka sakit. kalau boleh, transferlah sakit tu kat kita. harapnya lepas ni tak adalah berlaku hal macam ni. sihat tu mahal harganya. sama jugak macam sakit.

saya bukan agen insurans/takaful. tapi sebagai pesanan, jangan sayang duit nak dapatkan perlindungan.ambil plan perlindungan yang murah pun jadilah. asalkan kita dilindungi.sakit nanti, ada duit yang boleh digunakan. 


rehat kejap kat surau lepas solat asar.

Wednesday, 25 July 2012

wordless wednesday :: ramadan ke 4


masjid kat bandar klang. tak ingat nama :)


rezeki kat masjid. 

Tuesday, 24 July 2012

janji ditepati




evolusi logo & tema hari kebangsaan 1976 - 2012


nilaikan :)


buka puasa ramai-ramai

ramadan ke 3, berbuka kat masjid negeri. ada majlis. Sultan Selangor meraikan anak-anak yatim. kira tumpang sekaki lah ni.


ops, saya tak makan kat bawah khemah ni. ni khemah Sultan & VVIP. tengok. kan warna kuning tu.



air sirap + bubur lambuk = best
ade makanan lain lagi tapi payah lah nak bersesak beratur. tak proper sangat. lagipun meja limited tapi ada disediakan kerusi. tu pun nak kena tunggu lama. ramai sangat yang selfish. buat kerusi tu macam harta sendiri. kalau duduk tak apelah. ni jadi tempat letak beg. boleh tengok jer orang lain yang tercari-cari kerusi. kalau majlis yang melibatkan orang awam ni memang akan jadi situasi begini. tapi feel seronok tu ada. dapat makan ramai-ramai. 




Thursday, 19 July 2012

my tdkr mug

can't get enough of tdkr. go and wat today. it';s awesome!


Wednesday, 18 July 2012

The Dark Knight Rises :: BEST movie of the year!!!

i was lucky to be chosen as one of the winner by P1 to join the premier screening of The Dark Knight Rises. It was an amazing experiences to watch the best movie of 2012. perfects movie i should say. i never being a fan of batman franchise before but this movie totally change my perspectives. unluckily this is the last batman movie directed by christoper nolan. 



and goodie bag full of awesome stuff. 



a mug, mini speaker, foldable travel bag, computer kit (mouse, etc) cap, t-shirt, and non-woven bag.



overall, this movie is worth your every cents. go watch and experience the superb action. and this guy makes me nervous. i just don't know why...

credit to google.

bare in mind, when you watch this movie, expect the unexpected!


Tuesday, 17 July 2012

the amazing spiderman

free movie tix and x-large tshirt from ecentral.

can't wait to watch since i've read good review about this movie. wait for my review.

plus, i just don't like tobey maguire as spiderman. perhaps andrew garfield did it much better.




Monday, 16 July 2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

dah lama rasenye tak join GA. so, ternampak GA cik buaya ni. hadiah-hadiah best betul. apa tunggu lagi...


JOM JOIN!!!



nak join?? klik banner ye.
pemenang ditentukan melalui random.org

jangan lupa:
 follow blog | like fan page cik buaya.
create entry + banner bertajuk Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize dan tag 3 orang rakan.
saya pilih hadiah : topup RM50

saya tag: joel leslie | mama uyun | anabazilah

***




masak-masak @622 ::ikan bakar portugese style


mencuba resepi baru. biasa makan kat kedai tapi sabtu lepas bersemangat nak try masak ikan bakar portugese style (bakar dalam aluminium foil + daun pisang).

proses men"google" resepi bermula. nampak macam simple saja. alamak, dalam resepi nak kena guna buah keras. memandangkan buah keras ni antara bahan yang tak pernah langsung digunakan, so tak adalah kat rumah ni. setelah berdiskus dengan top chef, dia cakap tak ade pun tak apa. biasanya buah keras ni untuk memekatkan kuah sahaja. wah, pakar sungguh top chef saya ni :)

proses masak agak lama jugak. nak kena buat sambal dulu. kemudian baru boleh letak dekat ikan/seafood lain dan bakar.


inilah hasilnya....



close up sikit...


ada ikan pari, sotong dan udang. sayur pulak ada bendi dan kacang panjang. 

percubaan pertama agak berjaya tapi masih tak boleh capture rasa yang macam kat kedai. ada part yang boleh diperbaiki. sambal agak pekat sangat dan sayur terlalu layu. mungkin bakar lama sangat tu. dan mungkin kena beli buah keras kot. mana tau rasa akan jadi lebih sedap.

buah keras :: ikhsan dari google

keseluruhan, top chef berpuas hati. next time boleh  cuba lagi...

two thumbs up!!!!

Thursday, 12 July 2012

filem :: aku, kau & dia

akhirnya dapat jugak menonton filem ni. memang last minit betul. hari ni hari terakhir filem ni kat cinema. next week dah masuk astro first lah kot.




memandangkan kat dalam hall tu cuma ada 11 orang penonton saja, so curi-curi ambil gambar. macam poyo la pulak. semua benda nak ambik gambar. tapi ok lah. at least i enjoyed it.


ok tak filem ni??? pada pendapat saya filem ni acceptable la. jalan cerita yang agak ringkas. jumlah pelakon yang agak limited sebab low budget filem ni. Pelakon berbakat. sekurang-kurangnya heroin tak adalah kaku sangat dan menjiwai watak sedih dengan baik. yelah, orang kematian tunang tersayang. lakonan Remy ok. ada part yang dia buat muka bodoh. boleh la buat orang gelak jugak. yang lain cuma ada pekin, nash, harum salim bachik, adik mia, si tolol-yang-buat-orang-gelak farid dan mak jah orang gaji. tapi saya suka marisa yasmin. dia sesuai sangat bawa watak isteri orang kaya dan sangat cantik orangnya. 

pengarahan piere andre yang agak baik. tapi banyak scene yang dipotong dan sambungan yang kurang lancar menampakkan kelemahan filem ni.


keseluruhan filem ni dalam kategori OK. tak adalah bosan sampai tertidur macam filem berani punya budak. dan penonton ada pilihan sikit daripada asyik menonton filem MIG saja.

bintang??? 3.5/5

Wednesday, 11 July 2012

30 is just-not-a-random number

30 means more responsibility, more mature and knowing myself better.

happy birthday me!!!


Friday, 6 July 2012

f.o.r.e.v.e.r


laugh and tears, sunshine and rain. we'll be together forever.


happy 6th anniversary dear.
love and respect, always...

sepatutnya aku, kau & dia...

jersi & tiket percuma dari tupai
balik kerja, hantar sarah, singgah solat, terus ke jusco Bukit Raja. plan nak tengok aku, kau & dia. sampai dalam pukul 8.15. Parking. matikan enjin. eh apasal senget sikit parking ni. start enjin balik ingat nak betulkan parking. alamak apahal tak nak hidup enjin ni. sudah....

episod pengembaraan bermula...

memang perangai kitorang. kalau ada masalah, susah sikit nak mintak tolong dengan kawan-kawan atau sedara. baik berurusan dengan orang yang tak kenal. berbalik pada cerita, lepas try hidupkan enjin, tak nak hidup jugak. menapaklah ke bus stop tunggu teksi nak pergi beli battery kat kedai servis kereta. ade 1 teksi. pemandu india yang friendly jugak. dia cakap, time ni kedai dah tutup tapi tak ade pilihan, kena jugak cari. tapi malang semua kedai dah tutup. 

last-last uncle tu cakap tolak jer kereta bagi enjin hidup. nasib kereta manual boleh buat macam tu. uncle tu tolong dan nasib baik enjin hidup. fuhhh lega. bayar tambang dan bagi sikit duit sebagai tanda terima kasih kat uncle tu dan misi seterusnya bermula. 

jam dah pukul 9 lebih ni. mana nak cari kedai servis kereta ni. dari bukit raja ke sungai rasau ke seksyen 17 terus ke seksyen 24. semua dah tutup. cubaan terakhir ke sri muda. nasib ada 1 kedai buka. melayanglah RM200. tapi apakan daya. biasanya battery sebelum ni tahan 1 tahun tapi kali ni cuma 9 bulan jer. ape yang tak kena pun tak tahulah...

pengajarannya. duit mesti ada masa kecemasan macam ni. pengetahuan am pasal kereta mesti tahu walaupun sikit tak kiralah lelaki ataupun perempuan. untuk perempuan, mesti hati-hati. sekarang ni kes samun kat shopping complex makin menjadi-jadi. nak kemana-mana mesti ada teman.

dan pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik. 



Thursday, 5 July 2012

HTAR oh HTAR...

Sepanjang tempoh ulang-alik hospital menjaga abah, banyak ragam manusia yang dapat aku perhatikan. tipulah jika hati ni tak terusik melihat nasib sesetengah orang. yang beruntung, adalah yang menemani. tak kurang juga yang terpaksa berseorangan mengharungi hari-hari yang menyakitkan.

Sejujurnya, perkhidmatan dan kemudahan di hospital kerajaan terutamanya HTAR ini masih lagi ditahap yang tidak memuaskan. adakah peruntukan kerajaan tidak mencukupi? atau peruntukan ini digunakan secara tidak berhemah?? sukar untuk menjawab persoalan sebegini. walaupun sekarang kita dengar kerajaan banyak membelanjakan duit untuk rakyat, tetapi adakah tindakan itu tepat dan kena pada sasaran sepatutnya??? sebut saja BR1M, TR1MA dan macam-macam 1M lagi. Bukan mempertikaikan tindakan kerajaan tetapi jika memandang kondisi HTAR sekarang, kementerian kesihatan wajar diberikan peruntukan yang lebih besar.

Sebut saja masalah semua ada kat HTAR ni. katil yang tak cukup. layanan nurse yang agak kasar mungkin kerana bebanan tugas yang tinggi akibat kekurangan kakitangan. kipas pun tak mampu dibetulkan. dah lah sakit, tambah pulak keadaan yang begitu sesak. Itu belum sentuh aspek kebersihan. tandas yang tak terjaga dan tidak sesuai untuk pesakit.

Bukan meminta sesuatu yang lebih tapi cukuplah untuk rasa selesa dan mengurangkan beban kesakitan. Mungkin ada yang akan kata; nak selesa pergilah private hospital.. Bagi yang mampu, tak ada masalah lah kan. tapi untuk yang miskin bandar ni mana nak cari duit ribu-ribu untuk biaya hospital???

Peringatan untuk diri sendiri. persediaan kewangan amat penting disamping menjaga kesihatan. selagi terdaya, menyimpanlah walaupun sedikit kerana kelak, tak tahu apa untung nasib...

huhhhh...

Wednesday, 4 July 2012

Eqbal Zack: Brisbane Giveaway.


Jauh dimata, dekat di hati. chewah... 

Walaupun abg Eq dah jauh nun di Brisbane....


 followernyer tak dilupakan. dan special GIVEWAY untuk follower. 

Hadiah yang menanti mestilah special dari Australia. Cute sangat!!!



nak join?? Klik SINI

dan jangan lupa visit FB Abg Eq. banyak update kat sana :)



Tuesday, 3 July 2012

muara ikan bakar



apa yang best kat muara ni?? pada saya biasa jer. tapi kalau terlintas nak makan seafood, mesti kami terjah muara ikan bakar. walaupun order menu yang biasa, tapi puas hati jugak.

tapi suasana kat sini tak best sangat. ade ke patut pelayannya budak-budak. rasa macam budak sekolah menengah jer. dah lah main-main. imej yang tak elok. ada yang smoking. dah lah lepas tu serve makanan. tengok telatah diorang ni memang tak patut. susah sangat ke nak cari pekerja?? atau ambil kesempatan nak untung lebih. banyak gaji budak-budak ni sikit. tak patutlah kalau nak dibandingkan dengan keuntungan yang tokey kedai ni dapat. harga makan kat sini agak mahal. 

teringin jugak nak try seafood kat tempat lain. ramai bagi suggestion kat jeram. tapi makaih jauh sangat. rasa macam tak berbaloi lah pulak. ada cadangan lain??? boleh lah share ye

Monday, 2 July 2012

mael lambong????

tiket free GSCdari Cadbury dah selamat digunakan di saat-saat terakhir. tiket ni valid sampai 1 Julai 2012 sahaja.

kenapa mael lambong???
pastinya bukan sebab dia tak makan rasuah..

sumber: google image
puas dok fikir nak tengok movie ape. brave? he's just not into animation. abe lincoln?? disapproved by him. madagascar 3, snow white & huntsman?? dah tengok pre-screening dulu. aku, kau & dia?? dah ada tiket free (ntah bile lah berpeluang nak tengok). last-last pilihlah mael lambong.


mesti semua dah tahu sinopsis mael lambong ni, kutipan pon dah juta-juta. tapi sejujurnya, merapu jer filem ni. maaf cakap, tapi banyak unsur tiru-meniru. paling ketara, macam mana si mael lambong ni dapat parut ni. ada unsur hantu kak limah balik rumah kat situ. 


dan kalau tak ada lawak lucah, mesti tak sahkan. walaupun kelucahan tu tak delah melampau, tapi masih lagi tak sesuai. mesti ramai kanak-kanak nak tengok filem ni.


apa pun, kalau nak tengok, silalah ke pawagam. tak pun tunggu astro first je.


bintang??? 2/5