Thursday, 25 August 2011

JOM PHOTOBOOK Giveaway by KedaiGambarKami


klik banner untuk details

Foto mengembalikan kenangan. Dengan hanya melihat foto, kita mampu tersenyum, mampu menangis. Segala kenangan bisa terpahat hanya dalam satu foto.

Foto mencerminkan apa yang telah kita lalui sepanjang kehidupan yang lalu. Foto membolehkan kita mengimbas kenangan bersama ahli keluarga, megimbau kenangan di hari graduasi, hari kita menjadi raja sehari, hari bayi kita dilahirkan dan pelbagai memori lagi. Foto yang kita ambil pada hari ini. Boleh kita kongsi bersama cucu-cicit kita 30 tahun akan datang.

Tapi kini ramai yang hanya suka menyimpan foto-foto dalam bentuk soft copy. Segalanya terpendam dalam hard disk yang satu hari mungkin diserang virus. Dan foto-foto akan lenyap berserta kenangan yang selama ini kita simpan.

Dengan photobook, masalah akan selesai. Dengan kos yang minima kita mampu menyimpan kenangan untuk kita kongsi bersama. Ciri-ciri yang unik pada photobook menjamin kepuasan yang maksima. Kini, kenangan akan sentiasa segar bersama JOM PHOTOBOOK!


Saya layak menang dan memiliki photobook dari kedaigambarkami kerana photobook ini akan menjadi  koleksi saya yang pertama. Daya tarikan photobook dari kedaigambarkami membuatkan saya teruja untuk memilikinya. Dengan rekabentuk yang ekslusif dan terkini, saya akan bangga berkongsi kenangan bersama yang lain.