Monday, 15 August 2011

cerita yang saya nak kongsi

Hello CONTEST lovers...


Bersempena dengan CONTEST "cerita yang saya nak kongsi" kelolaan miss Nina ni, pada individu yang berminat nak menang fabulous prizes, feel free to participate. Step to join very easy breezy je. just:

1 Post entri bertajuk ' Cerita Yang Saya Nak Kongsi ' .

2 Letak banner cute di atas serta link ke contest ini .

3 Follow blog ini .

4 Cerita anda .

5 Siap entri , hantar permalink (URL) ke ruangan komen .

very easy right...

ini cerita yang nak saya kongsi...

Apa erti persahabatan itu? Apa erti sahabat? Adakah tempat berkongsi diwaktu gembira? Tempat untuk meluahkan apa yang terbuku didada?

Setiap orang pasti akan mengalami turun naik dalam persahabatan. Hari ini mungkin kita boleh keluar makan bersama, esok mungkin tidak. Apa yang berlaku diluar jangkaan. Kita tidak boleh meramal apa yang berlaku untuk 5 jam dari sekarang, apatah lagi untuk hari esok.

Jika kini semua orang anggap “Facebook” sebagai penjalin persahabatan. Tidak dibatasi jarak, tidak dibatasi masa. Tapi adakah anda “terasa” bila sapaan tidak dilayan sedangkan di saat itu anda memerlukan teman untuk mendengar/berkongsi sesuatu.

Saya rindukan saat-sama bersama 2 teman rapat. Persahabatan bermula disekolah menengah. Menginjak remaja, kami punyai minat yang sama. Dan yang paling ketara, macam mana kami obsessed dengan BOYBAND. Sebut aje Backstreetboys, Nsync, 911, dan macam-macam lagi. Pantang nampak yang handsome, mulalah berangan. Ye, Kami lahir pada awal 80-an, sinonim dengan era boyband. Si A yang minat gile kat BSB, Si M yang obsessed dengn Lee 911. Huh, memori...

Dan yang paling tak boleh lupa, macam mana kite boleh skodeng senior.. konon nak jadi secret admirerlah. Dan A & M tahu, betapa aku fall for Brad. Sanggup buat-buat jalan kat depan kelas Brad semata-mata nak tengok dia (cara budak2 zaman kitorng nak start bercinta, budak2 sekarang lagi daring). Korang berdua, ikut jer lah. Siapa tak ingat, sanggup ke kampung lain semata-mata nak tengok jejaka pujaaan Si A. Tapi Si M standard, pujaan hati dia mat salleh. Budak melayu tak mainlah. Poyo btol... 

Walau kita bawa haluan masing-masing selepas 3 tahun bersama, namun kita tetap akrab. Jarak rumah yang dekat membolehkan kite berjumpa setiap kali cuti sekolah tiba. Walau masing-masing dah ada kawan baru, tapi kita tetap bersama.

A & M,  betapa aku rindu saat membonceng motor 3 orang semata-mata nak pergi rumah kawan masa hari raya. Dan akulah jadi drebarnya. Mengutip sorang2 dan kita keliling kampung dengan gembiranya.

A & M,  betapa aku rindu saat sama-sama keluar KB dan window shopping merata-rata. Dapat makan kat Pasar Siti Khatijah, wah syoknyer... Dan akulah jadi ketua rombongannya.

Kini kita cuba untuk kekal rapat. Masing-masing sibuk. Tapi kita akan kekal bersahabat. Untuk selamanya...


till then...

all the best to me...
hadiah best wo...



2 comments:

→![N.I.N.A]!←™ said...

hi azelyusoff :)
thanks sebab sudi join contest nina .

have a nice day n good luck :)

azelyusoff said...

my pleasure.
thanks for dropping by

all the best to me!!!