Malam raya di Jalan TAR.
Punyalah bersesak orang kat sana. ntah apa lagi yang nak dicari. dengan bawa anak kecik. Pukul 2 pagi pun masih ramai lagi yang baru sampai. sanggup park kereta kat dataran dan jalan kaki. Sampai kat rumah pukul 3. Sedia apa yang patut.. terus tidur tak sedar diri.
Pagi raya.
Bangun. sempat masak nasi impit dengan rendang ayam jer. almaklumlah dua orang jer. cukuplah untuk alas perut. Hari ni banyak lagi tempat nak pergi. selesai semua kat rumah, bertolak ke masjid. Solat sunat hari raya tahun ni cukup berbeza. Bila imam membaca tahlil selepas solat sunat. doa untuk mereka yang telah tiada. sebak bila mengingatkan arwah abah. tak lupa untuk ma dan adik-adik kat kampung. sedih....
Selesai solat sunat hari raya, terus ke tanah perkuburan sect 21.
Istana kayangan, Shah Alam.
Situasi sama, menu sama. band yang nyanyi pun sama.
Istana Negara.
Memandangkan ni tahun terakhir Sultan Mizan Zainal Abidin jadi YDP Agong dan tahun terakhir istana negara, ada jamuan kat sana. yang datang bukan main ramai. Islam, Cina, India dan macam-macam lagilah. Parking jauh. Beratur punyalah lama semata-mata nak dapatkan kuih raya tapi berbaloi. Box cantik dan ada value tersendiri. Bukan senang nak dapat. Tahun depan mana ada lagi. Makanan oklah. Tak makan mana pun sebab dah kenyang. Selesai. Seterusnya...
Seri Perdana.
Acara wajib sebab nak jumpa PM tapi terpaksa menapak jauh. Souvenir tahun ni sama jer macam tahun lepas. Tak dapat pun nak tengok cincin 24 juta. Kak Mah dah penat.. Makanan out. Langsung tak sedap dan tak teratur. Last year pun caterer yang sama tapi tak ada improvement langsung. Selesai.
Sampai rumah pukul 6.00 petang
apa yang tersurat:
- Terlalu banyak pembaziran. Makanan tak dihargai. Ambik punyalah banyak tapi tak habis. dah terbuang...
- Ada ramai orang yang susah. tapau makanan banyak-banyak. Mungkin untuk anak isteri kat rumah.
selesai edisi beraya bukan di kampung saya. Gambar nantilah.
1 comment:
lama tak pergi jalan tar.. huhu
Post a Comment