Wednesday, 2 January 2013

ada apa dengan 2012 - Bahagian 1

hari ni dah 02.01.2013. Semalam tak sempat nak buat entry untuk new year. tapi sempatlah blogwalking kat blog-blog lain. boleh dikatakan semua buat entry pasal pencapaian/kenangan untuk 2012. jadi, saya pun nak buat jugaklah. cuma nak ingat balik kenangan 2012. suka duka dan macam-macam hal lagilah. tak lupa juga, azam untuk tahun 2013 ni. Entry ni akan ade beberapa bahagian. so, jangan pulak bosan nak baca :)

bermula bulan april, saya dah jarang join kontest/GA kat blog. saya perhatikan juga, ramai kawan-kawan pun dah slow down. bagi saya, faktor masa tu yang membuatkan saya dah jarang join GA. lagipun ada pengalaman yang kurang enak. yelah, kita dah menang tapi hadiahnya tak nampak pun. malas nak bising-bising, jadi biarkanlah aja. saya pun ada anjurkan GA kat blog ni. dah saya akui saya pun ada kelemahan jugak. hadiah untuk 2 peserta GA yang dapat FM baru jer saya pos hari isnin lepas. dah lama terbiar jer kat dalam drawer ni. asyik terlupa. sedangkan pemenan cash dan top up dah lama dapat. Jadi, jika saya nak anjurkan GA pun, rasanya lebih baik saya bagi cash/topup untuk elakkan masalah ni berulang. Saya tahu bagaimana perasaan kalau benda yang kita menang tapi tak sampai pun kat tangan. walaupun nilai tak sebesar mana, tapi itu hasil usaha kita kan

tahun 2012, saya start join kontest kat magazine. Alhamdulillah adalah rezeki. habis nama ma, adik beradik jadi proxy. semuanya mengena. Hadiah kira best jugaklah. sekurang-kurangnya tercapai hajat nak menang perfume free.

Untuk kontest offline, saya join sikit jer. tak ada rezeki lagi pun. Saya kagum dengan comper-comper lain yang dah menang macam-macam hadiah lumayan. Itu yang membakar semangat untuk lebih gigih lagi. tapi untuk permulaan, tak boleh nak extreme sanagt sebab kontest offline ni memerlukan modal yang besar. Ikut kemampuan saya jugaklah untu allocate budget.

Dengan izin Allah, saya doa agar rezeki saya dalam kontest akan melimpah ruah pada tahun 2013. Usaha tangga kejayaan. dan saya anggap ni hobi yang boleh membawa keuntungan untuk saya.

...

1 comment:

Nisa Greennnpanda said...

azlini rjin join contest offline ke?
sy jarang join, coz tue la, psl bajet, hehe..

ape pun.. congrats for all ur wins in 2012... byk dh awk mnang..

btw, u're tagged.. ^_^
http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2013/01/huda-syafiqahs-1st-giveaway.html