Friday 28 September 2012

merawat hati yang luka



dah lama rasanya tak minum float A&W.  semalam singgah kat A&W kat batu 3, kebetulan nak nak tambah   nilai touch & go. kat petronas batu 3 ni tak ada charge. top up RM20, dapat RM20 jugak. pernah top up kat petronas area puchong. first time top up kat petrol station, then kena charge RM0.50. baru ku tahu. rupanya kalau top up kat petrol station ade charge. kalau kat ATM machine tak sure pulak. eh.. membebel pasal top up touch & go pulak.

ape kes merawat hati yang luka ni?? minggu ni ada kes terlepas rezeki. pertama misteri kehilang duit RM100. tak tahu mana perginya. padahal duit dalam envelop tu saya letak dalam drawer ofis. takkan ada yang panjang tangan?? kedua, semalam bersemangat nak collect hadiah contest magazine. saya rasa ada dalam 3 kali saya call PIC contest tu, tapi bila nak collect, alih-alih cakap saya bukan pemenang. padahal PIC tu ada call 2 bulan lepas mintak address. Selepas dia check, memang ada address saya tapi nama, telefon, ic dan email nama orang lain. PIC tu tak boleh buat apa. saya kecewa la jugak. tapi bila mengenangkan itu bukan rezeki saya, redha lah. tak nak bising-bising. mungkin ada rezeki lain yang dirancang untuk saya.

mungkin ada yang tak kena ni. muhasabah diri. apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. cuma lain kali saya perlu lebih berhati-hati.



3 comments:

Unknown said...

sbr lah ok ^^ tergugat tgk minuman tue..heheh

Hana said...

dengan sepantas kilat hana nak p A&W

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

dah bkn rezeki kitakan?InsyaAllah,pasti ada rezeki yg lbh besar menanti...jgn sedey2 ya.