Monday, 24 September 2012

kawan susah senang

semalam berborak panjang dengan ex-ofismate. Dah lama tak sembang, tiba-tiba teringat kat dia. last call after raya hari tu. dia diberhentikan dengan notis 24 jam. terlalu lama pertikaian dengan HoD beliau, hinggalah dalam pertengahan ramadan lepas, tiba-tiba dia diberhentikan. hal sebetulnya antara kedua mereka, hanya mereka yang tahu. tak layak untuk judge sebab kedua pihak ada alasan masing-masing.

berbalik pada topik sembang malam tadi. dia terkilan sebab semua "kawan baik" masa kat ofis ni langsung buat tak tahu. tegur di facebook, buat-buat tak nampak. hantar email, langsung tak dibalas. nak harapkan call, tak adelah. kesian jugak. sebagai kawan, apa salahnya call atau sms?? tanya khabar. dulu kemain lagi rapat. alasan tak nak terlibat tu tak boleh pakailah. entahlah. perangai manusia ni tak boleh diramal.

tak tahulah bagaimana keadaan bila saya sendiri dah bertukar tempat kerja nanti. terputus teruslah hubungan gamaknya. lebih baik tak payah mengharapkan orang ingat kat kita. yang kita dok ingat ni pun tak dilayan. perangai orang kat ofis ni macam-macam. semua dalam kategori pentingkan diri sendiri. tak kisahlah diorang nak kata saya pun pentingkan diri sendiri ke apa. sekurang-kurangnya kita tahu menilai kawan. bukan setakat touch and go saja...





2 comments:

Unknown said...

bkn snang nk cr kwn ssh snang bsame

Unknown said...

susah nak cari kawan masa kita susah n senang kan2 ?? :D