Friday 28 June 2013

winning is FUN


winning. no matter how small or big, always brings smile on my face.




Thursday 27 June 2013

The Heat & White House Down

The Heat pre-screening @ GSC, Paradigm
Thanks to Tupai/Cinema Online


The Heat mengisahkan agen FBI, Ashburn (Sandra Bullock) yang bersungguh untuk menyelesaikan kes dadah telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan Agen Mullins (McCarthy). Pelbagai insiden suspens dan lucu berlaku sepanjang tempoh mereka berdua bertugas bersama. Kedua-dua ego, nak tunjuk siapa lagi bagus. Dan agen Mullins sangatlah sempoi dan perangai mengalahkan lelaki. semua rakan sekerja even bos dia takut kat perempuan ni. Ganas semacam jer dan setiap patah perkataan yang keluar kat mulut dia ni memang tak sah kalau tak mencarut. 

Movie ni rated 18PL. Bukan sebab ada adegan seksi ke apa. cuma perkataan lucah melampau sangat. setiap ayat yang keluar dari mulut mesti ada mencarut. pening dengar. filem ni memang seronok dan enjoyable. cuma part mencarut yang spoil sikit. Tapi orang dewasa dah boleh menilai lah kan. Cuma jangan bawak budak2 sudah.


White House Down pre-screening @ TGV, 1Utama
Thanks to expatriate Lifestyle Magazine


Siapa minat Channing Tatum angkat tangan. Mesti ramai kan. sebenarnya saya tak berapa tahu sangat pasal channing ni. tapi ramai yang dok cakap he's so charming. Memang handsomelah kan.

Cerita ni berkisarkan John Cale (Channing) yang pergi interview untuk jadi Secret Service Agent pada Presiden Sawyer (Jamie Foxx). Masa interview dengan Finnerty, John gagal sebab dia banyak bad history dan achievement dia tak bagus. Kebetulan lepas interview tu, dia dan anak perempuan dia, Emily join tour dekat White House tu. hari tu jugaklah berlaku rampasan kuasa yang diketuai oleh Martin yang juga merupakan orang kanan Presiden. Dia nak balas dendam atas kematian anak lelakinya yang dihantar pergi berperang oleh Presiden Sawyer. Awal movie ni agak bosan tapi towards the ends memang mendebarkan. Adegan tembak, bom dan macam-macam lagi. Best jugaklah bagi saya yang tak berapa minat sangat movie genre ganas ni.

jangan lupa tonton kedua-dua movie ni ye.


Monday 24 June 2013

I LOVE MONSTERS UNIVERSITY

Dah almost 12 tahun selepas monsters inc saya tunggu movie ni. Last week, dapat attend pre-screening kat MBO Citta Mall anjuran Sinar. SUPER EXCITED!!!!! Well, movie ni sama best macam monsters Inc. Movie ni kira sejarah macam mana Mike & Sulley jadi "scarer". Mencabar jugak perjalanan karier diorang ni. Movie ni sangat BEST. Saya bagi 5 Bintang (over sangat pulak). Sesiapa yang belum tengok lagi, cepat bawa anak-anak pergi cinema. memang berbaloi. Yang tua ni pon dok bantai gelak. 

Last weekend rasanya OREO ada buat tayangan percuma kat GSC 1Utama dan Penang. Cuma perlu register kat OREO website. tiket limited so based on first come first serve la. Saya teringin jugak nak pergi lagi dan dah register pon. cuma ada hal yang tak dapat nak dileakkan. lagipun cuaca sekarang ni tak elok untuk kita berada kat luar rumah. Jerebu teruk sangat. Better stay inhouse jer.

So, mak ayah tu kalau ada masa bawaklah anak tengok movie ni ye. Lama lagi screening period kat cinema ni. BEST tau movie ni :)


 alamak blur lah pulak gambar ni. Ni tiket pre-screening tu.


 Tumbler ni promosi kat TGV. Price RM14.90. Beli kombo ni dapat Tumbler dan Popcorn. Kat MBO tak de promotion macam ni. Di TGV sahaja tau. Cute kan :)



Thursday 20 June 2013

SK II Workshop.


15 Jun 2013 @ Marini's on 57, KLCC


First time join workshop kecantikan ni. organised by Her World. Event ni best sangat tapi rasa macam masa singkat je. Bila berpeluang join event ni, rasa excited sangat. bukan apa, goodies bag yang dijanjikan pon agak berpatutan dengan fee RM30 yang kena invest. Actually, invitation ni through email. sesiapa yang subscribe her world mailing akan dapat. cuma event ni selected for 30 participants jer. siapa yang agak bertuah, berpeluang lah mencuba produk SK II yang mahal tu.

Sebelum event ni start, emcee ada tanya berapa ramai yang join workshop ni memang pengguna SK II. Yang jawab yer cuma 2 @ 3 orang saja. yang lain memang tak guna pun. biasalah, ramai yang akan fikir panjang untuk beli produk yang mahal. lainlah kalau dia memang kaya kan :)

so jom kita layan gambar-gambar hari event tu :)

 lokasi event hari tu. actually marini's on 57 ni bar. Located kat KLCC tower 3. Tak sempat pon nak ambil gambar KLCC tower hari tu. lagipon cuaca agak jerebu.


 Antara produck yang dicuba pada hari tu. actually tak de rasa perubahan sangat. yelah setakar cuba sekali jer, manalah nak nampakkan kesannya kan. tapi bila pakai certain produk, kulit saya jadi pedih2 sikit. tak tahulah kenapa. mungkin tak sesuai kot. Lagipun untuk saya pakai produk SK II ni agak mustahil kot. tak mampulah nak pakai produk2 mahal. cukup setakat bodyshop je lah :) 


 SK II ada sediakan skin analysis pada hari tu. ye, i'm 30 tapi my skin age adelah 37. Nampak sangat kulit dah tua. masalah utama kulit saya ni adalah liang roma yang besar. Kulit jenis oily ni memang agak sukar nak jaga sikit. kena lebih teliti. walaupun remeh, tapi kalau nak nampak cantik kenalah lebih berusaha kan.



 Light refreshment after the workshop. sandwiches yang sedap.



dan inilah hadiah dalam goodie bag tu. Facial Treatment Oil ni digunakan sebelum kita cuci muka dengan cleanser. Berfungsi untuk membuang kotoran. Price yang saya check kat web adelah dalam RM190 kot. berbaloi lah kan. Selain dapat ilmu tentang menjaga kecantikkan, at least dapat bawa balik produk sampingan. Saya belum sempat lagi cuba produk ni kat rumah. Fikir2 balik macam nak jual jer. sebab skin care bodyshop tu pon banyak lagi. Sesiapa yang berminat bolehlah email saya.


Saya memang looking forward untuk attend event macam ni lagi. Hari tu pun sempata sembang2 dengan participants lain. Mostly memang diorang dah selalu attend event macam ni. Hopefully next time adelah rezeki saya ye :)


Friday 7 June 2013

#afterearth

afterearth pre-screening
TGV, 1 Utama @ 5 jun 2013


gabungan will smith & jaden smith. dah besar budak jaden ni. first movie dia dgn bapak dia sangatlah lah best, persuit of happiness. kali ni average jer. mungkin sebab genre yang berlainan. 

berkisar tentang cypher & kitai yang berada di bumi selepas kapal mereka terhempas. Dalam cerita ni bumi dah jadi tempat yang bahaya untuk manusia. makhluk (ursa) lain dibumi dah di train untuk hapuskan manusia. Ursa ni buta tapi dapat bunuh manusia bila dia dapat hidu hormon feromone yang dirembeskan manusia apabila berada dalam ketakutan. Cypher ni dah boleh atasi ketakutan tu. sebab tu dia dah "invisible" pada ursa ni. . filem ni diarahkan oleh M Night Shyamalan yang terkenal dengan genre mistik. adalah adegan-adegan terkejut yang boleh gugurkan jantung tu. banyak lagi scene menarik dalam movie ni. so, jangan lupa ke cinema ye.

danger is real. fear is a choice!!

Tuesday 4 June 2013

baru | new

dah tukar nama tapi isi tetap sama.
small celebration with big mission







Monday 3 June 2013

June 2013 Blog Giveaway

Lin Handmade Greeting Card 
June 2013 Blog Giveaway
GA ends at 12.00am, 1st July 2013


click the banner to join
great prize to be won!!! join now!!!