rumahku syurgaku... walau kecil tapi selesa. niat di hati memang nak rumah cantik, dekorasi bercitarasa tinggi tapi bila mengenangkan bajet... semuanya terbantut. nasib baik ada contest Wall Makeover by Na. peluang di depan mata. mana tahu rezeki terpilih sebagai salah 1 daripada 3 peserta bertuah untuk memenangi hadiah makeover bernilai RM500. menarik kan. nak join, senang jer. cepat2 terjah blog nadia farahida.
antara banyak-banyak design, saya paling berkenan dengan yang kat bawah ni..
design ni nampak classy. tapi saya nak buat kat ruang tamu. jadi feature wall ruang tamu. sejak dari mula masuk rumah ni, tak pernah bertukar cat pun. dekorasi kat dalam rumah pun agak hambar jer. dengan wall yang macam kat atas ni, at least menaikkan mood cozy & relax. sesuailah untuk berehat & tenangkan diri selepas penat seharian kat office.
Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana..
hasil makeover by Na sangat cantik dan kualiti produk yang terbukti hebat.
dan jika saya menang, ini adalah hadiah yang istimewa untuk suami tersayang. He loves to deco our house but sometime when it comes to spending a lot of money, he has to prioritize his needs. Dia paling banyak idea untuk menghias rumah. setiap kali ke shopping mall, dia akan lebih terarah untuk melawat bahagian home deco. Salah satu impian dia adalah untuk buat wall deco yang cantik and kebanyakkan pilihan dia adalah seperti wall deco kat atas tu. Harap-harap, my little effort membuahkan hasil yang bermakna untuk kami berdua.
Ini adalah rumah pertama kami. Terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi oleh kami untuk mendiami rumah kami. Rumah yang penuh dengan kisah pahit manis. Perjuangan mendapatkan hak. Atas sebab itu, rumah ini harta yang bernilai untuk kami. Bukan hanya dari segi nilai, tapi nilai sentimental yang tersendiri.
Dan kami mahu rumah ini cantik dimata dan indah di hati, selalu...
jadi, kepada sesiapa yang berkeinginan dan ingin mencuba nasib. join tau. tarikh tutup adalah 18 Julai 2013. Klik http://www.nadiafarahida.com/2013/06/saya-sedang-mencari-3-buah-rumah-untuk.html
1 comment:
mg bertuah yaa
Post a Comment