Tuesday, 9 July 2013

31

31. syukur kerana masih bernafas di bumi Allah SWT ini, diberi nikmat mengecapi hidup bersama insan-insan tersayang. 

masih banyak yang ingin dicapai dalam hidup ni. sekali imbas, rasa macam diri masih terkebelakang berbanding dengan rakan-rakan yang lain. mereka dah capai macam-macam dalam hidup. kadang-kadang ada terbit rasa cemburu. tapi ini semua rezeki Allah kan? setiap apa yang Allah tentukan adalah yang sebaik-baiknya. mungkin kita rasa kita kurang bernasib baik, tapi ada lagi yang lebih kurang bernasib baik berbanding kita. yang penting, terus berusaha membaiki mutu hidup. beribadat seperti kita akan mati esok, dan bekerja seakan kita akan hidup seribu tahun lagi. usaha dan tawakal, itu kuncinya.

terima kasih pada yang sudi ucap selamat. mungkin kita belum pernah bersua muka, tapi ingatan di alam maya sudah cukup buatkan saya tersenyum. terima kasih. love you all :)



No comments: