Tuesday, 23 July 2013

akhirnya...

cewah tajuk tak boleh blah.. actually ni pasal peraduan yang saya join bulan lepas. Majalah Nona ada buat peraduan yang hadiahnya iftar kat hotel. banyak hotel yang turut serta. seperti biasalah, saya guna nama sendiri & proksi adik beradik yang lain. dan Alhamdulillah ada 1 melekat dan hasilnya...

 buka post box tengok envelope ni saya dah start senyum meleret..


InsyaAllah tahun ni ke One World Hotel kite. Tak decide lagi bila nak pergi ni. Voucher ni valid sampai 7hb August ni. Nak kena decide tarikh dan buat reservation. tak sabar... Happy sebab sedikit usaha saya boleh mengembirakan suami tersayang. memang dah plan, kalau tak menang pun, saya nak belanja dia buffet kat hotel. dah rezeki dapat free, Alhamdulillah. 

Last year pun dapat free jugak. story kat sini http://24-7nay.blogspot.com/2012/08/malam-raya-impiana-klcc-jalan-tar.html.

Ok. happy mood today :) 


Monday, 22 July 2013

Cantiknya Siti...

Hari ni mood kerja tak tentu arah sikit. Bila dah start kerja dengan mood yang sederhana, prestasi kerja sendiri maklumlah, ke laut... So, lunch hour tadi, keluar jap. Pergi beli stationery skit untuk hias bulletin board. Dah kusam sangat dah bulletin board kat kilang ni. Sementara di bulan puasa ni, bolehlah manfaatkan time rehat untuk buat dekorasi sikit. Nak harapkan office hour, memang tak jalanlah. Kerja tak pernah surut.

lalu kat news stand dan ni hasilnya....

 Majalah Wanita bulan Ogos dah keluar. Cover Dato' Ct dgn fida. Muka diorang kan dah iras-iras. Rasanya ada pertalian saudara. Apa yang menarik dalam majalah Wanita ogos ni???


Yang penting selain content, mestilah peraduan. Ada peraduan best bulan ni. So, kepada semua yang suka join peraduan, Jangan lupa dapatkan majalah Wanita ni tau..



Balik nanti baru boleh baca :)


Thursday, 18 July 2013

Wall MakeOver By Na & Nadia Farahida

rumahku syurgaku... walau kecil tapi selesa. niat di hati memang nak rumah cantik, dekorasi bercitarasa tinggi tapi bila mengenangkan bajet... semuanya terbantut. nasib baik ada contest Wall Makeover by Na. peluang di depan mata. mana tahu rezeki terpilih sebagai salah 1 daripada 3 peserta bertuah untuk memenangi hadiah makeover bernilai RM500. menarik kan. nak join, senang jer. cepat2 terjah blog nadia farahida.

antara banyak-banyak design, saya paling berkenan dengan yang kat bawah ni..


design ni nampak classy. tapi saya nak buat kat ruang tamu. jadi feature wall ruang tamu. sejak dari mula masuk rumah ni, tak pernah bertukar cat pun. dekorasi kat dalam rumah pun agak hambar jer. dengan wall yang macam kat atas ni, at least menaikkan mood cozy & relax. sesuailah untuk berehat & tenangkan diri selepas penat seharian kat office.


Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana..

hasil makeover by Na sangat cantik dan kualiti produk yang terbukti hebat. 

dan jika saya menang, ini adalah hadiah yang istimewa untuk suami tersayang. He loves to deco our house but sometime when it comes to spending a lot of money, he has to prioritize his needs. Dia paling banyak idea untuk menghias rumah. setiap kali ke shopping mall, dia akan lebih terarah untuk melawat bahagian home deco. Salah satu impian dia adalah untuk buat wall deco yang cantik and kebanyakkan pilihan dia adalah seperti wall deco kat atas tu. Harap-harap, my little effort membuahkan hasil yang bermakna untuk kami berdua. 

Ini adalah rumah pertama kami. Terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi oleh kami untuk mendiami rumah kami. Rumah yang penuh dengan kisah pahit manis. Perjuangan mendapatkan hak. Atas sebab itu, rumah ini harta yang bernilai untuk kami. Bukan hanya dari segi nilai, tapi nilai sentimental yang tersendiri.
Dan kami mahu rumah ini cantik dimata dan indah di hati, selalu...


jadi, kepada sesiapa yang berkeinginan dan ingin mencuba nasib. join tau. tarikh tutup adalah 18 Julai 2013. Klik http://www.nadiafarahida.com/2013/06/saya-sedang-mencari-3-buah-rumah-untuk.html


Tuesday, 9 July 2013

31

31. syukur kerana masih bernafas di bumi Allah SWT ini, diberi nikmat mengecapi hidup bersama insan-insan tersayang. 

masih banyak yang ingin dicapai dalam hidup ni. sekali imbas, rasa macam diri masih terkebelakang berbanding dengan rakan-rakan yang lain. mereka dah capai macam-macam dalam hidup. kadang-kadang ada terbit rasa cemburu. tapi ini semua rezeki Allah kan? setiap apa yang Allah tentukan adalah yang sebaik-baiknya. mungkin kita rasa kita kurang bernasib baik, tapi ada lagi yang lebih kurang bernasib baik berbanding kita. yang penting, terus berusaha membaiki mutu hidup. beribadat seperti kita akan mati esok, dan bekerja seakan kita akan hidup seribu tahun lagi. usaha dan tawakal, itu kuncinya.

terima kasih pada yang sudi ucap selamat. mungkin kita belum pernah bersua muka, tapi ingatan di alam maya sudah cukup buatkan saya tersenyum. terima kasih. love you all :)