Saturday, 22 August 2015

double chin

not an easy journey to loose weight. Kuatlah semangat melawan nafsu sebab double chin semakin menyerlah.

Saturday, 8 August 2015

6 days in Batam

It is time to say good by :-)

Thursday, 6 August 2015

appetizer

Soto medan 

Appetizer day 2 & 3




Am missing nasi lemak 😞

Tuesday, 4 August 2015

in Batam

my morning view for 6 days. Third time visiting batam for training. This time very challenging as there is no direct flight from KUL. Taking flight to SG then ferry to batam was very tiring. 

Visited shopping centre in Nagoya Hills. Not cheap though and nothing really caught my attention. and this mannequin with PRADA telekung, simply unbelievable. ade ke orang yang nak pakai ni?? 

Monday, 27 July 2015

Monday oh Monday

A busy week ahead. Stay focus and pray for the best.

Sunday, 26 July 2015

Almost a YEAR 😱

Wow. Cepatnya masa berlalu. Dah hampir setahun tak update blog ni. Sebabnya lagi convenience guna fb, Instagram dan Twitter. 

Let's start again! 

 
xoxo 😘

Sunday, 3 August 2014

raya tahun 2014 ni

salam aidilfitri untuk semua...

raya tahun ni saya gambarkan sedikit hambar. atas alasan apa pun saya tak begitu pasti.

raya pertama.
selepas solat sunat aidilfitri, terus ke rumah mak. sessi bermaafan dan makan-makan. hanya kami 4 beranak jer. ya dan keluarga beraya kat rumah PIL. after zohor, balik ke rumah. rutin tahunan semuanya batal. tak de majlis raya kat istana kayangan, rumah PM dan lain-lain..

raya kedua.
bertapa kat rumah jer. kawan2 semua dah balik kg. nak beraya rumah siapa lagi??? malamnya bertolak balik ke kelantan. excited nak jumpa family :)

raya ketiga.
sampai kat kampung halaman. how i missed bau pagi kat kampung. nyaman. pekena pulak nasi berlauk daging bakar. nikmat. tengahari menziarah wo. alhamdulillah she's good. masih bertenaga, gembira bersembang dengan cucu-cucu. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan wo. petangnya pergi beli tiket bas. malamnya plan nak pergi shopping kat wakaf che yeh. tapi kereta pulak buat hal. time ni lah nak rosak. sabar jer lah

raya keempat.
bangun pagi, masak rendang. kebetulan ma buat pulut kuning untuk majlis pertunangan adik mok uda. dahlah ashraf dah lama teringin pulut kuning. cukup sekadar mengubat rasa teringin. tak boleh makan banyak sangat. petang, ke majlis kenduri kesyukuran rumah mok cik. terasa sebak bila berpelukan dengan santi. menggamit memori masa kecik. betapa cepat masa berlalu, masing-masing dah ada kehidupan sendiri. tapi kenangan indah & nakal masa kecil, tetap tersemat di sudut hati..

malamnya, seperti biasa kalau musim perayaan tak sah kalau tak chaos masa naik bus. beli tiket bas shamisha ekspress tapi bila sampai kat bus stand, boleh pulak cakap bus rosak. kena tukar naik bus tambahan. hangin betul la. dah la lewat, nak kena tukar2 bus pulak. hmmm, pasrah je lah. akhirnya pukul 8.30am sampai kat shah alam.

raya kelima & seterusnya...
rutin harian macam biasa.


one and only photo hari raya :)



Friday, 25 July 2014

cerita tentang atam

ATAM, penunggu setia diparking lot tingkat satu. Kucing liar yang mahukan belaian. tiap pagi, setia menunggu kat tepi kereta hinggakan kalau sehari kami tak nampak dia, mesti risau & tertanya-tanya. Nak bela kat rumah, kami tak mampu pikul tanggungjawab tu. Tak nak terlalu attached sangat dengan atam ni, takut if anything happened kat ia, kami sedih pulak. Cukuplah kami pastikan makan & minum ia terjaga.


Thursday, 24 July 2014

cuti raya berapa hari???

mesti semua dah tak de mood nak kerja ni. lagipun ramai yang dah start cuti. keadaan ofis ni cam biase jer sebab muslim tak ramai sangat.

so, raya ni ambik cuti full week la. Raya ke-3 balik kelantan. hopefully perjalanan  lancar la. tak nak lah sangkut dalam jem. balik sana 3 hari je kot. maklumlah cuti tak lama. tu yang tak best bile belum confirm kerja. cuti prorate lagi. haishh masih menanti jawapan boss untuk confirmation. lamanya dia ambik masa. maklumlah busy memanjang. GM lah katakan.

Ramadan bakal meninggalkan kita. untuk masa yang terhad ni harap berpeuang untuk menambah ibadah. :)
selamat berbuka puasa semua...

Monday, 14 July 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80



Assalamualaikum semua.. Rasanya dah lama tak join contest kat blog ni :). tapi tertarik dengan giveaway Ummudd80 ni. Nak join jugak?? Klik banner kat atas. Hadiah menarik $$ menanti peserta bertuah.. 

Klik banner diatas dan akan direct ke blog UMMUDD80 untuk giveaway T&C. Apa tunggu lagi.. jom sertai :)


Friday, 4 July 2014

ramadan, 6

cepat sangat masa berlalu. sedar tak sedar hari ni dah hari ke-6 kita berpuasa. rasa tahun ni sedikit berbeza. walaupun ofis hour sampai pukul 4.30ptg jer tapi macam tak sempat nak prepare makanan yang best untuk berbuka. dah macam tak ada idea nak masak apa. jenguk-jenguk kat blog pun rasa tak bersemangat jer nak masak. tak tahu apa sebabnya.

untuk sahur pun sama jugak. memang untuk saya me prefer makan roti jer. tak makan nasi pun. tapi tulah, tak  berselera. hopefully akan berubahlah selera untuk hari-hari akan datang. selera makan dan selera memasak jugak :)

Sunday, 8 June 2014

Environment Day

Having fun at CMK environment day. First time organising such big event. Consider good achievement for myself. A lot to improved but overall i'm happy. Till next event.

Sunday, 16 February 2014

2 bulan

2 bulan tanpa post. fuhh.. sangat busy bila dah berpindah tempat kerja. masih dalam process menyesuaikan diri. ada yang best dan ada yang kurang memberangsangkan. tapi adatlah. kena pandai dan tabah menghadapi setiap cabaran.

tempat kerja baru bermaksud, jangkaan baru daripada bos. diorg hired me for few reason yang saya sendiri tak sure. yang penting, it's a HUGE responsibility.

second week dah kena attend training kat batam. first time sampai sana. nasib baik ada direct flight ke sana. dan paling nasib baik, ashraf dapat temankan. he refused to le me go there by myslef. even saya sendiri pun tak berani. dan sebulan 3 weeks after that, sekali lagi kena ke sana. nothing interesting la.

banyak nak cerita tapi cukuplah kot. dan sekarang, i'm working in a cubicle. mula-mula jakun jugak sebab sebelum ni dah biasa bekerja dalam bilik berdua jer. sekarang macam berada kat island, kat tengah-tengah office. so, susah skit nak berblog, berfb & bertwitter bagai. just kdg2 guna hphone je.

rasanye tu je lah. till then, bye.

assalamualaikum

p/s target menuju berat ideal tu tinggal harapan jer la. kenapalah susah sangat nak disiplinkan diri. humm

Monday, 16 December 2013

HERWORLD Cooking Workshop


HERWORLD Cooking Workshop berlangsung kat Bens Independent Grocers (B.I.G - Publika) sabtu lepas. First time join cooking workshop ni. seronok. tengok demo memasak dan boleh try masakan dari chef.

Haritu chef Christine yang masak. She's working kat B.I.G tu. Masa demo tu, dia masak full course. dari appetizer ke dessert within 2 hours jer. of course some meals dia dah prepared.

Appetizer : Wantan filled with nutella
Main Course 1: Ayam Percik
Main Course 2: Chicken Snitzel with special Source
Dessert: Pineapple Steamed Cake
 
 Semuanya yummy and healthy. Chef masak menggunakan minyak masak (vegetable oil) yang minimum. Chicken Snitzel tu macam chicken chop la tapi rasa lafi best tambah pulak sos masam manis tu.

Happy dan enjoy sangat join workshop ni. lainkali mesti datang lagi (kalau terpilih la)
 
 


dan ni adalah goodies bag dan hadiah sebab simple quiz. berbalaoi. Dalam goodies bag, ada macam-macam dan semua dari sponsor (neu vida, bosch, tupperware, B.I.G). masa memasak tu, chef guna kitchenware dari tupperware called tupperchef. Nampak best sangat tapi bila tengok katalog, harganya buat terperanjat. RM2K tau. haishh, berangan jerlah. good investment tapi not affordable at all :)


great, till then bye :)




Thursday, 5 December 2013

kantoi

 
semalam saya kantoi. makan-makan-makan dari pagi hingga ke malam. manalah nak berjaya kalau tak disiplinkan diri. dah makan baru nak menyesal :(
 
 


mana boleh saya nak tolak bubur asyura tu. special ada kat pantai timur jer tau. bila makan tu, teringat masa-masa kat kampung. rindu...

lunch pulak makan spagetti kat pak li kopitiam. rasanya agak manis. lagi best yang saya masak :)
 
snacking time petang makan yogurt dengan kiwi. yummy
 
balik rumah, husband request nak makan nasi ayam. makan sikit, temankan dia makan. tak sampai hati pulak biarkan dia makan sorang-sorang.
 
macam mana nak kurus ni????

Wednesday, 4 December 2013

ingatkan senang.


bila dah start consume herbalife ni, ingatkan senang nak control dan disiplinkan diri. rupanya susah sangat. nak ubah rutin makan ni memang mencabar, tambah pulak godaan yang mendatang.
 
semangat kena kuat. selain tu, saya rajinkan diri baca cerita kejayaan orang lain. memang perlukan usaha yang bersungguh. memang tak de perubahan penurunan berat badan lagi, tapi saya akui rasa selesa sikit dengan badan ni.
 
teruskan usaha!!


 

Thursday, 28 November 2013

HerbaLife Day 1

Bermulalah perjalanan menuju berat ideal.
 
First day consume HL ni, still tak biasa lagi. Cuma ambik shake for breakfast. Teamix pun minum around 1 liter jer. Fuhh. nak habiskan 1 liter tu pun rasa sukar. tapi harus diteruskan jugak!
 
Bila minum shake ni, boleh rasa perbezaan. tak delah rasa lapar sangat dan boleh survive sampai lunch hour. Tapi malangnya dah terbiasa lunch makan macam tak ingat dunia, semalam terbabas jugak. Makan nasi kerabu sepinggan. hancuss diet. Dinner pulak makan nasi tapi boleh control la portion tu.
 
kena kuatkan semangatlah untuk kuruskan badan ni. takut sia2 jer beli produk mahal-mahal tapi tak membantu. Saya nak sihat! tu yang penting

 

Wednesday, 20 November 2013

saya dan "menuju berat ideal"

 
assalamualaikum.
 
 
wahhhh... dah lama tak jenguk blog ni. dah naik bersawang dah. been really busy nowadays. worklife macam biasa. tengah menghitung hari ni. tak sabar nak merasa pengalaman kat tempat baru.
 
nothing much nak cerita. basically last few days, saya dah made a decision untuk try to consume supplement product untuk reduce weight. seriusly tak selesa dengan keadaan diri sendiri sekarang ni. buat kerja sikit dah rasa mengah. kadang-kadang solat pun mengah. bahagia perut ni dah tak terkawal. buncit semacam jer. kang kalau orang tegur pregnant, terasa hati la pulak. baiklah sedar keadaan diri sendiri.
 
dengan itu, saya akan start consume herbalife. actually memang dah lama plan nak try tapi keadaan tak mengizinkan. nak commit few hundreds per month rasa menggigil jugak tangan ni.

tapi dah nekad so i contact ex schoolmate masa kat muar dulu. saya try basic package dulu. bukan tak yakin tapi masa tengah2 bulan ni mane nak cekau duit banyak2. ni sebagai permulaan dulu. kita tengok hasilnya lah. at least boleh reduce 3-4kg sebulan pun dah bersyukur dah.
 
i'll try untuk buat journal "menuju berat ideal" dan akan try kongsikan tips (ceh berangan). Manelah tau, sambil saya cari info, saya boleh share denagn semua orang jugak kan. sharing is caring, right.
 
till then, bye...
 
 
 


Wednesday, 30 October 2013

hi there...


dah lebih sebulan tak de entry kat blog ni. been quite busy bila dah comes to the year end. rasanya orang lain, year end dah planning untuk habiskan cuti. ni terbalik pulak.

anyway, akan ada big change in my life next month. hopefully keputusan ni adalah yang terbaik. perasaan takut tu mestilah ada tapi inilah risiko yang perlu ditempuhi.

will try to be more consistent dalam menulis diblog ni. sekarang, anything just update kat twitter. lebih mudah.

well, see you soon :)



Friday, 20 September 2013

struggle


for a past few days, i was struggling with an audit. the outcomes?? was too bad and i hold 70% of the responsibilities.

sad. angry.

but still i have to face the truth and move on.

hopefully that was the last time.

hopefully