Tuesday, 19 February 2013

2D1N @ Intekma Resort

re-treat JMB Bestari 16
16 & 17 feb 2013

banyak sungguh halangan sebelum re-treat ni berlangsung. penat bila melihat betapa ashraf berhempas pulas nak pastikan event tu berjalan lancar. dari persiapan documentation hinggalah persiapan untuk BBQ nite. ke hulu hilir, beli itu ini... letih. tapi finally berjalan agak lancar. ada jugak terdengar suara-suara yang kurang menyenangkan tapi tu adatlah. kita dah buat yang terbaik, tapi tak semestinya indah dipandangan mata orang lain. abaikanlah. jom tengok apa ada kat intekma resort ni.


 perabut era 80an kat ruang tamu tapi ada flat screen tv



kotak misteri kat dapur. rasa cuak jugak nak buka. macam dalam cerita mistik pulak. beranikan diri buka perlahan-lahan. laaa... tempat simpan coffee 3in1 rupanya. huh.



 katil kat dalam bilik. bau bilik macam dah lama tak berpenghuni tapi air-cond berfungsi dengan baik. tapi tak dapat tidur dengan nyenyak sebab lenguh bahu akibat mengipas BBQ.



 langsir yang agak usang. kat luar boleh nampak pemandangan hutan. tak ada apa yang menarik pun.



 BBQ night. tak sempat nak capture banyak photo. sibuk menguruskan meja hidangan. cehh.. mengalahkan tuan rumah jer. BBQ malam tu ada ayam, seafood dan frankfurter. Ada juga nasi & bihun goreng. kenyanglah.



dan dipagi hari, menjamu selera kat pendeta cafe. selection food tak banyak sangat. rasanye semua disediakan oleh student UiTM. Rasa okaylah. boleh tahan.



 Frankfurter & baked beans



bubur nasi yang agak tawar sikit. dah tambah macam-macam perasa pun still kurang kick.



vanilla muffin penutup breakfast


Keseluruhannya boleh tahanlah. cuma jika diberi pilihan, better cari tempat lain kot. Rasanya dengan budget tu, kat seoang gold coat boleh lepas tapi banyak sangat alasan orang lain. jauhlah, kerjalah, itulah, inilah... tapi yang penting, misi re-treat ni berjaya. meeting AJK pun mendapat kata putus yang bagus untuk perancanagn tahun depan. hopefuuly, tahun depan boleh organized event ni lagi dan lebih best lagi..




2 comments:

Aziela said...

Ermm...kalau penat, mmg tak tidur lena kan.

tenku butang said...

done follow..jom singgah sini lak.. n follow sekali yea.. =) http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/wordless-wednesday-i-hate-this-bagi-3.html?showComment=1362620836873#c8233176151603559504