Tuesday, 19 February 2013

2D1N @ Intekma Resort

re-treat JMB Bestari 16
16 & 17 feb 2013

banyak sungguh halangan sebelum re-treat ni berlangsung. penat bila melihat betapa ashraf berhempas pulas nak pastikan event tu berjalan lancar. dari persiapan documentation hinggalah persiapan untuk BBQ nite. ke hulu hilir, beli itu ini... letih. tapi finally berjalan agak lancar. ada jugak terdengar suara-suara yang kurang menyenangkan tapi tu adatlah. kita dah buat yang terbaik, tapi tak semestinya indah dipandangan mata orang lain. abaikanlah. jom tengok apa ada kat intekma resort ni.


 perabut era 80an kat ruang tamu tapi ada flat screen tv



kotak misteri kat dapur. rasa cuak jugak nak buka. macam dalam cerita mistik pulak. beranikan diri buka perlahan-lahan. laaa... tempat simpan coffee 3in1 rupanya. huh.



 katil kat dalam bilik. bau bilik macam dah lama tak berpenghuni tapi air-cond berfungsi dengan baik. tapi tak dapat tidur dengan nyenyak sebab lenguh bahu akibat mengipas BBQ.



 langsir yang agak usang. kat luar boleh nampak pemandangan hutan. tak ada apa yang menarik pun.



 BBQ night. tak sempat nak capture banyak photo. sibuk menguruskan meja hidangan. cehh.. mengalahkan tuan rumah jer. BBQ malam tu ada ayam, seafood dan frankfurter. Ada juga nasi & bihun goreng. kenyanglah.



dan dipagi hari, menjamu selera kat pendeta cafe. selection food tak banyak sangat. rasanye semua disediakan oleh student UiTM. Rasa okaylah. boleh tahan.



 Frankfurter & baked beans



bubur nasi yang agak tawar sikit. dah tambah macam-macam perasa pun still kurang kick.



vanilla muffin penutup breakfast


Keseluruhannya boleh tahanlah. cuma jika diberi pilihan, better cari tempat lain kot. Rasanya dengan budget tu, kat seoang gold coat boleh lepas tapi banyak sangat alasan orang lain. jauhlah, kerjalah, itulah, inilah... tapi yang penting, misi re-treat ni berjaya. meeting AJK pun mendapat kata putus yang bagus untuk perancanagn tahun depan. hopefuuly, tahun depan boleh organized event ni lagi dan lebih best lagi..




#gangstercelop

apa ke hal, tajuk pun nak hashtag bagai. oklah, semalam berkesempatan  menonton filem baru gandingan skop & excellent pictures ni. tiket dapat dari peraduan anjuran media hiburan. dah lama tak tengok pre-screening movie melayu ni. last sekali cerita duyung KRU tu. dah berazaman dah... mujurlah slogan yang tak seberapa tu menarik minat pihak juri.

dalam email tulis masa nak redeem tiket, kena tunjuk majalah media hiburan terbaru. terkocoh-kocoh singgah mynews sebab nak beli majalah tu. kalau tak, takdelah nak beli. nak tahu gossip artis malaysia ni tak payah dari magazine, berlambak blog-blog gossip ni. tak payah keluar modal RM3.50 pun.



pass masuk. alamak, tak nampak pulak gambar pelakon utama kat atas tu. sorrylah, handphone cap ayam saya ni tak canggih mane pun :)


ni sebelum bermula tayangan. sepatah dua kata dari pengarah lah. pesan ahmad idham. "kalau movie ni best, ceritalah kat semua orang. tapi kalau ada yang tak best, beritahu dia sorang jer". dah macam motto kedai makan jer. tapi, saya nak kena bagitau pendapat saya lah kan. kalau saya puji melangit tak betul lah pulak. apa saya rasa, saya terus terang jer.


filem ni bergenre aksi komedi. mengisahkan aman & adam yang baru keluar dari penjara dan berazam nak cuci tangan dari gangsterism ni. ditugaskan menjaga anak ayahanda mat jambu, suzana yang baru balik dari london. dan kisah bermula bila aman, adam & suzana nampak mat jambu dibunuh oleh man cirit...


syamsul yusoff (adam), kamal adli (aman) ok la. hanis zalikha (suzana) rasanya belum sepenuhnya berjaya menjiwai watak. bapak mati kena tembak depan mata pun tak menangis tu. eh memanglah cerita ni ada twist sikit endingnya tapi biar real sikit la. tapi betterlah dari movie dia sebelum ni kot. kalau dia serius dalam bidang lakonan ni, ambiklah kelas lakonan. biar power knowledge. yus jambu (mat jambu) dengan lawak jingkalewa tu bolehlah buat orang gelak. tapi lakonan dan expresi nampak kaku sikit. azad (man cirit) tu no komen sebab saya kurang berminat sikit dengan dia ni. banyak dialog yang keluar dari mulut dia macam tak faham sangat. tapi ramai jer orang gelak. adegan yang tak masuk dek akal pun ada jugak. ade ke baru beberapa jam, si ton tu dah boleh lentok kat bahu aman. eh, biar betul.


keseluruhan. bolehlah layan bagi mereka yang suka dengan movie melayu ni. saya adelah gelak jugak tapi kalau part lawak2 tak mengena ni, rasa macam jelak jugaklah. masing-masing ada pendapat sendiri kan. ada masa, jengahlah cinema. sokonglah industri filem tempatan.


sekian, terima kasih (cewahh)

Friday, 15 February 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

begitu teruja nak join IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 ni. maklumlah, 30 hadiah yang ditawarkan tu semuanya best-best. so, apa lagi... jom join :)




klik banner di atas ^ untuk join
tarikh tutup 28 februari 2013
pemilihan pemenang : cabutan undi oleh alisha


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-
1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry


siap!!! senang kan. harapnya bertuahlah saya..




dah tak ada nama lain ke?

menjengah tesco cari barbeque grill untuk BBQ malam esok. eh, tiba-tiba mata terpaku kat satu kotak...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



tak teringat pulak nak belek kotak ni, tengok dibuat kat mana. china may be. agak mahal jugak. tapi kami beli brand lain la. lalu terfikir, apalah maksud perkataan ni dalam bahasa lain? :)



Wednesday, 13 February 2013

tak tentu arah

nak mulakan ayat pun dah tak tahu. boleh dikatakan overloaded dah. saya baru terima jawatan baru bulan lepas. totally different dari kerja saya sebelum ni. dan lebih mencabar. tapi it's a challenge for me. dan saya terima ni secara sukarela. dah spent 7 years as a chemist, now i'm officially QA & SHE Coordinator. memang saya minat dengan jawatan ni. dari dulu lagi saya aim untuk involve dalam bidang ni. that is why saya ambik master dalam SHE. at least ade lah jugak peluang saya manfaatkan ilmu 2 tahun di UTM Jalan Semarak tu. Mungkin rezeki saya masih di sini. tak terbuka jalan lagi untuk saya meneroka dunia luar. tapi saya yakin, akan tiba masanya.

dan yang lebih merumitkan, company tempat saya bekerja ni telah diambil alih oleh management lain. so, banyak benda yang nak kena tukar dan ini membuatkan proses pembelajaran saya lebih mencabar. terlalu banyak arahan diterima. bermacam report nak kena submit dan semuanya memang baru bagi saya. luckily saya keep in touch dengan ex-colleague yang pegang jawatan ni dulu. banyak yang dia bantu.

laluan hadapan masih banyak likunya. saya harus kental dan yakin dengan keupayaan diri. biasalah, adat bekerja. dengan semua kerenah, itulah pahit manisnya.

p/s bila kita keluar dari zon selesa, ada ketika akan terbit rasa kesal. tapi kena teruskan langkah. kerana jika tak, kita akan kekal disitu. itulah cabaran, itulah pengorbanan :)


january giveaway - tahniah pemenang

pertama sekali, TERIMA KASIH sebab sudi join GA saya ni. walaupun sambutan tak begitu menggalakkan, tapi say terima. mungkin followers saya tak ramai lagi. ada peluang, saya akan cuba naikkan jumlah followers. banyak lagi yang perlu saya improve untuk blog ni. oklah. straight to the point. saya nak umumkan pemenang untuk january GA ni. saya pilih melalui random.org




minta maaf banyak-banyak sebab lewat buat winner announcement. tahniah untuk pemenang.


sila emailkan detail (top-up maxis/digi/celcom) ke azelnay_03@yahoo.com