Sunday, 3 August 2014

raya tahun 2014 ni

salam aidilfitri untuk semua...

raya tahun ni saya gambarkan sedikit hambar. atas alasan apa pun saya tak begitu pasti.

raya pertama.
selepas solat sunat aidilfitri, terus ke rumah mak. sessi bermaafan dan makan-makan. hanya kami 4 beranak jer. ya dan keluarga beraya kat rumah PIL. after zohor, balik ke rumah. rutin tahunan semuanya batal. tak de majlis raya kat istana kayangan, rumah PM dan lain-lain..

raya kedua.
bertapa kat rumah jer. kawan2 semua dah balik kg. nak beraya rumah siapa lagi??? malamnya bertolak balik ke kelantan. excited nak jumpa family :)

raya ketiga.
sampai kat kampung halaman. how i missed bau pagi kat kampung. nyaman. pekena pulak nasi berlauk daging bakar. nikmat. tengahari menziarah wo. alhamdulillah she's good. masih bertenaga, gembira bersembang dengan cucu-cucu. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan wo. petangnya pergi beli tiket bas. malamnya plan nak pergi shopping kat wakaf che yeh. tapi kereta pulak buat hal. time ni lah nak rosak. sabar jer lah

raya keempat.
bangun pagi, masak rendang. kebetulan ma buat pulut kuning untuk majlis pertunangan adik mok uda. dahlah ashraf dah lama teringin pulut kuning. cukup sekadar mengubat rasa teringin. tak boleh makan banyak sangat. petang, ke majlis kenduri kesyukuran rumah mok cik. terasa sebak bila berpelukan dengan santi. menggamit memori masa kecik. betapa cepat masa berlalu, masing-masing dah ada kehidupan sendiri. tapi kenangan indah & nakal masa kecil, tetap tersemat di sudut hati..

malamnya, seperti biasa kalau musim perayaan tak sah kalau tak chaos masa naik bus. beli tiket bas shamisha ekspress tapi bila sampai kat bus stand, boleh pulak cakap bus rosak. kena tukar naik bus tambahan. hangin betul la. dah la lewat, nak kena tukar2 bus pulak. hmmm, pasrah je lah. akhirnya pukul 8.30am sampai kat shah alam.

raya kelima & seterusnya...
rutin harian macam biasa.


one and only photo hari raya :)



Friday, 25 July 2014

cerita tentang atam

ATAM, penunggu setia diparking lot tingkat satu. Kucing liar yang mahukan belaian. tiap pagi, setia menunggu kat tepi kereta hinggakan kalau sehari kami tak nampak dia, mesti risau & tertanya-tanya. Nak bela kat rumah, kami tak mampu pikul tanggungjawab tu. Tak nak terlalu attached sangat dengan atam ni, takut if anything happened kat ia, kami sedih pulak. Cukuplah kami pastikan makan & minum ia terjaga.


Thursday, 24 July 2014

cuti raya berapa hari???

mesti semua dah tak de mood nak kerja ni. lagipun ramai yang dah start cuti. keadaan ofis ni cam biase jer sebab muslim tak ramai sangat.

so, raya ni ambik cuti full week la. Raya ke-3 balik kelantan. hopefully perjalanan  lancar la. tak nak lah sangkut dalam jem. balik sana 3 hari je kot. maklumlah cuti tak lama. tu yang tak best bile belum confirm kerja. cuti prorate lagi. haishh masih menanti jawapan boss untuk confirmation. lamanya dia ambik masa. maklumlah busy memanjang. GM lah katakan.

Ramadan bakal meninggalkan kita. untuk masa yang terhad ni harap berpeuang untuk menambah ibadah. :)
selamat berbuka puasa semua...

Monday, 14 July 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80



Assalamualaikum semua.. Rasanya dah lama tak join contest kat blog ni :). tapi tertarik dengan giveaway Ummudd80 ni. Nak join jugak?? Klik banner kat atas. Hadiah menarik $$ menanti peserta bertuah.. 

Klik banner diatas dan akan direct ke blog UMMUDD80 untuk giveaway T&C. Apa tunggu lagi.. jom sertai :)


Friday, 4 July 2014

ramadan, 6

cepat sangat masa berlalu. sedar tak sedar hari ni dah hari ke-6 kita berpuasa. rasa tahun ni sedikit berbeza. walaupun ofis hour sampai pukul 4.30ptg jer tapi macam tak sempat nak prepare makanan yang best untuk berbuka. dah macam tak ada idea nak masak apa. jenguk-jenguk kat blog pun rasa tak bersemangat jer nak masak. tak tahu apa sebabnya.

untuk sahur pun sama jugak. memang untuk saya me prefer makan roti jer. tak makan nasi pun. tapi tulah, tak  berselera. hopefully akan berubahlah selera untuk hari-hari akan datang. selera makan dan selera memasak jugak :)

Sunday, 8 June 2014

Environment Day

Having fun at CMK environment day. First time organising such big event. Consider good achievement for myself. A lot to improved but overall i'm happy. Till next event.

Sunday, 16 February 2014

2 bulan

2 bulan tanpa post. fuhh.. sangat busy bila dah berpindah tempat kerja. masih dalam process menyesuaikan diri. ada yang best dan ada yang kurang memberangsangkan. tapi adatlah. kena pandai dan tabah menghadapi setiap cabaran.

tempat kerja baru bermaksud, jangkaan baru daripada bos. diorg hired me for few reason yang saya sendiri tak sure. yang penting, it's a HUGE responsibility.

second week dah kena attend training kat batam. first time sampai sana. nasib baik ada direct flight ke sana. dan paling nasib baik, ashraf dapat temankan. he refused to le me go there by myslef. even saya sendiri pun tak berani. dan sebulan 3 weeks after that, sekali lagi kena ke sana. nothing interesting la.

banyak nak cerita tapi cukuplah kot. dan sekarang, i'm working in a cubicle. mula-mula jakun jugak sebab sebelum ni dah biasa bekerja dalam bilik berdua jer. sekarang macam berada kat island, kat tengah-tengah office. so, susah skit nak berblog, berfb & bertwitter bagai. just kdg2 guna hphone je.

rasanye tu je lah. till then, bye.

assalamualaikum

p/s target menuju berat ideal tu tinggal harapan jer la. kenapalah susah sangat nak disiplinkan diri. humm