Thursday, 22 August 2013

world tour 2013 | linkin park & metallica

bulan august ni ada 2 konsert artis antarabangsa. linkin park & metallica. as usual, i tried my best untuk dapatkan free tickets.
 
dan tuah saya dapat free 1 pair linkin park tickets dari twitter firefly. Tics bernilai RM195 each.
 
 


agak malang, seat arrangement yang organizer ni buat tak best langsung. kami duduk nun jauh ke belakang. view stage terhalang oleh structure besi pulak tu. dapat tengok pun melalui screen kat tepi stage. agak hampa. padahal banyak jer space kosong kat padang tu. maybe they expect ramai orang yang akan beli tics mahal tu. ticket paling murah adalah RM95 dan paling mahal rasanya RM680.
 
overall konsert sangat best. tenaga luar biasa dari linkin park. apa yang best kalau pergi konsert ni adalah kita boleh melalak sing along dengan lagu favourite kite. malam tu ada jugaklah yang menari-nari kan. up to them lah. dah bayar ticket mahal kan. mana boleh nak halang.
 
next time linkin park datang, akan make sure dapat seat yang lebih baik. baru boleh nampak mike shinoda dari dekat :)
 
 
semalam, konsert metallica kat stadium merdeka. tapi kami duk kat luar jerlah. just enjoy the music sambil beli merchandise. nak beli tiket, mahal sangat. rasa macam tak worth pulak. ticket paling murah RM195 tapi dah sold out pun. tinggal yang RM380 ke atas. so, dengar jer lah kat luar stadium. lagipun ramai jer orang kat situ. saya tak minat mettalica ni. cuma husband beria nak pergi. ikutkan jer lah.
 
apa yang berbeza tentang konsert ni adalah crowdnya. konsert mettalica ni macam menakutkan jer. semua pakai baju hitam ada gambar tengkorak dan macam-macam imej lain lagi. yelah, kumpulan rock kan. mestilah imej macam tu. ada yang rambut panjang dan macam-macam lagilah.
 
nak tengok mettalica punya pasal, ada yang sanggup panjat tangki air, panjat pokok. ada yang sampai rosakkan pagar stadium semata-mata nak masuk tengok konsert. polis dan pasukan Rela ada jer kat sana tapi susah nak kawal crowd yang ganas ni. sampai ada yang bertumbuk dengan Rela. gerun tengok. this weekend mettalica buat konsert kat singapore pulak. mesti lagi ramai kat sana.
 
kadang-kadang bila tengok konsert ni boleh release stress especially bila band yang kita suka perform. artis malaysia ni jarang saya pergi sebab tak berapa minat sanagt. yang selalu pergi pun konsert jamal abdillah je :)



Thursday, 15 August 2013

cerita raya

 
selamat hari raya semua!!!
 
 
well, raya tahun ni sama jer macam tahun sebelumnya. tak meriah sangat. biasalah, hanya kami berdua sahaja...
 
malam raya, biasalah. menjengah ke jalan TAR. bukan shopping apa pun. saja tengok kemeriahan dan kesesakan manusia.
 
 
gambar tak clear sangat ye. tapi punyalah lama pusing-pusing nak cari parking. dahlah mahal. ade sesetengah parking tu sampai RM15. ambil kesempatan sungguh. jalan-jalan kejap. pukul 12, balik.
 
 
pagi raya pertama, selepas solat raya kat masjid, kami ke istana bukit kayangan. acara wajib tahunan ni.
 
lepas tu ke seri perdana.
 

istana bukit kayangan, shah alam.

seri perdana

  goodies dari seri perdana. mug lupa nak snap gambar.


dan raya ke4, melawat grandmom kat kampung. missed them already.

 
tak banyak snap picture pun. tapi sekurang-kurangnya adalah gambar untuk kenangan.

 
 
 


Monday, 5 August 2013

buka puasa @oneworldhotel

 hasil contest majalah nona julai. dapatlah ramadan buffet fot 2 kat one world hotel ni. overall memang best. banyak selection of foods. macam-macam ada tapi satu yang paling diharapkan pulak tak ade, butter prawn. kecewa sikit kat situ.
 
Kami arrived pukul 5. cuci mata kat one utama dulu sambil solat asar. kan hotel ni attached with one utama. pukul 7 baru gerak ke Cinnamon Cafe, Oneworld Hotel. Masa ni memang dah ramai tapi takdelah too crowded. bolehlah jalan dengan selesa. Ruang buffet ni luas. Ade beberapa hall. Rasenya hari tu jer adelah dalam 700 orang. Untung sungguh hotel ni. Yelah, kalau adult RM 128 and kids RM 68.
 
 Bila tengok resevation card kat meja semua, yang datang kebanyakkan Dato' dan company-company. Alhamdulillah rezeki kami dapatlah makan besar.
 
 
pilihan husband mestilah nasi. nasi beriyani denagn kari ayam, ayam percik...
 

 ambik gambar dulu buat kenangan. cewah..
 
 
ada sate & otak-otak.


my favourite. sedap sangat. lagipun chef masak on the spot. Boleh pilih macam-macam pasta. Tapi Bolognese tetap dihati lah.


Mashed potato, beef, chicken & saute vege.
 

udang masak masam manis, ketam masak kicap, murtabak, daging masak kicap..
 
 
Alamak, kecur air-liur pulak masa buat entry ni. tapi memang best. Yang nak dijadikan cerita, meja kami bersebelahan dengan meja kak rock "kiah propa". Adalah bersembang sikit-sikit. Peramah kak rock & husband dia.
 
Ok. Insyaallah, next year kalau masih ada rezeki kita pergi lagi. try hotel lain pulak. kalau dapat free pun best jugak :)


Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

Jom join kontest best ni. mane tau dapat rezeki duit raya dari fuh.my, media-siber dan gempak.org.
Klik banner kat bawah ni untuk syarat & peraturan kontest.
 
 

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi

Tempat pertama – Wang tunai RM500
Tempat Kedua – Wang tunai RM300
Tempat Ketiga – Wang Tunai RM100
Tempat Keempat – Topup/ Wang Tunai RM50
Tempat Kelima – Topup/ Wang Tunai RM30
Tempat Keenam – Topup/ Wang Tunai RM20
Tempat Ketujuh Hingga Ke 16 – Topup/ Wang Tunai RM10
50 Pemenang Bertuah x Topup/ Wang Tunai RM10



dan untuk penyertaan, kena teka jumlah syiling kat bawah ni. saya teka...
 
RM 85.50


senang kan.