Showing posts with label coca-cola. Show all posts
Showing posts with label coca-cola. Show all posts

Monday, 13 May 2013

coca-cola collectors fair 2013

Coca-Cola Collectors Fair 2013 tahun ni kat Berjaya Times Square, ahad lepas. tahun ni happening sikit. mungkin sebab last year venue kat publika, tempat ekslusif so tak ramai yang pergi.

penyertaan exhibitors tahun ni lagi ramai. ada yang dari singapore, thailand dan indonesia. best. banyak lagi new items yang dipamerkan. so, saya snap la gambar-gambar yang saya rasa menarik.

saya lebih tertarik pada decorative glass bottles. banyak yang melibatkan fesyen seperti marc jacobs, karl lagerfield dan macam-macam lagilah...









dan cans pon banyak yang cantik-cantik...





tray & papercups...



dan ni gambar kaki saya kat times square...



great event dan free flow of coke. tapi tahun ni tak banyak pun hasil tangkapan. cuma beli glass, bottle opener dan few other items. overall, it was fun!



Thursday, 10 January 2013

coke dan kami

ada 9 botol minute maid pulpy. dibeli dengan hati yang paksa rela. kenapa??? untuk dapatkan benda kat bawah ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




dengan pembelian minuman keluaran coca-cola company bernilai RM38, baru boleh dapat benda ni. ashraf nak beli satu lagi tapi saya cakap tunggu dululah. tak larat nak habiskan minute maid tu. nasib baiklah boleh pilih minute maid tu. kalau kena beli coke jer, jenuh la kena kencing manis. tahu-tahu jer lah bahaya coke ni.

lagi satu, coke ni memanglah. masa ada contest minum dan menang hari tu, tak ada pulak promosi ni. geram betul lah. memang promotion coke merchandise ni berterusan dan tapi tak laratlah kalau nak beli banyak-banyak. bukan masalah duit tapi kesan jangka panjang tu. dah beli, takkan nak buang pulak kan. huh.. ni la dilema pengumpul merchandise coke.



Tuesday, 20 November 2012

coke collectors fair @publika

"dia" kan crazy about coke collectibles. so, event ni mestilah diterjah. actually ni 2nd event yang kami attend. last year pegi jugak tapi mase tu dah lewat sangat. sampai jer semua dah bungkus barang. so, kali ni awal-awal dah plan. dah google cari lokasi publika. first time jejak kaki ke sini. impressive. maklumlah shopping complex orang kaya.. 




can dari serata dunia. kami tak beli banyak sangat can ni. cuma yang special occasion jer. quite cheap. rm5 per can. macam-macam saiz, corak ada. menarik. pengumpul coke ni macam-macam. ada yang kumpul can sahaja. ada yang kumpul glass bottle sahaja. ada yang cuma kumpul collectibles sahaja. dia dalam kategori kumpul caca-marba. semua sapu asalkan menarik. coke gambar mawi & zahid mase tengah glamer pun ade. 



some items yang dipamerkan. memang menarik sangat event ni. next year mesti terjah lagi. hopefully buat kat sini jugak lah. tempat yang selesa sangat. parking pun murah. 




balik rumah, malas pulak nak snap photo items yang kami sambar kat event ni. melayang jugaklah RM300. tapi tak apalah, minat kan. kami beli collection can dari korea dan thailand. Coin bank coke. dan macam-macam lagilah. ada masa nanti saya update (tu pun kalau ingatlah).

apa yang "unhealthy" pada hari itu adalah kami berdua minum 3 cans of coke sorang. bayangkanlah berapa jumlah gula yang kami consume. hari tu coke ade buka booth distribute cold can coke. sambil jalan, minum... sedar-sedar dah 3 cans dah kami minum. cepat-cepat sedar diri. bahaya sungguh.