Wednesday 29 May 2013

wajib tonton | bikerskental

bikerskental @ GSC, Pavillion

filem yang bagus kalau nak dibandingkan dengan filem-filem MIG melayu lain. boleh layanlah. kalau anda suka genre komedi memang kena tengok filem ni.

mengisahkan bidin al-zaifa yang sangat obses dengan motor berkuasa tinggi tapi tak mampu nak beli. tiap-tiap bulan simpan duit gaji untuk beli aksesori bikers jer. selepas insiden dia terjumpa duit dan beli motor, bermulalah pengembaraan ke krabi yang mendebarkan (cewah). apa yang best pasal filem ni ialah kita berpeluang tengok keadaan kat thailand. banyak tempat yang cantik. rasa teringin pulak nak bercuti kat thailand ni. mesti seronok kan :)

tapi satu jer yang saya tak berkenan sangat dengan zizan ni, dia suka sangat buat muka macam orang ghairah dan menari ala-ala lucah. dah macam trade mark dia pulak aksi-aksi macam tu. tapi mungkin orang lain tak kisah pun.

filem ni banyak jugak lah mainkan perasaan kita. ada part sedih, geram dan macam-macam lagilah. tak menghampakan langsung tengok filem ni. so, korang mesti tengok tau samaada kat cinema atau tunggu kat astro first nanti. nak download pun terpulanglah :)





Wednesday 22 May 2013

epic 2013

epic @GSC, Paradigm Mall.
thank EH!

great movie. satu family boleh enjoy. cerita ni sarat dengan mesej yang baik. ditambah dengan cinematography yang cantik. semalam kami tengok 2D jer. kalau nak lagi best, tengok 3D. confirm terpegun.

cerita ni mengisahkan Mary Katherine (MK) yang pulang berjumpa ayahnya. Parent MK divorce sebab ayah MK ni obses nak cari makhluk kerdil. semua orang tak percaya kat dia even MK sendiri. dan bila MK sendiri jadi makhluk kerdil baru dia tahu yang ayahnya betul. dan bermulalah pengembaraan MK bersama Leafman untuk menyelamatkan hutan daripada Boggans yang jahat. tambah pulak ade Mub and Grub. ada adegan lucu, suspens dan macam-macam lagilah. you & your kids will love it. ngam-ngam pulak tayangan start masa nak cuti sekolah. Paernts yang belum decide nak buat aktiviti apa-apa dengan anak, bolehlah bawa anak-anak tengok movie ni kan :)


 semalam pulak kat Paradigm Mall ade event untuk launching drama Korea baru. saya tak ambil tahu pun sebab tak minat sangat dengan drama korea ni. tapi mak aih ramai sungguh sampai rasa bergegar mall ni bila diorang menjerit. fanatik betul tak kira melayu atau cina. mungkin best kot drama ni tu yang semua orang teruja.



sebelum pegi mall semalam singgah kat mamak. kebetulan ada bai jual roti kat tepi mamak tu. terus ashraf beli keropok durian ni. nostalgia sungguh. rasa macam dah lama tak makan keropok ni. kalau masa kecik-kecik dulu memang favourite lah ni. terus rasa rindu zaman kanak-kanak. rasa keropok ni masih lagi sama cuma saiz macam dah kecik sikit. tapi yang penting, memang sedap.



Friday 17 May 2013

#thegreatgatsby 2013

the great GATSBY, 15th May 2013, GSC, MV


semalam berpeluang menonton pre-screening the great GATSBY. ada leonardo diCaprio dan tobey mcguire sebagai teraju utama. the rest, saya tak familiar sangat. cerita berlatarbelakangkan tahun 1922. movie ni adaptasi novel by F. Scott Fitzgerald.

duration movie ni dalam 2 jam 15 minit. dan diklasifikasikan 18PL. interesting movie especially those who loved to watch movie by Baz Luhrmann (Moulin Rouge, Romeo & Juliet, etc...). movie ni berkisarkan pengalaman Nick Carraway (tobey) bersama Jay Gatsby (Leo). Gatsby adalah seorang yang kaya raya tapi misteri. Kesetiaan & cinta terhadap Daisy yang akhirnya memakan diri. bagaimana dia terlalu obses dengan daisy dan sanggup buat apa shaja untuk dia.

nak tahu lebih lagi? bolehlah watch movie ni. recommended by me :)



Tuesday 14 May 2013

saat & ketika

akan ada satu saat bila kita rasa tak puas dengan apa yang kita ada. sering tertanya, kenapa aku tak macam orang lain? kenapa aku tak dapat apa yang aku nak? segalanya bermain difikiran dan jelas sekali menganggu kehidupan seharian.

mungkin ada yang akan kata, tak baik kau tak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. ya, itu benar dan tak pernah sekalipun hakikat ini dinafikan.

i'm just a normal human being. going through ups & down and at some point, i felt very stressfull. Allah, please give me strength.




7 years and counting. we'll be waiting for you, baby...



Monday 13 May 2013

coca-cola collectors fair 2013

Coca-Cola Collectors Fair 2013 tahun ni kat Berjaya Times Square, ahad lepas. tahun ni happening sikit. mungkin sebab last year venue kat publika, tempat ekslusif so tak ramai yang pergi.

penyertaan exhibitors tahun ni lagi ramai. ada yang dari singapore, thailand dan indonesia. best. banyak lagi new items yang dipamerkan. so, saya snap la gambar-gambar yang saya rasa menarik.

saya lebih tertarik pada decorative glass bottles. banyak yang melibatkan fesyen seperti marc jacobs, karl lagerfield dan macam-macam lagilah...









dan cans pon banyak yang cantik-cantik...





tray & papercups...



dan ni gambar kaki saya kat times square...



great event dan free flow of coke. tapi tahun ni tak banyak pun hasil tangkapan. cuma beli glass, bottle opener dan few other items. overall, it was fun!



Friday 10 May 2013

30+ dan jamu mak dara

bila umur dah masuk 30+  ni, rasanya dah perlu start ambik supplement la. badan pun dah mula rasa sakit-sakit. buat kerja sikit pun macam cepat lemah. Jadinya, gigihlah saya mengoogle apa produk yang bagus. sebagai permulaan, saya cubalah jamu mak dara. malam tadi baru start consume. buat masa sekarang ni tak ada rasa sebarang perubahan lagi. yelah, takkan dah nak terus ada kesan kan. kena maintain makan dulu.

kebaikkan utama jamu mak dara ni adalah untuk perlancaran darah. bila blood circulation kita ok, toksin akan senang disingkirkan. tulah badan akan rasa sihat dan bertenaga. (ceh, ayat macam medical doctor pulak.) tambahan pula jamu mak dara ni boleh bantu menyeimbangkan hormon wanita. nak tahu lebih lanjut, boleh lah google ye.


cara consume yang disarankan 2 kapsul pagi dan 2 kapsul pagi malam. consume jamu ni sebelum makan. tapi untuk permulaan ni, saya makan sebiji jer. takut jugak tak sesuai dengan badan dan ada effect yang tak bagus. kita tengok dulu kesannya. kalau ok, then boleh makan seperti yang disarankan. satu botol jamu ni ada 60 kapsul. harga RM49. tapi biasa kedai akan bagi diskaun sikit la. saya beli hari tu RM45. Kat dalam internet, ada juga yang buat promosi tapi saya prefer beli terus jer kat kedai jamu. lagi convenience.


kita tunggu jer hasilnya. dan hopefully saya maintainlah makan jamu ni :)




Thursday 2 May 2013

GiveAway Hijab Square by Nadnod Azizan


klik banner untuk join
GA tamat 5 May 2013


  1. FOLLOW blog ini nadnodazizan.blogspot.com
  2. Like Fan pagedi facebook. (CLICK SINI)
  3. untuk yang ada blog, create an entry showing which hijab square based on the 5 design you like the most and why :) sila tinggalkan comment dibawah entry ini berserta nama dan url entry tersebut.
  4. untuk yang tak ada blog, just leave a comment on facebook saying which design you prefer the most and why.


manis dipandang bertudung ayu,
molek peribadi, penambah seri,
koleksi cantik. dijamin bermutu,
berkenan dihati segeralah miliki.





Rambang mata banyak pilihan,
semua cantik, semua berkenan,
Heart-shape design menjadi pilihan,
cantik digayakan, senang dipadan.


so, jangan tunggu lagi, cepat join  GA ni ye.