Thursday 31 January 2013

january giveaway




simple giveaway untuk menghargai pembaca blog ni. caranya mudah saja. tak perlu buat entry. komen (nyatakan azam tahun 2013 anda) di entry ini. jangan lupa follow blog ni ye.

hadiah untuk 2 peserta bertuah. RM10 cash atau top up
GA tamat pada 31 januari 2013


bullet to the head

bullet to the head @ GSC, Midvalley
30.01.13
Thanks tupai.com.my



well, tengok tajuk pun dah tahu kan movie ni genre apa. keseluruhan, movie ni memang ganas. aksi tembak-menembak, darah terpancut tu memang banyak. dan mencarut sepanjang masa. Stallone nampak too old. walaupun body still tough berketul-ketul tapi nampak macam tak fit. jalan pun terhuyung-hayang. mungkin kesan too much steroid kot. for those yang memang enjoy action movie, bolehlah watch this movie. duration movie ni dalam 100 minit jer. tak lama sangat. dan keegan so bad-ass!

jangan lupa ke cinema ye. Bullet to the head opens today (31.01.13)
.

kalau pergi Mid Valley, tak sah kalau tak pekena ikan pari bakar portugese grill (Foodcourt). Sedap.


Tuesday 29 January 2013

the impossible

The Impossible @ TGV, Bukit Tinggi
27th January 2013
Thanks Mr. Husband :)


 fuh, rasanya dah lama tak tengok movie berbayar ni. dah mahal harga tiket skrg ni ye. RM14. Bile tanya kat adik kaunter tu harga tiket 3D, RM21 katanyer... mak aih. mesti menggigil tangan nak bayar tuh. nasib baiklah selalu dapat tiket free. jimat belanja :)

movie ni memang ashraf nak tengok sangat2. biasalah, dia memang suka tengok cerita "based on true story ni". lagi pulak kalau pasal tsunami ni. sebelum tengok, saya ada baca review. mostly orang cakap cerita ni memang menyayat hati. dan bila dah tengok, memang betul lah. main emosi jugaklah especially masa kat hospital bila diorang re-unite tu. efek memang real. tapi kalau dibuat dalam 3D, memang lagi best la.


rasanya movie ni dah lama kat cinema. tapi masih ade masa lagi kot kalau nak tengok. saya recommend korang tengok movie ni. at least dapat merasai betapa cemasnya situasi tu. tak dapat dibayangkan kalau kita berada dalam situasi macam tu. minta dijauhkanlah bencana alam ni, tapi semuanya ketentuan Allah SWT kan.

Friday 25 January 2013

Hansel & Gretel 2013

Hansel & Gretel pre-screening
22 jan 2013 @ GSC, 1Utama
Thanks sinar.fm


Hansel & Gretel, semua mesti tahu cerita ni kan. pasal budak-budak yang sesat kat hutan, then jumpa candy house yang dimiliki ahli sihir yang makan budak. well, basically plot cerita masih sama cuma diolah dengan cara yang lebih thrill. macam dah tak sesuai untuk budak-budak sangat sebab agak ganas. 

Kisah Hansel & Gretel yang ditinggalkan kat dalam hutan. Why?? sebab mak mereka ni ahli sihir baik dan telah difitnah. kerana takut hansel & Gretel ni turut dibunuh, parents diorang tinggalkan mereka kat dalam hutan. mak & ayah diorang ni dibakar dan dibunuh oleh orang kat bandar tu sebab masa tu mereka memang akan bunuh sesiapa sahaja yang mengamalkan ilmu sihir.

then kat hutan tu, mereka jumpa candy house. mereka masuk dan ditangkap oleh ahli sihir yang jahat. Hansel dikurung dan diberi makan sebab nanti ahli sihir tu nak makan Hansel. Gretel pulak dipaksa buat kerja. Akhirnya mereka berjaya bunuh ahli sihir tu. Ahli sihir tu kena bakar. dan dari situlah bermulanya adventure mereka sebagai witch hunters.

...

nak tahu cerita selanjutnya?? kenalah tengok sendiri. gerenti tak rugi. nak lagi best, tengoklah 3D. lagi real. jangan lupa tau. Hansel & Gretel open in cinema nationwide on 24th January 2013.



Monday 14 January 2013

FOR SALE | Victoria Jackson Make Up Kit

Lip Plumper Trio @ RM100

Personalized Custom Compact @ RM150

visit Victoria Jackson FB Page for more info.

FOR SALE | Ginvera Green Tea Set

price RM40 per set
interested? email me azelnay_03@yahoo.com

Thursday 10 January 2013

coke dan kami

ada 9 botol minute maid pulpy. dibeli dengan hati yang paksa rela. kenapa??? untuk dapatkan benda kat bawah ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




dengan pembelian minuman keluaran coca-cola company bernilai RM38, baru boleh dapat benda ni. ashraf nak beli satu lagi tapi saya cakap tunggu dululah. tak larat nak habiskan minute maid tu. nasib baiklah boleh pilih minute maid tu. kalau kena beli coke jer, jenuh la kena kencing manis. tahu-tahu jer lah bahaya coke ni.

lagi satu, coke ni memanglah. masa ada contest minum dan menang hari tu, tak ada pulak promosi ni. geram betul lah. memang promotion coke merchandise ni berterusan dan tapi tak laratlah kalau nak beli banyak-banyak. bukan masalah duit tapi kesan jangka panjang tu. dah beli, takkan nak buang pulak kan. huh.. ni la dilema pengumpul merchandise coke.



Monday 7 January 2013

#parentalguidance

parental guidance @ 02.01.2013
thanks to cinemaonline



wah. lamanya ambik masa nak tulis entry pasal movie ni. basically ni first pre-screening yang kami attend this year. sangat fun and entertaining. even ashraf pun asyik gelak jer. untuk parents, ni movie yang bagus untuk bawa anak-anak menonton. sure, you and your kids will love it.

full review klik sini ye. banyak pengajaran daripada movie ni. mungkin cara kita mendidik anak-anak berbeza dari cara mak ayah kita. yelah. kita mestilah nak yang terbaik kan. bukan maksudnya cara parents kita tak bagus, cuma perlu disesuaikan dengan peredaran masa. kami belum ada rezeki untuk ada anak lagi tapi kami yakin rezeki itu ada. mugkin belum masanya kerana perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. eh, ni dah cerita lain ni...

for me, cerita ni sangat menghiburkan. lakonan yang mantap. betapa diane berusaha supaya diorang tak jadi "the other" grandparents. yelah, sampai jer kat rumah anak, semua photo frame gambar anak dan cucu dengan atuk nenek sebelah lagi. lagipun diorang ni last resort jer. diajak jaga grandkids pun sebab terpaksa dan tak ada orang lain lagi. mestilah terasa. cuma "fartie" yang cool dan tak kisah sangat. semua peristiwa lucu ni boleh buat korang gelak tau. dan barker cute sangat!! so, jangan lupa ke cinema ok.

3.5 star

Wednesday 2 January 2013

ada apa dengan 2012 - Bahagian 1

hari ni dah 02.01.2013. Semalam tak sempat nak buat entry untuk new year. tapi sempatlah blogwalking kat blog-blog lain. boleh dikatakan semua buat entry pasal pencapaian/kenangan untuk 2012. jadi, saya pun nak buat jugaklah. cuma nak ingat balik kenangan 2012. suka duka dan macam-macam hal lagilah. tak lupa juga, azam untuk tahun 2013 ni. Entry ni akan ade beberapa bahagian. so, jangan pulak bosan nak baca :)

bermula bulan april, saya dah jarang join kontest/GA kat blog. saya perhatikan juga, ramai kawan-kawan pun dah slow down. bagi saya, faktor masa tu yang membuatkan saya dah jarang join GA. lagipun ada pengalaman yang kurang enak. yelah, kita dah menang tapi hadiahnya tak nampak pun. malas nak bising-bising, jadi biarkanlah aja. saya pun ada anjurkan GA kat blog ni. dah saya akui saya pun ada kelemahan jugak. hadiah untuk 2 peserta GA yang dapat FM baru jer saya pos hari isnin lepas. dah lama terbiar jer kat dalam drawer ni. asyik terlupa. sedangkan pemenan cash dan top up dah lama dapat. Jadi, jika saya nak anjurkan GA pun, rasanya lebih baik saya bagi cash/topup untuk elakkan masalah ni berulang. Saya tahu bagaimana perasaan kalau benda yang kita menang tapi tak sampai pun kat tangan. walaupun nilai tak sebesar mana, tapi itu hasil usaha kita kan

tahun 2012, saya start join kontest kat magazine. Alhamdulillah adalah rezeki. habis nama ma, adik beradik jadi proxy. semuanya mengena. Hadiah kira best jugaklah. sekurang-kurangnya tercapai hajat nak menang perfume free.

Untuk kontest offline, saya join sikit jer. tak ada rezeki lagi pun. Saya kagum dengan comper-comper lain yang dah menang macam-macam hadiah lumayan. Itu yang membakar semangat untuk lebih gigih lagi. tapi untuk permulaan, tak boleh nak extreme sanagt sebab kontest offline ni memerlukan modal yang besar. Ikut kemampuan saya jugaklah untu allocate budget.

Dengan izin Allah, saya doa agar rezeki saya dalam kontest akan melimpah ruah pada tahun 2013. Usaha tangga kejayaan. dan saya anggap ni hobi yang boleh membawa keuntungan untuk saya.

...