Friday 28 September 2012

merawat hati yang luka



dah lama rasanya tak minum float A&W.  semalam singgah kat A&W kat batu 3, kebetulan nak nak tambah   nilai touch & go. kat petronas batu 3 ni tak ada charge. top up RM20, dapat RM20 jugak. pernah top up kat petronas area puchong. first time top up kat petrol station, then kena charge RM0.50. baru ku tahu. rupanya kalau top up kat petrol station ade charge. kalau kat ATM machine tak sure pulak. eh.. membebel pasal top up touch & go pulak.

ape kes merawat hati yang luka ni?? minggu ni ada kes terlepas rezeki. pertama misteri kehilang duit RM100. tak tahu mana perginya. padahal duit dalam envelop tu saya letak dalam drawer ofis. takkan ada yang panjang tangan?? kedua, semalam bersemangat nak collect hadiah contest magazine. saya rasa ada dalam 3 kali saya call PIC contest tu, tapi bila nak collect, alih-alih cakap saya bukan pemenang. padahal PIC tu ada call 2 bulan lepas mintak address. Selepas dia check, memang ada address saya tapi nama, telefon, ic dan email nama orang lain. PIC tu tak boleh buat apa. saya kecewa la jugak. tapi bila mengenangkan itu bukan rezeki saya, redha lah. tak nak bising-bising. mungkin ada rezeki lain yang dirancang untuk saya.

mungkin ada yang tak kena ni. muhasabah diri. apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. cuma lain kali saya perlu lebih berhati-hati.



Tuesday 25 September 2012

the possession :: movie date with...

the possession
tgv, bukit raja | 22.09.2012
thanks tupai.my & gempakstarz




movie date with... of course him and special guest; my sis in law. kali pertama keluar tengok wayang bersama with her. alang-alang ada extra ticket, ajaklah my sis in law. jarang ada peluang nak keluar sama-sama. it was good. dinner kat fudkot  dulu sebab movie start pukul 8.45pm. ramai jugak kat dalam hall. yang spoil sikit, ada yang bawak anak kecil, then buat bising pulak. asyik bercakap, menjerit, dan menangis jer. ada yang dok shhh-shhh tapi tak diendahkan oleh parent dia pun. hati kering betul.

actually movie ni dah nak habis waktu tayangan kat cinema. sebab dalam t&c ticket tu, nak kena tunggu movie ni jadi * (free list movie) dulu. then baru boleh tengok. tak pelah. asalkan ticket free kan.

movie ni pasal emily yang beli kotak antik masa yard sale. kotak tu mengandungi roh jahat (dibbuk). bila emily buka jer, dia dirasuk. dan seterusnya parents dia cuba untuk keluarkan roh jahat tu. cerita ni berkisar tentang roh jahat bagi kepercayaan jew. sesiapa jer yang nak musnahkan kotak tu, akan mati dalam keadaan yang mengerikan.

cuma yang pelik, kenapa lah kalau cerita pasal rasuk ni, nama watak tu mesti emily. dulu cerita exorcisme pun, watak perempuan yang kena rasuk tu pun emily. takkan kebetulan?? movie ni boleh tahan lah. cuma slow sangat pada awalnya. tak adalah suspense sangat. saya bagi rating 2.5/5 cukuplah.

eh. sekarang ni astro bagi tengok channel yang kita tak subscibe ye?? tak sure pulak sampai bile promotion ni. bolehlah layan movie channel :)


Monday 24 September 2012

kawan susah senang

semalam berborak panjang dengan ex-ofismate. Dah lama tak sembang, tiba-tiba teringat kat dia. last call after raya hari tu. dia diberhentikan dengan notis 24 jam. terlalu lama pertikaian dengan HoD beliau, hinggalah dalam pertengahan ramadan lepas, tiba-tiba dia diberhentikan. hal sebetulnya antara kedua mereka, hanya mereka yang tahu. tak layak untuk judge sebab kedua pihak ada alasan masing-masing.

berbalik pada topik sembang malam tadi. dia terkilan sebab semua "kawan baik" masa kat ofis ni langsung buat tak tahu. tegur di facebook, buat-buat tak nampak. hantar email, langsung tak dibalas. nak harapkan call, tak adelah. kesian jugak. sebagai kawan, apa salahnya call atau sms?? tanya khabar. dulu kemain lagi rapat. alasan tak nak terlibat tu tak boleh pakailah. entahlah. perangai manusia ni tak boleh diramal.

tak tahulah bagaimana keadaan bila saya sendiri dah bertukar tempat kerja nanti. terputus teruslah hubungan gamaknya. lebih baik tak payah mengharapkan orang ingat kat kita. yang kita dok ingat ni pun tak dilayan. perangai orang kat ofis ni macam-macam. semua dalam kategori pentingkan diri sendiri. tak kisahlah diorang nak kata saya pun pentingkan diri sendiri ke apa. sekurang-kurangnya kita tahu menilai kawan. bukan setakat touch and go saja...





Friday 21 September 2012

judge.jury.executioner

DREDD 3D
GSC Midvalley, 19.09.2012
thanks wuuhuuonline




berkisar tentang Mega One City yang dijaga oleh Judge. Dredd (hero filem ni) adalah seorang judge yang kebetulan hari tu pergi menyiasat kejadian bunuh kat Peach Trees bersama judge yang baru "graduated", Anderson yang memiliki kuasa psikik sebab dia ni mutan. Peach Trees dikuasai Ma-Ma, ketua gangster yang juga pembuat & pengedar dadah Slow-Mo. Dredd & Anderson terkurung kat Peach Trees dan Ma-Ma memburu untuk bunuh mereka. 

movie ni dalam kategori yang best jugaklah. cuma banyak sangat tembak-menembak, darah, mayat... 
sesuai sangat for those yang suka action movie. saya suka sangat sound effect file ni. awesome.

tapi costume Dredd ni tak cantik sangat la. macam outdated.



 sebelum menonton, isi perut dulu. laksa kat jusco sedap sangat. dari jauh dah dapat bau kuah laksa yang best...


 first time watching 3D *excited*. kalau nak bayar sendiri, fikir banyak kali dulu kot. mahal la tiket 3D ni.


midnight snack. balik, singgah beli burger. agak lapar sebab dinner makan laksa jer kan. 



Wednesday 19 September 2012

giveaway : update pemenang


ada 2 lagi pemenang yang belum respon. saya dah personally inform kat blog masing-masing. saya akan tunggu sampai ahad. kalau masih tak ada respon, saya akan buat cabutan baru pada hari isnin ye.

untuk hadiah cash/top up - saya dah selesaikan semuanya today. tinggal nak post FM jer. maaf lambat sangat. harap bersabar ye. FM akan dipos minggu depan. SORRY :(


Tuesday 18 September 2012

project alice

Resident Evil Retribution Pre-Screening
e@curve, 12th september 2012
thanks campus plus magazine


siapa yang mengikuti sequal resident evil ni pasti tertunggu-tunggu movie ni. visual yang sangat cantik walaupun kami tak tengok 3D. puas hati cuma malam tu hall sangatlah crowded sampaikan air-cond pun tak rasa sejuk. 


keseluruhan movie ni worth your money. dari segi visual, sound dan action memang best. go and watch okay :-)


Friday 14 September 2012

giveaway :: pemenang


dan pemenangnya adalah...

untuk pemenang cash/topup (1-3) , emailkan pilihan hadiah cash/topup.
untuk pemenang Fridge Magnet (4-6) , emailkan alamat.

azelnay_03@yahoo.com

:: tempat pertama - RM30 cash/topup ::

 :: tempat ke-2 - RM10 cash/topup::


:: tempat ke-3 - RM10 cash/topup ::


:: tempat ke-4, ke-5 & ke-6 - Fridge Magnet Bandung::







jutaan terima kasih pada yang sudi join giveaway ni. dan tahniah pada yang berjaya :)

Thursday 13 September 2012

remy ishak i suke you

tiket 29februari dan original soundtrack (ade 4 lagu je pon).
lepas ambik tiket kat redbox sunway pyramid, terus pergi tgv. movie start pukul 2. 


semestinya curi-curi ambil gambar. kat dalam hall pun cuma ade berbelas orang jer.

29februari.
dengar cerita kutipan tak memberangsangkan sangat. tak adelah berjuta-juta macam filem rempit MIG, filem gengster Skop Production dan cerita zombie mamat khalid.

movie ni oklah tapi kami tak tengok 3D pun. jalan cerita yang mudah difahami. dari segi penambahan  klip pengisytiharan kemerdekaan tu, memang nampak jelas tak cukup smooth lagi. KRU ambil risiko buat filem 3D ni tapi usaha yang cukup membanggakan.  tahniah KRU. dan remy semestinya membawa watak yang baik. ikutkan, dia layak menang aktor terbaik dalam mana-mana anugerah filem tahun ni. tapi kena tunggu dan lihatlah :)

pada yang tak tengok lagi, cepat-cepat terjah pawagam. biasanya tempoh tayangan movie melayu ni limited sangat. tambahana banyak movie omputih nak keluar ni. tak payah tunggu astrofirst.




Monday 10 September 2012

giveaway :: thank you (update)

thank you for participating in my giveaway.
allow me to list down all the participants. - 54 participants
please check your name. if not listed, let me know.
will announce the results on 14th september (friday).







Sunday 9 September 2012

giveaway: blog anniversary

~~sticky entry. scroll down for latest entry~~



yeay, dah 1 tahun usia blog ni. walaupun follower tak ramai dan entry pon tak consistent tapi tak de lah sampai blog ni diabaikan terus. so sempena blog anniversary ni, saya nak buat simple giveaway, special untuk follower.

just buat simple entry (banner kat atas "link"kan ke entry ni)
dan komen kat entry ini sahaja.

kalau sudi, tag la kawan2. lagi ramai lagi bestkan.

hadiah-hadiah untuk 6 yang bertuah (via random.org).

  1   : RM30
2-3 : RM10
4-6 : Fridge Magnet dari Bandung

giveaway berlangsung dari 9/8/12 - 9/9/12 

all the best


Saturday 8 September 2012

sale

BC Miracle Oil


Bio-Essence 
Bust Firming Cream
Cellulite Treatment Cream


Car Micheal Shampoo & Conditioner
Hair Loss
Scalp Treatment


Bobbi Brown
Mini Bobbi Bright Palette
Glitter Liquid Eye Liner


email me at azelnay_03@yahoo.com for best price :-)

Saturday 1 September 2012

heavy supper. how i'm going to loose my weight???